muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Jumaat, 25 Oktober 2013

KESAN GST KEPADA RAKYAT














Goods & Services Tax (GST) atau Cukai Barangan 
dan Perkhidmatan adalah sejenis Value Added Tax 
(VAT) iaitu cukai keatas nilai yang ditambah.

Ia akan menggantikan Sales & Services Tax (SST) 
atau Cukai Jualan dan Perkhidmatan yang 
diamalkan sebelum ini.

Apakah  perbezaannya atas dua bentuk cukai ini?


Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebelum 
ini hanya dikenakan pada barang/perkhidmatan 
akhir yang dijual. Manakala GST dikenakan 
di setiap peringkat seperti perkilangan dan 
pengedaran. Dari sudut pulangan kepada negara, 
hasil dari cukai akan bertambah sebab 
firma/syarikat tidak lagi dapat 'menyorok' dari 
di kenakan cukai. 

Umpamanya Kentucky Fried Chicken(KFC). 

Sebelum ia akan kenakan 6% cukai perkhidmatan 
kepada pembeli. Maka secara kasarnya, pembeli KFC 
akan untung sebab tiada lagi tambahan 6% apabila 
GST dilaksanakan.

Tetapi perlu kita ingat... setiap ayam yang 

disembelih nanti akan dicukai.

Tepung yang digunakan juga akan dicukai  ... begitu 
juga  sos, rempah, kentang goreng, keju dan 
sebagainya.

Sudah pasti secara kasarnya kos firma KFC akan 
meningkat dengan mendadak kerana cukai tidak 
lagi dikenakan kepada ayam yang terjual sebaliknya 
pada semua barang yang terlibat dalam proses 
pengeluaran.

Untuk menampung kos ini, sudah tentu KFC akan 
menaikkan harga ayam-ayamnya.

Tiada lagi tambahan 6% kerana harga baru nanti 

akan menyerap cukai yang telah dikenakan 
di semua peringkat.

Sebelum ini kerajaan berjanji untuk kenakan 

kadar 4%  sahaja GST ... tetapi petang semalam 
Perdana Menteri merangkap  Menteri Kewangan I, 
Dato' Seri Najib Razak mengumumkan kadar GST 
ialah sebanyak 6%.

Jelas sekali Janji Tidak Langsung DiTepati 

sebaliknya berbohong kepada rakyat.

Kerajaan kata ia bagus kerana GST tidak dikenakan 

pada barangan keperluan asas. Justeru kelompok 
berpendapatan rendah tidak akan terjejas.

Betul ke atau ungkapan sekadar halwa telinga bagi 
penyedap jiwa dan mendinginkan kepala yang 
sedang membara.

Tetapi Kerajaan seolah-olah  tidak faham atau 

sengaja buat-buat tidak faham betapa kenaikan 
dalam barangan  lain yang bukan asas juga akan 
mengheret ekonomi kepada inflasi dan kesan 
rantaian

Apabila berlaku inflasi, kelompok paling teruk 

terjejas adalah golongan berpendapatan rendah.

Golongan berpendapatan rendah ini majoritinya 

warga luar bandar, kampong-kampong tradisional, 
Rancangan Felda dan pendalaman.

Golongan ini jugalah yang memenangkan 

UMNO/BN pada PRU 13 lalu .. golongan ini 
jugalah yang didera dan diseksa apabila GST 
mulai berkuatkuasa nanti.

Kalau golongan ini masih jua nak berikan sokongan 

kepada UMNO/BN pada PRU 14 nanti .. 
Maaf cakap .... tiada siapa yang boleh membantu 
mereka lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...