PETALING JAYA – Isteri tertuduh kes bunuh pegawai AmBank, La Ode Ardi Rasila dihukum penjara enam bulan selepas mengaku salah di Mahkamah Majistret di sini semalam kerana tinggal lebih masa di negara ini sejak 16 April 2009.
Majistret K.B. Elena Hong Tze Lan mengarahkan Helphia, 35, dirujuk kepada Jabatan Imigresen untuk proses penghantaran pulang ke negara asalnya selepas hukuman penjara tersebut selesai.
Wanita itu yang didakwa mengikut Seksyen 15 (4) Akta Imigresen 1959/63 terpaksa mendukung anaknya yang berusia dua tahun di dalam kandang tertuduh apabila bayi itu enggan berpisah dan menangis.
Helphia mempunyai dua orang anak lagi yang ditinggalkan di kampungnya di Indonesia, menurut sumber Kosmo.