muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Selasa, 19 November 2013

Punca warga asing miliki MyKad

IC--300x250Sejumlah setengah juta MyKad hilang dan dicuri pada tahun ini sahaja dan ia adalah antara punca warga asing didapati memiliki dokumen pengenalan diri itu.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendedahkan MyKad juga dijual kepada sindiket oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk diserahkan kepada warga asing.
Statistik KDN menunjukkan jumlah kehilangan MyKad meningkat dari setahun ke setahun sejak 2010.
Pada 2010, 397,079 MyKad dilaporkan hilang, manakala 413,068 (2011), 429,137 (2012) dan sehingga 31 Oktober tahun ini, sebanyak 565,157 MyKad dilaporkan hilang.
Menafikan Putrajaya mengeluarkan MyKad kepada warga asing, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata KDN mengambil langkah drastik bagi mengurangkan insiden kehilangan MyKad oleh rakyat Malaysia.
myk“Cadangan itu akan diumumkan tidak lama lagi selepas mendapat maklum balas daripada Peguam Negara. Kami perlu menunggu maklum balas beliau berhubung hal ehwal perundangan,” katanya kepada Datuk Dr Makin @ Marcus Mojigoh (BN-Putatan).
Hari ini, Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Wilfred Madius Tangau menggesa Putrajaya memanggil semula pemilik MyKad warga asing yang mendapatkan dokumen itu melalui saluran rahsia “Unit Khas Sabah” yang ditubuhkan di bawah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
“MyKad diberikan oleh Unit Khas Sabah yang ditubuhkan di bawah JPN, sebuah agensi kerajaan persekutuan.
“Mesyuarat kedua Parlimen kali ini, saya bertanya kepada Kementerian Dalam Negeri mengenai kewujudan unit khas ini dan mereka mengesahkannya namun kami masih belum mengetahui kaedah operasinya, malah tiada jawapan yang memuaskan berhubung isu ini,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Katanya, apa yang diketahui adalah unit itu ditugaskan mengeluarkan MyKad kepada “warga yang diragui” di bawah tiga kategori.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai beberapa laporan termasuk penolong pegawai JPN yang ditangkap oleh polis di Miri melibatkan sindiket terbesar di Sarawak dalam memalsukan MyKad dan sijil kelahiran pada Isnin lalu.
Kebanyakan yang ditahan berasal dari Sarawak manakala yang lain adalah dua etnik Bajau dari Sabah, enam lagi dari Semenanjung termasuk pegawai JPN serta tujuh lelaki dan tiga wanita dari Filipina.
Tangau turut meminta satu penyiasatan segera dijalankan bagi memastikan pembabitan pegawai JPN semasa dan yang lepas dalam sindiket memalsukan MyKad.
Putrajaya menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) pada Ogos 2012 bagi menyiasat masalah berkaitan kewarganegaraan dan pendatang di Sabah. Lima panel mendengar bagaimana MyKad diberikan kepada pendatang asing di kedai kopi dan perkampungan. Antara yang memberikan kenyataan dan bukti adalah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Wan Junaidi berkata, kerajaan akan mengambil tindakan apabila RCI bersedia untuk mengemukakan cadangan.
“Cadangan itu akan dibawa ke Kabinet dan terpulang kepada Kabinet sama ada untuk menerima cadangan berkenaan,” katanya.
Mengulas mengenai kebimbangan berhubung kes membabitkan pengawal keselamatan, Wan Junaidi memberitahu Datuk Abdul Rahman Mohamad (BN-Lipis) bahawa KDN mengadakan pemeriksaan ke atas semua syarikat kawalan keselamatan membabitkan 100,150 anggota di 283 premis, menurut sumber The Malaysian Insider.
Semasa operasi, 26 warga Filipina, satu Indonesia dan satu warga Thailand didapati menggunakan MyKad palsu atau dipunyai oleh pihak lain.
“Hanya warga tempatan dan Nepal dengan latar belakang kawalan keselamatan boleh diambil bekerja dan permit senjata api dikeluarkan hanya kepada warga tempatan,” katanya.
Seorang pengawal keselamatan dari Sulawesi dikenal pasti individu yang menembak mati pegawai Ambank Subang Jaya bulan lalu.
23 Oktober lalu, pegawai bank Norazita Abu Talib, 37, ditembak mati oleh pengawal keselamatan sewaktu sedang membuka peti besi.
Pengawal tersebut melarikan wang tunai RM450,000 namun berjaya diberkas polis pada 10 November di Kota Tinggi, Johor selepas gambarnya tersebar di internet.
Hari berikutnya, polis menjumpai pump gun yang dipercayai dicampakkan ke dalam longkang berhampiran di Jalan Subang 2, Taman Perindustrian Subang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...