muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Ahad, 17 November 2013

Kisah dan foto sekitar Villa Nabila, tempat dikatakan 23 remaja hilang!!



Pada Sabtu lalu, iaitu 16 November dikatakan 30 orang berumur dalam lingkungan 20 tahun telah masuk ke kawasan Villa Nabila di Johor Baru, sengaja merayau-rayau kononnya untuk menjejaki makhluk ghaib dan mistik termasuk hantu. Namun yang berjaya keluar hanya tujuh orang, 23 yang lain dilapor hilang.

Villa Nabila adalah banglo tinggal usang terletak di atas bukit yang menghadap Selat Johor dan berada di dalam kawasan pembangunan Danga Bay. 

Kisah ini menjadi kecoh di laman Twitter dan blog menyebabkan kesesakan berlaku di depan Pantai Lido seawal pagi tadi. Kesesakan juga telah berlaku dari Jalan Skudai ke Danga Bay  untuk orang ramai mengetahui lebih dekat.

Polis Johor sahkan hanya seorang remaja, bukannya 23 orang yang hilang. Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Abdul Samad Salleh, berkata pihaknya hanya menerima satu laporan berhubung kehilangan seorang remaja berusia 16 tahun sejak Sabtu lalu.

Mangsa yang hilang sehingga hari ini ialah Mohd Izzat Izzudin Hussin, 16 tahun.

Didakwa kali terakhir ibunya melihat remaja itu masuk ke perkarangan Villa Nabila namun tidak diketahui ibunya dengan siapa.

Menurut wartawan itu, rakan Mohd Izzat turut melihat dia masuk ke kawasan rumah kosong itu bersama rakan tetapi tidak dapat dipastikan berapa ramai jumlah sebenar.

Kawasan Villa Nabila kini ditutup pihak polis. Gambar sekitar Villa Nabila.








Memang menarik untuk diketahui. Cuba cari yang dikatakan 7 orang berjaya keluar tersebut dan tanya apa yang berlaku.

Polis hanya menyebut hanya seorang dilaporkan hilang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...