muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Sabtu, 10 Ogos 2013

GEMPAR BERAPI : LETUPAN RAYA PROF AGUS DIJAWAB NIK AMAR

Nik_AmarTeguran letupan raya Prof Agus terhadap Kerajaan Kelantan terpaksa dijawab Timbalan MB, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
“Dalam 100 hari nak bina bangunan pun takkan boleh siap.”
Nik Amar berkata andaian Prof Agus secara semberono dan rambang. Katanya kalau benar kerajaan negeri kering idea untuk melaksanakan perubahan maka tidak wujudlah pengumuman MB pada Mei lalu yang akan melaksanakan pembinaan rumah mampu milik. Katanya kerajaan negeri berusaha menyiapkan rumah mampu milik ini dalam tempoh lima tahun sebagaimana yang terkandung dalam manifesto PRU 13 PAS Kelantan.
“Malah baru-baru ini kerajaan negeri juga melaksanakan dasar mesra keluarga untuk menempatkan kakitangan dan pegawai yang berkhidmat dekat dengan ahli keluarga mereka jadi adakah dia terlepas pandang perkara begini, “katanya kepada The Malaysian Insider.
Projek Lebuh Raya Rakyat dan Stadium itu juga tidak harus dijadikan isu kerana pihak kerajaan negeri kini dalam proses memperhalusi projek tersebut. Mengenai projek Lebuh Raya Rakyat, yang hendak diteliti sekarang ialah dari segi teknikal kerana Kerajaan Pusat juga mengistiharkan akan turut bersama bagi projek tersebut.
“Sekarang ini apabila dia kata begitu saya persoalkan balik apa yang dia mahu kerajaan negeri buat dalam masa 100 hari, dia tidak bolehlah tuduh sebarangan,” tegas beliau.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...