muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Jumaat, 28 September 2012

Bajet: Intipati Belanjawan 2013


28 September 2012
Najib mula bentang Bajet 2013
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah (kiri) berkenan menerima mengadap Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyerahkan Laporan Belanjawan 2013 -Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sedang membentangkan Bajet 2013 di Dewan Rakyat.
Terdahulu beliau tiba di lobi Bangunan Parlimen pada 3.45 petang.
Najib yang juga Menteri Kewangan, yang diiringi Timbalan-timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Datuk Donald Lim, disambut oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri-menteri kabinet.
Beliau yang berpakaian baju Melayu berwarna hijau sambil membimbit beg berwarna hitam, kelihatan tenang dan ceria ketika berjalan menuju ke Dewan Rakyat.
Najib turut memberi gaya istimewa sambil menunjukkan beg bimbitnya ketika dipanggil oleh jurugambar yang menunggu ketibaannya sejak 3 petang.
Pembentangan Belanjawan 2013 hari ini dijangka memberi impak positif kepada ekonomi negara selain membawa impak yang baik kepada masyarakat.
Belanjawan itu antara lain dijangka meneruskan dasar afirmatif yang diperkenalkannya sejak tiga tahun lepas untuk terus meningkatkan kualiti kehidupan rakyat Malaysia
1.Bagi rancakkan lagi akses syarikat ke pasaran modal, tambahan dana modal Danajamin Nasional Bhd RM400 juta dalam 2 tahun

2. Malaysia diunjur berkembang sehingga 5.5 peratus

3. Kerajaan Persekutuan akan catat defisit fiskal rendah 4.0 peratus daripada KDNK




Tema Belanjawan 2013 ialah "Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati".

* Peruntukan RM251.6 bilion bagi melaksanakan semua langkah, program dan projek pembangunan.

* RM201.9 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.7 bilion bagi peruntukkan pembangunan.

* RM58.6 bilion diperuntukkan bagi Emolumen dan RM33.7 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan.


* RM30 bilion diperuntukkan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar

* RM11.1 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.

* RM4.6 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM2 bilion bagi pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.

* Kerajaan akan terus memperhebat pelaksanaan 12 Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA) negara.

* RM3 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan Projek Permulaan, termasuk RM1.5 bilion bagi projek pertanian seperti kelapa sawit, getah, herba bernilai tinggi dan padi.

* RM500 juta diperuntukkan bagi projek River of Life bagi mengindahkan Sungai Klang, RM300 juta untuk projek pemulihan rangkaian paip dan pembetungan bagi perkhidmatan dan kemudahan air.

* RM358 juta diperuntukkan di bawah perbelanjaan pembangunan sempena Tahun Melawat Malaysia 2013/2014.

* Lanjutan pengecualian cukai pendapatan selama tiga tahun bagi pengusaha pelancongan yang mengendalikan sekurang-kurangnya 750 pelancong asing atau 1,500 pelancong tempatan setahun.

*  Memberi penekanan kepada sektor pertanian untuk meningkatkan pendapatan negara dan memastikan kelestarian jaminan bekalan makanan. RM5.8 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

* RM30 juta diperuntukkan bagi pembangunan program pertanian merangkumi aplikasi penggunaan teknologi tinggi dalam pengeluaran buah dan sayuran, peningkatan bekalan benih berkualiti, kestabilan harga melalui jualan terus dari ladang, pewujudan pasar ikan rakyat serta penambahbaikan institusi latihan pertanian.  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...