Muhammad Sombhah Abdullah, 48, yang memakai baju lokap berwarna oren mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Datin M. Kunasundary. Mengikut kertas pertuduhan, Muhammad Sombhah didakwa merogol wanita berusia 50 tahun itu di sebuah rumah di Kampung LBJ, dekat sini antara pukul 3 petang dan 3.30 petang, 28 Ogos lalu.
Dakwaan terhadap pengamal perubatan itu dikemukakan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharudin Wan Ladin manakala tertuduh diwakili peguam-peguam, Hanif Hassan dan Haris Salleh.