ALOR GAJAH – Akibat gagal melawan nafsu serakah, seorang remaja berusia 14 tahun sanggup merogol seorang murid Tahun Tiga di kawasan tangga bangunan sebuah sekolah, di sini kelmarin.Bukan saja merogol, malah remaja lelaki berkenaan turut mengugut serta mengacukan senjata tajam kepada murid berusia 9 tahun itu yang tinggal di asrama sekolah berkenaan.
Menurut sumber, murid terbabit menjadi mangsa kerakusan remaja berkenaan Isnin lalu, sebelum sekali lagi berlaku kejadian sama pada Rabu dan Khamis lalu.“Murid berkenaan menjadi mangsa sejak Isnin ketika sedang menunggu ibu menjemputnya selepas tamat sesi persekolahan sebelah petang.“Mangsa dihampiri remaja berkenaan yang kemudian membawa mangsa menaiki tangga serta merogolnya di kawasan tangga bangunan sekolah berkenaan.
“Remaja terbabit kemudian melepaskan mangsa yang dalam ketakutan dan menghunus senjata tajam ke arah mangsa sambil mengugutnya,” katanya. Menurut sumber berkenaan, kejadian sama berlaku selang sehari selepas itu ketika waktu rehat kira-kira 10.30 pagi Rabu lalu apabila murid-murid lain keluar ke kantin.
“Mangsa yang tinggal seorang diri dalam kelas ketika itu didatangi remaja terbabit. Sekali lagi remaja berkenaa melakukan perbuatan terkutuk itu di tangga sekolah dan memberi amaran agar tidak memberitahu sesiapa,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.Menurutnya, mangsa kemudian melaporkan kepada pihak sekolah apabila buat kali ketiga kejadian sama berlaku Khamis lalu, kira-kira 10.30 pagi dan kali ini mangsa diacu senjata tajam di leher.
“Pihak sekolah terkejut selepas diberitahu kejadian itu dan segera memanggil ibu mangsa sebelum bertindak membuat laporan polis,” katanya.Katanya, mangsa kemudian dibawa ke hospital untuk pemeriksaan.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Shaifuddin Shaharuddin mengesahkan kejadian.
“Polis sudah mengenal pasti suspek dan tangkapan akan dibuat dalam masa terdekat ini,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Melaka, Mohamad Yusuff Osman ketika dihubungi memberitahu pihaknya ada menerima laporan dan akan menunggu laporan polis sebelum sebarang tindakan diambil.
PANAS : INILAH AKIBATNYA BILA AGAMA DI BELAKANGKAN..AKHLAK MUDA MUDI MENJADI TERUK..KEMBALI KEPADA ISLAM..INSHAALLAH SELAMAT..TOLAK UMNO, SEJAHTERA
PANAS : INILAH AKIBATNYA BILA AGAMA DI BELAKANGKAN..AKHLAK MUDA MUDI MENJADI TERUK..KEMBALI KEPADA ISLAM..INSHAALLAH SELAMAT..TOLAK UMNO, SEJAHTERA