muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Isnin, 24 September 2012

GEMPAR BERAPI : SKANDL NEELOFA DAN HANS ISAAC??




KUALA LUMPUR – Kisah mengenai pelakon wanita muda, Neelofa yang semakin hari semakin rapat dengan pengarah dan pelakon lelaki, Hans Isaac semakin diketahui umum.

Menurut laporan akhbar Mega Hits hari ini, dia mengakui yang dirinya agak rapat dengan Hans Isaac. Malah, mereka berdua semakin serasi untuk mengenali diri masing-masing.

Cuma, aturan perjalanan hidup untuk masa depan masih lagi tidak dibincangkan kerana masing-masing terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing.

Neelofa sendiri mahu fokus dan memberikan sepenuh komitmen dalam kerjaya lakonannya.

“Ya saya akui memang rapat dengannya (Hans). Mengenai perancangan masa depan itu kami berdua masih belum berfikir. Ini kerana kedua-dua juga masih sibuk dengan soal kerjaya masing-masing,” kata Neelofa.

Walaupun mereka mulai rapat sejak tahun lepas dan berlatar belakangkan agama yang berbeza, Neelofa gembira kerana kedua-dua belah keluarga gembira dapat menerima perkenalan antara mereka berdua.

Keluarganya juga menerima dengan hati terbuka sekiranya mereka berdua mempunyai jodoh untuk bersama.

Neelofa juga tidak segan memberitahu sikap Hans Isaac yang menjadi dirinya sendiri membuatkan dia mudah untuk berkawan dengan jejaka itu.

“Keluarga saya tahu dan mereka menerimanya dengan hati yang terbuka. Benda terbaik mengenai diri Hans adalah dia hanya menjadi dirinya sendiri ketika bersama saya,” katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...