muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Isnin, 24 September 2012

GEMPAR BERAPI : DAH DAPAT YANG SEDAP, YANG LAMA DIKETEPIKAN




KAPAR: Berang dengan seorang wanita yang berkhalwat dengan seorang lelaki warga Pakistan, seorang penduduk bertindak menumbuk muka wanita terbabit selepas mencekup pasangan itu di sebuah rumah di Taman Sri Kerayong, tengah malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, penduduk terbabit dipercayai geram dengan wanita berusia 30-an itu yang sebelum ini beberapa kali berjaya meloloskan diri.

Difahamkan, wanita yang juga isteri orang itu sanggup memandu dari rumahnya di Sungai Besar semata-mata untuk memadu kasih bersama kekasih gelapnya itu.

Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, wanita itu dilihat beberapa kali melakukan maksiat di kawasan perumahan itu sejak dua bulan lalu. (HARIAN METRO)

p/s: Aduh! Malu bebeno rasa diri ni bila tahu yang wanita yang juga isteri orang berasal dari Sungai Besar kampung halaman JB. Sanggup datang sejauh ke Kapar untuk memadu kasih berahi warga Pakistan. Masalah sosial tidak mengira umur. Kalau dah dapat yang sedap, yang lama sanggup diketepikan. 

Dunia..Dunia..Seribu macam hal..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...