muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Khamis, 6 September 2012

GEMPAR : TARIKH PILIHANRAYA DIBOCORKAN??


PRU SEAWAL-AWALNYA AKHIR NOVEMBER?

POSTED BY ADMIN ON SEPTEMBER 7TH, 2012
Barisan Nasional (BN) berkemungkinan besar akan mengadakan pilihan raya umum (PRU) pada akhir November ini, seminggu selepas 28,000 umat Islam Malaysia pulang dari menunaikan ibadah Haji dan Belanjawan 2013 diluluskan oleh Dewan Rakyat, kata satu sumber.The Malaysian Insider difahamkan bahawa pegawai kementerian pelajaran telah diminta minggu lalu untuk memeriksa ketersediaan sekolah, terutamanya sekolah menengah kerana pada waktu itu kebiasaannya peperiksaan bagi pelajar tingkatan lima dan enam sedang dijalankan.
“Kerajaan sedang melihat pada akhir November, hanya selepas penerbangan yang terakhir membawa pulang jemaah Haji pada 19 November,” kata ahli strategi BN kepada The Malaysian Insider.
Sesi parlimen akan datang bermula September 24 dan dijadualkan berakhir pada 27 November, dengan tumpuan utama adalah Belanjawan 2013 yang akan dibentangkan oleh perdana menteri dan menteri kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 28 September.
Tempoh mandat BN tamat adalah pada 28 April tahun hadapan, lima tahun selepas pilihan raya umum 2008 di mana parti pemerintah di bawah Tun Abdullah Ahmad Badawi mengalami kekalahan bersejarah apabila hilang majoriti dua pertiga parlimen dan empat lagi negeri.
Abdullah berundur pada April 2009 untuk memberi laluan kepada Najib.PRU 13 adalah cabaran pertama Najib untuk mendapatkan mandat sendiri.
The Malaysian Insider melaporkan sebelum ini bahawa rancangan untuk membubarkan parlimen bulan lepas telah ditangguhkan selepas dua ahli parlimen Sabah keluar dari gabungan itu dan menyatakan sokongan kepada musuh ketat BN, Pakatan Rakyat (PR).
Terdapat juga laporan pilihan raya akan dipanggil lebih awal dan pertengahan tahun ini tetapi tidak satupun yang menjadi.
Najib membayangkan minggu lepas bahawa PRU sudah hampir manakala bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah secara terbuka berkata November akan menjadi bulan yang baik untuk pilihan raya. Kedua-duanya yakin tentang prospek kemenangan BN dalam PRU akan datang.
“Perbahasan Belanjawan biasanya mengambil masa kira-kira empat minggu untuk diluluskan oleh Dewan Rakyat sebelum ia pergi ke Dewan Negara.
“Jadi Najib boleh mengadakan pilihan raya mengejut selepas itu,” kata sumber lain, mengesahkan bahawa November telah dinamakan sebagai tarikh paling baik untuk PRU.
“Kerajaan juga bercadang mengadakan pilihan raya pada hari bekerja tetapi bergantung kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” tambah sumber itu lagi.
Beliau menambah seorang pemimpin BN telah meletakkan tempoh masa 60-hari selepas Hari Belanjawan walaupun terdapat beberapa pihak yang mahu menunggu sehingga mandat berakhir sebelum mengadakan pilihan raya. “Tidak ramai yang memihak kepada November, akan tetapi orang-orang berpengaruh seperti Dr Mahathir mempunyai kata-kata lebih didengari,” kata sumber itu.
Dakwaan meluas tentang daftar pemilih yang tidak bersih telah memaksa SPR untuk mempertahankan diri mereka dan telah diminta untuk menyemak semula daftar pemilih.
PR juga menimbang untuk melaksanakan tempoh kempen 10 hari berikutan pembaharuan yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Kabinet selepas protes besar-besaran menuntut agar pilihan raya dijalankan secara bebas dan adil.
Hampir 13 juta pengundi layak untuk membuang undi jika pilihan raya umum diadakan melibatkan semua 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi dewan undangan negeri (Dun) di 12 negeri. 
Walau bagaimanapun, empat negeri yang diperintah PR masih belum mengatakan sama ada mereka akan mengadakan pilihan raya pada tarikh yang sama dengan PRU oleh kerana mandat mereka hanya akan tamat pada bulan April. Sarawak sudah mengadakan pilihan raya negeri pada tahun lepas.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...