muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Khamis, 31 Oktober 2013

7 Jenis Fesyen Tudung Seksi Di Malaysia.


Siapa yang tak ambik tahu pasal fesyen tudung kontemporari dan terkini? Kalau tak ambik tahu pasal fesyen tudung, jom baca kat sini. Yang memang ambik tahu pasal fesyen tudung terkini, digalakkan untuk baca.
Mungkin anda terlepas pandang fesyen tudung yang beredar mengikut aliran zaman. Berikut merupakan jenis dan fesyen tudung yang boleh kita dapati di Malaysia. Bunyinya agak pelik, tapi inilah hakikatnya. Fesyen tudung menarik ini menjadi gilaan ramai wanita kini.
1. Tudung Bukit
Memakai tudung, tapi kedua-dua bukit ditayang dengan sengaja untuk tatapan percuma. Ini lah dinamakan tudung bukit. Tak kisahlah apa saiz bukit tu. Tetap nak tayang percuma jugak. Bila diperhatikan, bangga sampai hidung kembang semangkuk. Alahai, mudahnya bagi tayangan percuma. Kalau dah bagi tayangan percuma, nak bagi apa kat suami nanti? Suami anda setaraf dengan orang asing kah sampai apa yang suami anda sahaja yang berhak lihat, anda sudah tayang percuma kepada orang lain.
2. Tudung Sarung Nangka
Pakai tudung ketat sampai menampakkan segala yang ada di kepala, sehingga menampakkan bentuk telinga sekalipun. Kalau kat telinga tu ada 7 subang, semuanya nampak bentuk. Inilah fesyen tudung sesat yang dinamakan tudung sarung nangkayang semakin menjadi aliran muslimah masa kini. Ikut artis katakan…
3. Tudung Alien
Dinamakan tudung alien, sebab kepala si pemakai tudung ini memang sebijik dengan kapala alien. Tudung ini juga dikenali sebagai tudung bonggol unta.
Maksud hadis: “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya” [HR Muslim]

4. Tudung Papa Kedana
Kebanyakan yang pakai tudung papa kedana ni adalah golongan minah rempit sekolah. Pakai tudung sebagai syarat masuk sekolah sahaja, bukan ikut hukum syarak. Masakan tidak, tudung singkat sampai nampak tengkok. Love bite kat leher pon boleh nampak. Mungkin terlalu papa kedana sampai tudung yang labuh sikit pun tak mampu nak beli. Bukan papa kedana bab ekonomi, tapi lu fikirlah sendiri…
5. Tudung Siput
Ni, tak tau nak terangkan macam mana bentuknya tudung siput ni… Tak terkata. Fesyen? Entah… Mungkin pembaca lebih arif. Macam fesyen Lady Gaga pun ada gak ni. Pelik betul…

6. Tudung Retis
Ini satu masalah besar lagi. Tudung retis yang artis ni pakai, mesti jadi ikutan para remaja, seolah-olah artis ni adalah seorang nabi untuk dijadikan ikutan. Alahai artis, berhentilah kalian daripada terus memesongkan ummat daripada ajaran Islam yang sebenar. Pakai la tudung yang elok-elok macam Wardina ke, Isma ke.
7. Tudung Muslimah
Inilah tudung yang benar-benar menyejukkan mata memandang. Mengikut hukum syarak, tidak menonjol, sopan, dan tertib. Tudung muslimah ini tidak jarang, tidak ketat, dan menutup dada :)
Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. 

Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.

Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. [ TMQ an-Nur(24):31]

seterusnya

KENYATAAN YANG BAKAL PANASKAN PERKASA


Sekali lagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (gambar) memilih untuk bercakap isu sensitif semasa berada di luar negara iaitu mempertahankan keputusan mahkamah yang melarang Kristian daripada menggunakan kalimah Allah.
Najib berkata, larangan mingguan Kartolik, Herald daripada menggunakan Allah adalah perlu untuk menjaga ketenteraman awam dan keharmonian negara dengan alasan Herald adalah akhbar yang tersebar luas.
Herald dicetak 14,000 naskah setiap minggu  dan kebanyakannnya diedarkan menerusi gereja.
Perdana Menteri berkata, keputusan Mahkamah Rayuan hanya untuk akhbar Herald dan kerajaan tidak akan menyekat penggunaan kalimah Allah bagi penganut Kristian di Sabah dan Sarawak.
"Keputusan mahkamah hanya untuk akhbar Herald yang mempunyai edaran yang meluas, ia tidak akan dilaksanakan di Sabah and Sarawak.
"Jadi apa yang kita cuba buat adalah secara objektif dan semuanya untuk memastikan ketenteraman awam dan keharmonian negara," katanya ketika ditemui semasa Forum Ekonomi Islam Antarabangsa di London.
Tafsiran Najib mengenai keputusan Mahkamah Rayuan itu tidak sama dengan apa yang ditafsirkan oleh pemimpin Kristian, pakar undang-undang perlembagaan dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib yang memperkatakan kesan daripada keputusan 14 Oktober itu.
Pengkritik kepada keputusan mahkamah itu mendakwa, keputusan hakim bahawa Allah tidak termasuk dalam tuhan orang Kristian membawa kesan yang luas daripada sekadar akhbar Herald sahaja.
Putrajaya dianggap cuba mempertahankan undinya di Sabah dan Sarawak - bank undi utama untuk Barisan Nasional - apabila berkata keputusan mahkamah itu tidak menghalang mereka menggunakannya tetapi pemimpin gereja berkata, ramai kalangan penduduk Sabah dan Sarawak kini bekerja di Semenanjung.
Pemimpin Kristian mendakwa, kalimah Allah digunakan sejak lebih 100 tahun lalu, jauh sebelum negara merdeka pada 1957, dan ia berlaku tanpa memberikan sebarang salah faham di kalangan orang Islam dan mengganggu ketenteraman negara.
Namun, komen Najib sekurang-kurangnya memberi gambaran kepada rakyat negara ini mengenai sikap sebenar beliau berhubung keputusan mahkamah ini.
Sehingga kini, beliau hanya menjanjikan pelan 10 perkara untuk menyelesaikan isu yang melibatkan penganut Kristian di Malaysia Timur.
Perkara utama dalam pelan yang dinyatakan kerajaan pada 2011 adalah membenarkan Bible berbahasa Melayu yang mengandungi perkataan Allah dibawa masuk ke dalam negara.
Najib biasanya menjauhi isu kontroversi dan jarang mengadakan sidang media mengenainya di dalam negara.
Ia berbeza dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjawab semua persoalan media, daripada soalan nakal hinggalah yang serius, ketika dia menjadi Perdana Menteri.
September lalu, Najib memberitahu perwakilan Perhimpunan Agung Umno keperluan mengamalkan wasaatiyyah iaitu kesederhanaan dalam menangani pelampau walaupun dalam masa yang sama mengekang penyebaran Syiah di Malaysia.
Walaupun kebanyakan umat Islam di Malaysia mengamalkan Sunnah wal Jamaah ada juga yang cuba mengamalkan Syiah.
Islam adalah persoalan negara tetapi pihak berkuasa agama juga memainkan peranan besar dalam mengawal selia hal-ehwal agama.
Pengkritik berpendapat Perdana Menteri sepatutnya menghalang sekatan sedemikian termasuk tangkapan dan serbuan kerana ia bertentangan dengan kenyataannya sendiri. - 1 November, 2013.

-------------------------------------------------------------------------------------------

















AHLI Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) Selangor memegang sepanduk membantah penggunaan kalimah Allah oleh agama lain selepas solat Jumaat di hadapan Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, semalam.
Jan 02, 10: KL. SEKUMPULAN ahli daripada 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkumpul di hadapan Masjid Wilayah Persekutuan semalan bagi membantah keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan akhbar mingguan Gereja Katholik menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya.
Mereka berkumpul selepas solat Jumaat dengan membawa sepanduk yang menentang keputusan berkenaan. Antara NGO yang mengambil bahagian adalah Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) Negeri Perlis, Selangor dan Perak, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia dan Alumni UMNO Luar Negara.
Yang Dipertua Perkasa Negeri Perlis, Ameir Hassan berkata, sebagai orang Melayu beragama Islam yang sekian lama menggunakan kalimah Allah, mereka berasa tercabar dengan keputusan itu.
Sementara di Batu Pahat pula, diberitakan Raja-Raja Melayu pun disuruh campur tangan segera dalam isu membabitkan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah. Ahli Parlimen Seri Gading, Datuk Mohamed Aziz, berkata kerajaan juga perlu segera mengemukakan rayuan supaya isu itu tidak menggugat sensitiviti orang Islam.

Hasan Ali menang saman fitnah terhadap Khalid

Hasan Ali


SHAH ALAM - Presiden Jalur Tiga Malaysia (Jati), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berjaya dalam samannya terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad, yang didakwa mengeluarkan kenyataan memfitnah beliau dalam satu sidang media pada Februari 2012.

Hakim Datuk Yaacob Md Sam membuat keputusan itu selepas berpuas hati Hasan berjaya membuktikan kenyataan Khalid, yang juga Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor, dibuat dengan niat jahat.

Dalam penghakimannya, Yaacob berkata dalam kes itu, mahkamah perlu melihatsama ada sidang media Khalid bertujuan menjawab dakwaan Hasan terhadap beliau berhubung isu 'parasit'.

"Setelah menimbang keterangan yang ada dan hujahan kedua-dua pihak, mahkamah mendapati defendan telah melebihi atau melangkaui daripada hanya mengadakan sidang media bagi tujuan mempertahankan diri tetapi telah menjangkau kepada isu yang tiada kaitan dengan perkara yang dituduh oleh plaintif, iaitu tentang isu parasit.

"Kenyataan defendan melebihi komen yang adil dan defendan tidak boleh dilindungi di bawah perlindungan bersyarat," katanya.

Yaacob menetapkan 27 November ini untuk mendengar hujah kedua-dua pihak berhubung jumlah ganti rugi dan kos.

Penyataan tuntutan Hasan, yang difail pada 12 April tahun lepas, mendakwa Khalid telah menuturkan perkataan bersifat fitnah terhadap beliau dalam sidang media bertarikh 24 Februari 2012.

Beliau berkata lanjutan sidang media itu, Khalid menerbitkan atau mengakibatkan penerbitan fitnah berkenaan dalam bentuk artikel bertajuk 'Video: Siapa Taja Hasan Ali' di laman blog defendan di http://www.khalidsamad.com.

Plaintif juga mendakwa wartawan yang hadir melaporkan kenyataan Khalid dalam portal berita atas talian, antaranya, laman sesawang 'mstar' melalui artikel bertajuk 'Khalid Soal Sama Ada Puncak Niaga & Syabas Taja Jati' dan laman sesawang 'Malaysiakini' dengan artikel 'Pas asks Hasan Ali: Who's funding you?'.

Hasan berkata penerbitan kenyataan itu mengakibatkan kerosakan atau keburukan yang teruk terhadap reputasi, imej dan nama baiknya selain merendahkan martabat beliau di mata anggota masyarakat.

Sehubungan itu, beliau menuntut ganti rugi am, teladan dan teruk selain perintah injunksi menghalang Khalid daripada terus menerbit atau menyebabkan penerbitan kenyataan fitnah berkenaan, faedah pada kadar lapan peratus, kos serta relif lain yang difikir wajar oleh mahkamah.

Pembelaan Khalid, antara lain, mendakwa selepas dipecat oleh Pas dan sebelum sidang media berkenaan, Hasan telah mengadakan ceramah jerayawara di seluruh negara, dan dalam ceramah itu, plaintif antara lain menyerang Pas serta beliau dengan pelbagai tuduhan seperti 'parasit' dalam Pas.

Khalid juga mendakwa kenyataan beliau bukan bersifat memfitnah Hasan dan ia mempunyai unsur pernyataan fakta dan/atau pendapat.

Ahli Parlimen itu berkata jika sekalipun kenyataan berkenaan adalah fitnah, yang mana dinafikan, ia merupakan satu komen adil dan berpatutan berasaskan fakta serta perkara benar dan tepat.

Sepanjang perbicaraan, Hasan yang diwakili peguam Hasnal Rezua Merican memanggil dua saksi manakala Khalid, yang diwakili peguam Azhana Mohd Khairudin, mengemukakan tiga saksi. - Bernama

Pertubuhan Switzerland dedah kontrak tenaga RM600 juta, manfaat keluarga Taib Mahmud










Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud (gambar) sekali lagi mencuri perhatian apabila satu lagi tuduhan yang dibawakan oleh Bruno Manser Fund (BMF) mendedahkan keluarganya mendapat faedah daripada projek kerajaan.

Syarikat yang mempunyai hubung kait dengan keluarga Abdul Taib telah dianugerahkan sebuah kontrak bernilai RM618.6 juta bagi membangunkan saluran empangan Sarawak Energy dimiliki kerajaan negeri mendapat kritikan kumpulan alam sekitar yang berpengkalan di Switzerland.
BMF sebelum ini lantang dalam kritikan terhadap polisi etnik di Sarawak berkata anak sulung Abdul Taib, Mahmud Abu Bekir adalah pengerusi Sarawak Cable Berhad (SCB) yang merupakan anak syarikat memperoleh kontrak tersebut.
"Dua projek itu dijangka menyumbang kepada pendapatan bersih Kumpulan Sarawak Cable bagi tahun berakhir 31 Disember 2014 dan 2015," seperti dilaporkan SCB."Menurut dokumen milik syarikat, Mahmud merupakan pengerusi SCB dan pemegang saham kedua terbesar dengan 33% (21% secara langsung dan 12% tidak langsung)," kata BMF.Media semalam melaporkan, anak syarikat SCB, Trenergy Infrastructure Sdn Bhd telah menerima surat pelantikan dua projek pembekalan elektrik 500kV yang melintasi Mapai ke Lachau dan Lachau ke Tondong.
Empangan yang merupakan satu daripada 11 empangan yang dirancang pembinaannya oleh kerajaan negeri bakal menyaksikan 20,000 etnik Kenyah, Kayan dan Penan akan dipindahkan.
Penduduk kampung telah menjalankan bantahan dan sekatan di sekitar kawasan Empangan Baram bagi menghalang pekerja Sarawak Energy memasuki kawasan tersebut.
"Penduduk kampung berjaya menghalang pekerja Sarawak Energy dari melakukan kerja tinjauan di Empangan Baram," menurut Straumann.
Media turut memetik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dennis Ngau berkata keadaan di sana semakin tegang dan tiada sebarang petanda melihatkan penduduk kampung untuk beralah.
Beliau melahirkan kebimbangan masalah itu akan bertukar kepada konfrontasi dan menggesa tindakan segera perlu dilakukan.
"Hentikan kerja pembinaan sehingga notis lanjut dikeluarkan. Jangan menentang penduduk kampung. Biarkan kami yang menyelesaikan masalah ini," katanya yang merujuk kerja menebuk batu di antara Long Naah dan Long Kesseh kira-kira 200 kilometer dari bandar Miri.
Beliau turut meminta Sarawak Energy, kakitangan pejabat tanah dan Jabatan Ukur Tanah meninggalkan kawasan itu dengan kadar segera. – 31 Oktober, 2013

BAJET DAN NASIHAT NABI SHU‘AIB



Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Kita baru sahaja mendengar pembentangan Bajet 2014. Pelbagai ulasan dibuat oleh pelbagai pihak. Ada yang pakar, ada yang tidak pakar. Ahli ekonomi apabila berkata-kata banyak istilah dan angka yang mereka lafazkan. Orang awam mungkin tidak semua yang faham. Jika pun mereka tahu maksud, mereka tidak tahu pula antara angka yang benar dan angka yang di‘silap mata’kan. Apabila hutang negara bertambah, beban rakyat meningkat, kehidupan menjadi sukar, jenayah dan ketakutan mula merayap ke segenap kehidupan rakyat dan sebagainya, maka bala dan derita itu dirasai oleh semua peringkat. Mereka yang faham dengan segala istilah dan angka, juga mereka yang kurang faham atau langsung tidak faham pun akan merasai derita dari segala bala tersebut.
Saya tidak mahu mengulas bajet secara detil. Biarlah hal itu dilakukan oleh pakar-pakarnya. Saya sekadar mahu berkongsi apa yang Nabi Shu‘aib nyatakan kepada kaumnya tentang punca kemusnahan ekonomi sesuatu umat.
Nabi Shu’aib merupakan seorang nabi yang yang diutuskan kepada Kaum Madyan. Beliau terpaksa menghadapi kerenah penyelewangan pengurusan ekonomi dan harta yang mereka lakukan. Kaum Madyan dicatatkan sebagai kaum yang awal mengenakan cukai kepada orang yang lalu-lalang dalam kawasan mereka. Al-Quran merakamkan ucapan-ucapan Shu’aib bagi mengingatkan sesiapa yang terlibat dengan harta orang lain tentang asas-asas penting dalam menguruskan harta. Bahasa Nabi Shu’aib a.s. bahasa asas yang dapat difahami oleh semua peringkat.
Penipuan Harga
Penipuan harga adalah antara ibu penipuan dalam urusan ekonomi. Meletak harga bohong pada sesuatu adalah kezaliman. Penipuan ini boleh berlaku samada dengan cara menipu ukuran ataupun timbangan. Dalam kerangka projek-projek kerajaan bererti meletakkan harga yang tidak sepadan dengan nilai yang sepatut. Sehingga projek-projek itu dibayar oleh kerajaan dengan harga yang tinggi melebihi ‘sukatan’ ataupun ‘timbangan’ yang sepadan. Wang awam menjadi mangsa dan negara menjadi korban. Ini semua kerana ada pihak yang mengambil kesempatan untuk memakan harta secara tidak sepatutnya. Inilah yang Nabi Shu‘aib tegaskan dalam seruannya. Firman Allah: (maksudnya)
“dan kepada penduduk Madyan Kami utuskan saudara mereka Syu’aib, dia berkata: “Wahai kaumku! Sembahlah Allah! Tiada tuhan bagi kamu selain dariNYA, dan janganlah kamu mengurangi sukatan dan timbangan. Sesungguhnya aku melihat kamu berada dalam kemewahan; dan sesungguhnya aku bimbang, kamu akan ditimpa azab hari yang meliputi.” (Surah Hud ayat 84).
Menipu timbangan ataupun sukatan bukan bererti tidak langsung menimbang ataupun menyukat, tetapi sukatan dan timbangan secara tipu. Inilah punca kemusnahan kehidupan penduduk Madyan kerana ada pihak yang menipu dalam berurusan dengan pihak yang lain. Justeru, negara yang baik hendak mempratikkan ‘good monetary policy’ yang dapat menyelamat harta awam dari ditipu ataupun dirompak secara ‘lulus di atas kertas’. Kebanyakan penipu silam dan moden memperlihatkan seakan mereka jujur pada mata yang tertipu, tetapi hakikatnya mereka penipu. Hal ini akan menyebabkan negara yang zahirnya kaya, tetapi rakyatnya susah sebab timbangan dan sukatan mereka sudah ditipu. Nampak banyak, hasilnya sedikit.
Mengurangi Hak
Ingatan Nabi Shu’aib yang lain ialah: (maksudnya)
“Jangan kamu kurangkan manusia apa yang menjadi hak-haknya (Surah Hud: 85).
Dalam konteks negara, jika kita membicarakan tentang hak, maka hak rakyat menikmati kekayaan bagi setiap negara tidak sama. Ia bergantung kepada latar kekayaan negara tersebut. Jangan samakan Malaysia dengan negara yang lebih miskin dari kita ataupun sebaliknya. Sebab itu al-Quran apabila menyebut tentang mut’ah yang suami patut berikan kepada isteri yang diceraikan, Allah memerintahkan agar kadarnya ditentukan oleh kemampuan masing-masing. Allah menyebut:
“..hendaklah kamu memberi “mut’ah” (pemberian saguhati) kepada mereka (yang diceraikan itu), iaitu suami yang senang (hendaklah memberi) menurut ukuran kemampuannya; dan suami yang susah pula menurut ukuran kemampuannya, sebagai pemberian saguhati menurut yang patut, lagi menjadi satu kewajipan atas orang-orang (yang mahu) berbuat kebaikan”. (Surah al-Baqarah, ayat 236).
Suami yang kaya tidak boleh memberikan saguhati ataupun mut’ah itu seperti kadar yang diberikan oleh suami yang miskin. Dia tidak boleh bandingkan hak isterinya dengan isteri orang tidak sekaya dirinya. Demikian hak-hak rakyat dalam setiap negara itu berbeza berdasarkan kekuatan kekayaan negara berkenaan. Tidak boleh mana-mana kerajaan yang kaya menyamakan hak rakyat di negaranya dengan rakyat di negara yang lebih miskin daripadanya. Lebih buruk lagi jika sebahagian ‘bangsawan’ dan ‘atasan’ menikmati kekayaan sesebuah negara secara berlebihan sementara sebahagian rakyat hanya menjilat lebihan kuah yang tumpah ke lantai sahaja.
Keberkatan
Intipati yang penting dalam penghayatan amalan ekonomi yang jujur ialah mencari keberkatan yang diperolehi melalui harta yang terhasil dari sumber yang halal. Shu’aib a.s: (maksudnya)
“Baki (yang halal) Allah kepada kamu lebih baik bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman, dan aku bukanlah orang yang mengawasi kamu”. (Surah Hud, ayat 86).
Inilah asas jiwa insan yang jujur dalam pengurusan ekonomi. Jiwa yang memadai dengan yang halal dengan tidak mengambil harta orang lain atau pun mengurangkan hak mereka. Memadai dengan apa yang tinggal dari pengurusan yang halal itu lebih baik dan diberkati Tuhan. Dilimpahkan kedamaian dan kebaikan dari pelbagai sudut dalam kehidupan. Kebahagiaan bukan hanya diukur dengan jumlah harta tetapi kurniaan keberkataan limpahan Tuhan kepada kehidupan ini. Keberkatan adalah elemen yang ditekankan dalam pengurusan ekonomi Islam yang tiada dalam sistem ekonomi yang lain. Keberkatan itu seperti kata Al-Asfahani (meninggal 425H) bermaksud
“kelangsungan kebaikan ilahi kepada sesuatu.” (Al-Asfahani, Mufradat Alfaz al-Quran m.s 119, Damsyik: Dar al-Qalam)
Lihatlah bila keberkatan hilang maka orang yang kaya-raya pun hidup tanpa bahagia. Pencuri-pencuri harta awam hendaklah faham hakikat ini. Pengurus harta awam juga hendaklah faham. Justeru itu kita kena sedar bahawa jumlah jenayah dan keadaan tekanan hidup yang sedang meningkat dalam negara kita adalah antara tanda hilangnya keberkatan kehidupan.
Good Governance
Good governance atau urus tadbir baik adalah istilah yang digunapakai pada hari ini bagi menggambarkan bagaimana institusi awam yang mengendalikan urusan dan harta awam ditadbir. Ia menggambarkan urustadbir yang bertanggungjawab lagi baik. Beberapa anasir diletakkan oleh pelbagai pihak seperti UN, IMF, World Bank dan lain-lain dalam menetapkancharacteristics sesuatu urus tadbir yang baik. Sesiapa yang mengkaji tentang international development boleh mendetilkannya.
Apapun, nasihat-nasihat Nabi Syu’aib adalah kunci kepada urustadbir harta yang baik. Para pemerintah hendaklah insafi diri masing-masing ketika menguruskan harta negara. Sekali lagi saya ulangi apa yang Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah r.h (meninggal 728H) dalam kitabnya As-Siyasah asy-Syar’iyyah fi Islah ar-Ra’i wa ar-Ra’iyyah sebut:
“Tidak boleh para pemerintah membahagikan harta negara mengikut nafsu mereka seperti mana seorang pemilik harta membahagikan harta miliknya. Sebaliknya, para pemerintah hanyalah pemegang amanah, wakil dan utusan. Mereka bukan pemilik harta. Ini seperti yang Nabi s.a.w sabda: “Aku –demi Allah- tidak boleh memberi (harta awam) ataupun menghalang seseorang. Aku hanya pembahagi yang meletakkannya di mana sahaja aku diperintahkan”. Ini diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a.”
“Inilah rasul Tuhan semesta alam yang memberitahu bahawa dia tidak mempunyai hak menghalang dan memberi dengan kehendak dan pilihannya seperti mana seorang pemilik harta yang boleh berbelanja dengan hartanya, dan seperti raja-raja yang memberikan kepada sesiapa yang mereka suka. Sebaliknya dia (Rasulullah s.a.w) hanya seorang hamba Allah, membahagikannya mengikut arahan Allah. Dia meletakannya di mana yang Allah perintahkan”.
Sambung Ibn Taimiyah lagi:
“Demikian apabila seseorang berkata kepada (Khalifah) ‘Umar bin al-Khattab: “Wahai Amir al-Mukminin! Andainya engkau tambah peruntukanmu dari harta Allah ta’ala (harta negara). Jawab ‘Umar: “Tahukah engkau apakah bandingan antara aku dan rakyat? Ia umpamanya satu kaum yang berada dalam satu perjalanan, lalu mereka menghimpunkan harta mereka kemudian mereka menyerahkannya kepada seseorang untuk membelanjakannya untuk mereka. Apakah halal untuk lelaki itu mengutamakan dirinya dengan menggunakan harta mereka?.” [m/s 51-52. Kuwait: Dar al-Arqam (1406H)]

Rabu, 30 Oktober 2013

Apabila Mantan Menteri Besar Selangor Bersuara



Mantan Menteri Besar Selangor, Muhammad Mohd Taib berkata UMNO tidak pernah merujuk kepada Al-Quran dan Hadis dalam perjuangannya.

Menurutnya lagi Pas pula menjadikan dua sumber itu sebagai pegangan dan rujukan utama setiap masa.

"Masa saya jadi Menteri Besar (Selangor), saya tidak pernah buka (rujuk) Al-Quran untuk mentadbir negeri, begitu juga semua Perdana Menteri sehinggalah Najib ketika ini.

"Tetapi dalam Pas berbeza, Tok Guru Nik Aziz, Ustaz Hadi selalu rujuk Al-Quran ketika mereka memerintah negeri masing-masing.

"UMNO hanya jadi parti yang ikut-ikut sahaja, mereka yang masuk UMNO bukan yang berfikir. Tidak seperti orang yang menyertai Pas.

"Saya melihat, Pas adalah parti yang paling relevan dan sesuai untuk memimpin masyarakat di negara ini khususnya orang Melayu." – Muhammad Mohd Taib —

NAJIB, KDN BUAT ANWAR TERKEJUT


013








Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) hari ini meluahkan rasa terkejut kerana tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan juga Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung laporan Kedutaan Amerika Syarikat menjadi pusat operasi untuk aktiviti perisikan.

Ketua Pembangkang itu menegaskan tindakan Najib dan KDN itu dilihat umpama 'nampak terlalu lemah' walaupun perkara ini amat serius.
"Ia perkara serius untuk negara. Kami minta Perdana Menteri, KDN respons perkara ini supaya kita tidak dilihat terlalu lemah,katanya ketika sidang media di Parlimen, Kuala Lumpur hari ini. - 31 Oktober, 2013.

BETAPA HEBATNYA PERALATAN SEKOLAH DI MALAYSIA ANTARA YANG TERBAIK DI DUNIA!!!!



















Biarkan saja gambar berbicara sendiri ....
betapa daifnya meja yang dibekalkan 
disalah sebuah sekolah menengah dinegara 
ini yang di tadbir urus oleh kerajaan UMNO 
semenjak merdeka yang mendabik dada 
kononnya sekolah kita adalah antara yang 
terbaik dan terhebat seantaro dunia.

Kerajaan UMNO boleh membelanjakan jutaan 
ringgit setahun hanya untuk bayar bil elektrik 
dan air kediaman rasmi Najib dan Muhyiddin 
Yassin .. tapi nak bekalkan sebuah meja yang 
selesa untuk pelajar kita terlalu payah dan 
banyak sangat kerenah.

Paling menyedihkan rakaman ini diambil 
ketika pelajar gadis itu sedang menduduki 
peperiksaan.

[TERKINI] Tahukah Anda Perbezaan Rokok Sah VS Rokok Tak Sah?


[TERKINI] 11 Perkara Semua Orang Mesti Tahu 

Tentang Rokok Tak Sah



Tahukah anda mengenai fakta-fakta berkenaan rokok 
seludup atau kontraband di Malaysia? Jangan ditipu tiga 
jenama rokok tak sah paling terkenal 
di Malaysia.baca selanjutnya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...