muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Rabu, 12 September 2012

PANAS : JAWATAN KOSONG PENYIMBAH CAT




GEMPAR BERAPI : ARTIS BARU SEPARUH BOGEL




Ganas beb!! Berani betul artis-artis baru wanita sekarang ye bergambar Terlampau macam ni.. Selamba badak je dorang dedahkan 'aset' dorang pada umum..
Patutnya.., ulama muda umno tegur perangai buruk artis-artis baru macam dalam gambar tu..
Kan dorang selalu kata nak berdakwah.., so inilah masanya beb..

Persoalannya.., berani ke dorang berdakwah pada artis-artis 
terlampau tu semua? Ataupun nak tunggu kena bayar dulu baru 
boleh berceramah?

Cer cite..., cer cite... Hahahahaha...






GEMPAR BERAPI : PARTI SEKS ATAS BUMBUNG




GAMBAR menunjukkan rumah setinggan yang didirikan di atas sebuah flat di Poplar, timur London


LONDON - Ratusan penghuni setinggan yang mendiami sebuah blok flat di sini bertindak liar dengan menganjurkan parti seks di bumbungnya, lapor sebuah akhbar semalam.
Penduduk tempatan mendakwa, hampir 250 penghuni rumah pangsa di Poplar, timur London itu juga menakutkan jiran dengan kelakuan liar mereka.
Beberapa penduduk sekitar berkata, mereka mahu flat itu diroboh kerana tidak tahan dengan gelagat penduduk setinggan itu yang menduduki bumbung bangunan tersebut secara haram sejak April lalu.
"Mereka sengaja berada di atas bumbung supaya semua orang dapat melihat mereka menyanyi, menjerit dan bermain muzik," kata seorang penduduk, Jo Graham.
"Sejumlah mereka kemudian berbogel dan melakukan seks secara terbuka di sana. Jumlah mereka boleh mencapai 60 orang dan ada yang berada di bawah pengaruh dadah," tambahnya.
Dia berharap struktur setinggan itu akan segera diruntuhkan.
Pemilik flat tersebut kini mula menganjurkan kempen bagi meminta struktur setinggan itu diruntuhkan.
Bagaimanapun, beberapa penduduk setinggan itu memberitahu, mereka bertekad untuk tidak berpindah dan terus mengadakan parti secara terbuka.
"Semakin hari semakin ramai yang menyertai parti itu. Kami akan terus berparti, parti dan parti," kata seorang penduduk setinggan itu yang mahu dikenali sebagai Jon.

GEMPAR : MARAH DITUDUH LAKUKAN SEKS LIAR


Katie Price marah dituduh melakukan 'seks liar'

Katie Price rasa tersinggung dengan seorang penumpang yang bertanya mengenai soalan peribadi ketika dalam perjalanan ke Sepanyol.
BEKAS model terkenal Katie Price, mengatakan dia tidak pernah melakukan hubungan 'seks liar' dengan kekasihnya Alex Reid ketika berada dalam satu penerbangan ke Sepanyol.
Perbuatannya itu mengejutkan ramai penumpang dalam kapal tersebut.
Ia bermula ketika seorang penumpang berusia 31 tahun yang tidak senang dengan kelibat kedua pasangan itu dan menjerit bertanyakan kehidupan seks liar Katie dan Alex.
"Katie mula membalas pertanyaan itu dengan menjerit bahawa dia dan Alex tidak pernah melakukan perbuatan seperti itu," lapor sebuah laman web yang memetik kenyataan sumber.
"Dia kemudia berkata 'adakah kami kelihatan seperti melakukan perkara itu?', Katie sangat marah dan terus menjerit, dia kemudian berkata 'Kekasih saya tidak akan melalukan perbuatan tersebut!'" tambah sumber itu lagi.
Katie bersama-sama dengan tiga orang anaknya dan Alex sedang dalam penerbangan tambang murah dari Reid ke Malaga, Sepanyol ketika insiden itu berlaku.
Perbuatannya yang tidak henti-henti menjerit dan menafikan itu memalukan Alex dan dia berkali-kali cuba menenangkan Katie tetapi gagal.
"Katie juga mengamuk dihadapan anaknya. Alex kemudian bangun dan menenangkannya serta memberitahu supaya berhenti bercerita mengenai hal peribadi mereka," kata satu sumber yang lain.
Alex yang kelihatan malu dengan insiden tersebut berkali-kali meminta Katie berhenti menjerit.

SUMBER : GAMBAR-GAMBAR PELIK

GEMPAR : Petugas YB kena pukul, nyaris dirogol



SEREMBAN: Seorang kakitangan wanita sebuah pusat khidmat masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) melalui pengalaman mengerikan semalam, apabila diserang dan nyaris dirogol dua penjenayah di pejabat Adun berkenaan di sini.

Dalam kejadian di pejabat yang terletak di Jalan Dato Bandar Tunggal di sini, kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa dipukul berulang kali sebelum diheret ke dalam sebuah bilik di pejabat itu dan hampir dirogol.
Mangsa, Cheng Wai Fong, 31, berkata dia berada seorang diri di pejabat apabila seorang lelaki berusia 30-an datang menekan loceng dan memberitahu mahu berjumpa Yang Berhormat (YB).

"Saya tidak syak apa-apa lalu membuka pintu yang dikunci dari dalam. Mungkin melihat saya seorang diri, dia tiba-tiba mengheret dan menghentak saya ke dinding beberapa kali sebelum mengikat tangan saya," katanya di sini, semalam.

Pada masa sama, katanya seorang rakan penjenayah itu yang berada di luar pejabat meluru ke dalam dan turut membelasahnya.
Wai Fong berkata, seorang daripada lelaki itu menyelongkar pejabat, manakala seorang lagi menumbuk mukanya berulang kali.

Katanya, lelaki itu kemudian mengheretnya ke dalam sebuah bilik sebelum membuka baju dan cuba merogolnya yang ketika itu lembik dibelasah.

"Lelaki itu yang melihat saya sudah tidak berdaya cuba melakukan perbuatan keji itu dan saya lihat badannya penuh tatu," katanya.

Bagaimanapun, Wai Fong dapat meleraikan ikatan tangannya lalu mencapai sebilah pisau yang ada di situ dan menikam bahagian bahu kiri lelaki berkenaan. Tindakannya menyebabkan penjenayah itu segera melarikan diri bersama rakannya.
Wai Fong kemudian menghubungi majikannya untuk memaklumkan kejadian itu dan kemudian dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) untuk mendapatkan rawatan.

Penjenayah itu sempat melarikan dua komputer riba, sebuah telefon bimbit dan wang tunai kira-kira RM2,000.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu polis masih menjalankan siasatan.

hanya sekadar gambar dipunggungi...PM kecoh satu negara.... tapi bila batang tubuh rakyat....???



Kalau jaga solat, ada iman dan ada belas kasihan, adakah kita akan berbuat begini kepada rakyat Malaysia, Kalau rakyat salah tangkap je..wat apa pukul , balun mereka...mereka tak ada senjata..sekarang satu dunia tahu Polis Kita ganas..

Krisis Najib-Muhyiddin: Khabar Angin Yang Bakal Menjadi Realiti





Oleh 

Jika dilihat kehadiran Najib bersama Muhyiddin di majlis pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan semalam, seolah-olah tidak ada apa-apa masalah antara mereka berdua. Perdana Menteri dan timbalannya ini bagaikan gandingan erat yang sentiasa seia sekata serta sehati sejiwa.

Tetapi beberapa minggu sebelum itu, bertaburan poster-poster di Johor yang mahukan Muhyiddin sebagai PM sebelum PRU 13 ini bagi menyelamatkan UMNO dan BN berikutan Najib dilihat masih gagal untuk menarik sokongan rakyat menjelang pilihanraya umum akan datang.
 

Meskipun UMNO Johor dan UMNO Pagoh menafikan poster itu diterbitkan oleh mereka dan menyifatkan ianya taktik pihak yang tidak bertanggungjawab untuk merenggangkan hubungan kedua pemimpin itu, hakikatnya jika pun wujud masalah antara Najib dan Muhyiddin, ia juga bukanlah sesuatu yang pelik dan di luar kebiasaan.
 

Selain watak dan pendekatan keduanya jelas berbeza, mereka juga berbeza pendapat dalam beberapa isu. Dalam Akta Keterangan yang baru diluluskan misalnya, suatu ketika Najib setuju ia dikaji semula setelah adanya pelbagai bantahan tetapi Muhyiddin mempertahankannya, termasuk bertindak memanggil dua timbalan menteri yang sebelum itu agak keras membantah akta itu.
 

Beberapa lama sebelum itu, di ketika Najib bangga dengan 1Malaysianya, Muhyiddin pula tetap meletakkan dirinya sebagai Melayu dahulu, kemudian baru diikuti sebagai rakyat Malaysia. Pendekatan yang jelas amat bertentangan dengan 1Malaysia.
 

Dalam beberapa isu lainnya pula, Muhyiddin juga dilihat tidak berapa bersungguh mempertahankan Najib seperti yang dapat dilihat dalam isu remaja menayang punggung dan memijak gambar Najib.
 

Sementara dalam UMNO pula, suara-suara yang merasakan Najib lebih sesuai memimpin UMNO dan kerajaan dalam suasana politik kritikal seperti sekarang ini sudah lama kedengaran. Najib, dengan watak sebagai anak bangsawan dilihat hanya sesuai menjadi pemimpin UMNO di ketika parti itu tidak bermasalah dan rakyat tidak berpecah.
 

Dalam keadaan UMNO berjuang antara hidup dan mati, UMNO tentunya memerlukan pemimpin yang tegas, berani dan kurang retorik. Muhyiddin sebaliknya telah terbukti berjaya menangani krisis UMNO Johor dan perpecahan Melayu ketika menjadi Menteri Besar Johor berikutan perletakan jawatan Musa Hitam pada 1986 dulu. Najib tidak ada rekod seperti itu dan baru disedari oleh banyak pihak beliau tidak sesuai menjadi pemimpin ketika ini.
 

Bertompoknya masalah dan isu yang tidak selesai sekarang ini sebahagaiannya adalah kerana daya kepimpinan Najib yang dilihat lemah, tidak tegas, tiada keberanian serta kurang kebijaksanaan.
 

Saya sendiri sudah mendengar perkara ini diperbualkan di kalangan ahli dan pimpinan UMNO pelbagai peringkat sudah lama dan sudah pun menulisnya dalam buku Kesilapan-Kesilapan Najib dan Asalkan Bukan Najib sebelum ini. Hakikatnya arus yang berkehendakan Muhyiddin berbanding Najib adalah sesuatu yang benar dan nyata.
 

Lebih dari itu, dalam sejarah perjalanan politik UMNO pula, krisis atau hubungan tak sebulu antara PM dan timbalannya bukanlah perkara yang pelik. Ia sudah kerap berlaku. Tun Mahathir berbalah dengan Musa Hitam, kemudian melantik Ghafar Baba sebagai pengganti tetapi kemudiannya merestui Ghafar Baba disingkirkan oleh Anwar. Mahathir kemudiannya berbalah dengan Anwar sehingga memecatnya walaupun sehari sebelum itu, pada 1 September 1998, keduanya dilihat begitu mesra ketika Mahathir mengumumkan tentang langkah kawalan mata wang negara.
 

Kemesraan Mahathir dan Anwar ketika itu tidak jauh bezanya dengan kemesraan Najib dan Muhyiddin di majlis pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan semalam.
 

Mahathir hanya tidak berbalah ketika Pak Lah menjadi timbalannya tetapi setelah Pak Lah menjadi PM dan Mahathir terus mengganggu-gugatnya, perbalahan mereka akhirnya berterusan hingga kini.
 

Pak Lah dengan Najib pula tidak terlihat krisisnya tetapi apabila gelombang penolakan semakin kuat terhadap Pak Lah, Najib juga akhirnya menjadi tidak sabar untuk segera menjadi Perdana Menteri.
 

Yang jelasnya, kerenggangan hubungan antara pemimpin nombor satu dengan pemimpin nombor dua bukanlah sesuatu yang janggal dan di luar kebiasaan. Apatah lagi dalam kes Najib dan Muhyiddin ini, selain beberapa perbezaan yang ketara dapat dilihat, Muhyiddin juga diketahui sebagai pemimpin yang bercita-cita tinggi dan tidak pernah menyatakan rasa puas hati sekadar menjadi orang nombor saja.
 

Selain itu, para penyokong Muhyiddin pula tentunya tidak pernah pudar keinginannya untuk melihat boss mereka itu menjadi Perdana Menteri pula.
 

Krisis Najib dab Muhyiddin ini boleh meletus bila-bila masa saja. Jika ianya dapat ditutup erat sebelum pilihanraya ini, ia mungkin sukar dipertahankan selepas keputusan pilihanraya nanti. Lebih-lebih lagi jika keputusan itu nanti tidak sebaik yang diharapkan.
 

Yang menariknya dalam kes Najib dan Muhyiddin ini, kedua-dua mereka tidak pernah memberi komen mengenainya. Berbeza dengan Mahathir dulu, semua krisis dengan timbalannya dinafikannya tetapi akhirnya semua menjadi kenyataan.
 

Semua krisis itu pula bermula dengan khabar angin dan cakap-cakap orang bawahan. Namun terbukti kebanyakan peristiwa politik sememangnya bermula dengan khabar angin. Ini kerana kadang-kadang khabar angin itu sengaja dicipta untuk menjadikan ia kenyataan yang tidak terlalu mengejutkan suatu hari nanti.
 

Jika dulu ada pepatah, takkan pokok bergoyang tanpa angin tetapi pokok juga sebenarnya bergoyang jika ada kera yang sengaja menggoyangnya. Tambah pula dalam politik, kera boleh diupah untuk menggoyang pokok.
 

Krisis dan perbalahan antara pemimpin nombor satu dan pemimpin nombor dua secara realitinya memang sukar dielakkan kerana meskipun keduanya saling melengkapi dan perlu memerlukan antara satu sama lain, mereka sebenarnya hanya bersahabat dalam berpolitik tetapi sentiasa bermusuh dalam kuasa. 

LAKSAMANA BUKIT BINTANG

GEMPAR BERAPI : ARTIS CARI MAKAN MELALUI JUDI??


Gambit
PETALING JAYA: Tindakan pelakon Gambit bermain daun terup di sebuah lokasi hiburan di Australia baru-baru ini adalah bertujuan untuk mengasah minda psikologi melalui permainan itu.
Gambit atau nama sebenarnya Gambit Saifullah Rosli, 27, berkata, permainan daun terup yang disertainya itu hanyalah secara kebetulan bagi memenuhi masa terluang sewaktu bercuti dan bukannya semata-mata atas tujuan berjudi.
"Saya menyertai permainan itu sebenarnya secara kebetulan sahaja dan menganggap ia satu permainan psikologi.
"Biarlah orang nak buat macam-macam tuduhan terhadap saya kerana saya bermain daun terup bukan kerana mahu mendapatkan duit, tetapi sekadar ingin menguji pengetahuan.
"Cakap pun tak guna, kerana orang akan tetap mengkritik. Asalkan saya dan Tuhan tahu niat sebenar, itu sudah cukup," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Rabu.
Gambit baru-baru ini telah menulis mesej melalui Twitter miliknya yang mengharapkan tuah dalam permainan daun terup yang disertainya pada 5 Jun lalu.
Gara-gara mesej tersebut, pengikut laman sosial milik Gambit turut menghantar kritikan selain menganggap pelakon itu tidak peka tentang halal dan haram menyertai permainan tersebut.
Bagaimanapun, pelakon Karipap-Karipap Cinta itu terkilan apabila kebanyakan masyarakat tempatan terlalu cepat membuat spekulasi dan menyebarkan maklumat dengan membuat tuduhan yang tidak benar selepas membaca entri berkenaan.
Wan Akashah Wan Abdul Hamid. Foto daripada blog hazirinbudiman
"Saya seorang yang sangat sayangkan Malaysia, bangsa dan agama, tetapi kenapa kebanyakan masyarakat kita mempunyai mentaliti iaitu terlalu cepat menilai keburukan seseorang individu itu?
"Diakui, salah saya juga meletakkan entri yang boleh menimbulkan persoalan kepada semua tetapi dengan menyebarkan maklumat dan membuat spekulasi sendiri, tidakkah ia berbau fitnah? Dan bukankah fitnah itu haram?
"Sebelum mengata tentang orang, cerminlah diri sendiri," tegasnya.
Sementara itu pendakwah dan pengacara program Semanis Kurma, Wan Akashah Wan Abdul Hamid berkata, pemahaman seseorang yang ingin menimba pengetahuan daripada permainan daun terup adalah salah mengikut syariat Islam.
Menurutnya, seseorang itu tidak sepatutnya menyertai permainan daun terup atau apa-apa juga aktiviti seumpamanya kerana ia boleh mempengaruhi mereka untuk berjudi.
"Saya tidak setuju dengan pendapat individu yang terlibat dengan judi semata-mata atas alasan untuk memahami permainan itu.
"Daripada segi hukum, ia sudah pun dikira haram kerana di dalam Al-Quran ada menyebut Allah melarang umat Islam menghampiri perkara-perkara yang haram.
"Contohnya, Allah berfirman jangan sesekali menghampiri zina iaitu seperti pergaulan bebas atau majlis tari menari. Sama juga dengan isu perjudian.
"Banyak lagi cara lain untuk mendapatkan pengetahuan. Matlamat baik tapi caranya itu sebenarnya salah," tegasnya.

Kantoi!! Polis Terlibat dalam Provokasi Serang Bas ...??




Polis Terperangkap Dalam Kumpulan Samseng , Sah Mereka Terlibat dalam Provokasi Serang Bas ...??

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin menggesa polis menjelaskan kehadiran anggota mereka berpakaian preman bersama samseng Umno dalam kejadian serangan terhadap bas Jelajah Merdeka Rakyat di Jasin, Melaka Sabtu lalu.

“Ia menunjukkan polis berpakaian biasa sememangnya berada dalam kumpulan (samseng) sejak awal lagi,”

polis seolah-olah tahu lebih awal tentang rancangan serangan ke atas bas jelajah itu.“Perkara cukup dikesali…Jika polis mengenakan uniform, (samseng) tentu tidak akan bertindak ganas,”
- KedahKini

SUMBER

GEMPAR BERAPI : PENGAWAL PERIBADI ANWAR PERNAH IRINGI CELINE DION



Rupa2nya pengawal peribadi ds anwar bukan calang2 orang...tapi dia menyatakan mnjadi pengawal ds anwar paling mencabar kerana beliau tokoh yg amat digeruni oleh rejim skrg...di negara luar, ketua pembangkang dikawal oleh pihak bkuasa tapi di negara ini pengawal peribadi ketua pembangkang pula yg disiasat..

GEMPAR : Ini kes bangang. Ini kes bahlol.



Kes bangang berlaku di
Malaysia, MUHYIDDIN
TOLONG CEPAT!

Bagaimana pihak pengurusan sekolah
terlalu menekankan nama dan reputasi
berbanding perasan seorang murid?
Kenapa dengan budak dalam gambar di
atas neh? Owh.. dia..? Tak boleh amek
UPSR. Pihak sekolah tak bagi sebab takut
jejaskan imej dan reputasi sekolah.

Jap.

Setahu aku, pihak sekolah = guru kan?

Guru = mengajar kan?

Kalau budak tue tak cerdik, ajar.

Kalau budak tu salah, betulkan.

Kalau budak tak pandai akedemik, tolong
dia, bimbing dia, untuk terokai dan
kenalpasti bakat dia. Tak pandai dalam
akademik bukan bererti tak pandai dalam
bidang lain juga.

Bukan asingkan dia. Bukan pulaukan dia.

Dan larang dia amek UPSR semata2 nak
jaga reputasi sekolah. Akai ada ka takdak?

Lue kata lue guru besar tapi guru besar
hapa macam neh? Guru bangang ka guru
besar? Meh ajar aku sat.

Tak Percaya tanya Kosmo!
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0912&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm

Untuk rekod, kes neh pernah berlaku di
kedah dan sarawak. Nampaknya
pengetua2 sekolah yang mementingkan
reputasi tak takut langsung untuk berbuat
demikian. Kerana apa? Kerana tidak
dikenakan tindakan tegas kot.

Oleh itu aku cadangkan muhyiddin yasin
selaku menteri pendidikan, tunjukkan
kuasa anda, tanpa kompromi pecat jek
guru besar tersebut. Ini perlu. Jangan2 ini
bukan kali pertama dia bersikap bias dan
kurang ajar terhadap pelajar2 sekolah.
Pengetua macam neh jangan dibagi can.
Pecat dan halau terus dari sekolah
tersebut. Sama macam dia buat kat
pelajar tersebut, kita buat balik kat dia.
Tengok apa dia rasa.

Kebodohan boleh diubati. Cikgu2 hanya
perlu luangkan masa untuk mengubati
kebodohan tersebut. Bukan halau mereka
kalau pelajar mereka bodoh. Cikgu yang
halau pelajar mereka yang bodoh adalah
lebih bodoh dari pelajar itu sendiri.

Sekurang2nya pelajar yang bodoh itu
sanggup ke sekolah dan berani amek upsr
walaupun sedar diri tak pandai mana
berbanding cikgu yang menghukum satu2
pelajar tanpa memberikan mereka
peluang untuk mencuba.

Sekarang siapa sebenarnya yang bodoh?
Orang bodoh yang mahu berusaha untuk
pandai atau orang pandai yang
menghalang orang bodoh untuk
berusaha? Lue fikirlah sendiri

GEMPAR BERAPI : PARTI ARAK & PONDAN ARTIS MALAYSIA



Gaya sosial artis-artis Melayu zaman sekarang… Dahsyatnyer!image
image
image
image
image
image
image
image

PANAS : HEBATNYA DIDIKAN UMNO SELAMA INI TERHADAP ARTIS

GEMPAR BERAPI : ANWAR IBRAHIM TERIMA KUNJUNGAN SOROS



KUNJUNGAN GEORGE SOROS
DAN BERBINCANG PASAL DANA
MAU MERUNTUH DAN
MENUMBANG UMNO/BN????.

Dituduh bahawa DSAI, PKR
SUARAM dan beberapa NGO
mendapat dana dari luar negeri
yang bersumber dari George
Soros.

Dana tersebut digunakan untuk
menjatuhkan UMNO dan Barisan
Nasional.

PERGH!!!!.. ini buktinya
beb!!!!!... UMNO bila bercakap
siap bagi bukti lagi you!!!!
Sungguh erat dan intim antara
DSAI dan George Soros!!!!!

OOPPSS TERSILAP LAGI ADMIN
MUAT NAIK GAMBAR!!!!

GEMPAR BERAPI : LELAKI TUA KEM@RUK B@DAN PEREMPU@N




YUSOFF dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Angkara nafsu tidak bertempat, seorang warga emas dijatuhi hukuman penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas mengaku bersalah atas dakwaan memperdagangkan seorang wanita Indonesia sebagai hamba memuaskan nafsu seksnya.
Tertuduh, Yusoff Mat Rani, 61, yang bekerja sebagai pengutip kotak dituduh memperdagangkan mangsa yang berusia 24 tahun dengan cara melindunginya bagi maksud eksploitasi seks dalam tempoh enam bulan pada Jun hingga Disember 2011.
Mengikut fakta kes, wanita terbabit datang ke negara ini pada Jun 2011 dan bekerja sebagai pembantu rumah di Wakaf Bharu dekat sini tetapi melarikan diri daripada majikannya atas alasan tidak tahan bekerja.
Wanita itu kemudian dihantar oleh orang awam ke Jabatan Imigresen kerana dia tiada pas perjalanan. Bagaimanapun, ketika sampai ke Jabatan Imigresen, pejabat itu sudah ditutup kerana tamat waktu bekerja.
Mangsa kemudian bertemu tertuduh sebelum tertuduh mengajak wanita terbabit ke rumahnya di Kampung Limau Manis di sini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...