muka
Facebook Badge
TERBARU
Sabtu, 2 November 2013
PANAS : SG. LIMAU BERGELEK DENGAN M. DAUD KILAU
Adakah tiada cara lain untuk UMNO berkempen??Hiburan memang tidak pernah lekang dari UMNO. Hiburan; salah satu sebab punca kejatuhan moral dikalangan remaja terutama melayu yang pastinya mengikut kad pengenalan beragama islam.
Dan pasti ramai tertanya, jika sebelum ini kerajaan membayar berjuta ringgit untuk membawa kumpulan K-pop, berapa yang di bayar oleh kerajaan kepada artis tempatan yang tertera pada gambar di atas yang amat komited untuk kemenangan umno di Sg. Limau.???
GAMBAR YANG MEMALUKAN MENTERI UMNO
Sekarang bukan zaman 70an dan 80an ..
dulu bolehlah ajak rakyat bersendiwara
kononnya para menteri dan pemimpin
UMNO/BN berjiwa rakyat. .. Itu dulu ..
sekarang sorylah bro.
Rakyat tahu jika pemimpin itu ikhlas atau
Rakyat tahu jika pemimpin itu ikhlas atau
pura-pura. .. akhirnya sendiri dapat malu
semata-mata nak dapat satu undi.
Tak perlulah nak tunjuk baik dan perihatin
Tak perlulah nak tunjuk baik dan perihatin
berjiwa rakyat konon hanya disebabkan
adanya piliharaya kecil .. kalau tidak itu
bayang pun tak nampak.
Projek pilihan raya Umno-BN sekadar ‘janji tinggal janji’
SHAH ALAM 2 NOV : Tindakan Umno-BN mengumumkan projek setiap kali menjelangnya sesuatu Pilihan Raya Kecil (PRK) hanya akan menjadi sekadar ‘janji tinggal janji’ yang tidak dilaksanakan.
Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, berkata beliau mengingatkan pemimpin Umno-BN agar tidak ‘memperbodohkan’ rakyat kerana mereka semakin celik politik.
“Kita sudah lali dengan strategi Umno ini, semua jentera yang ada dikerah untuk memenangkan mereka dalam PRK, kecuali Bank Negara sahaja tidak digunakan.
“Tetapi rakyat sudah tahu sangat, sama ada menang atau kalah, kebanyakan projek yang dijanjikan sekalipun yang sudah diluluskan dan dibahas di Parlimen tidak disiapkan,” kata Johari yang dihubungi TVSelangor.
Johari berkata, sekurang-kurangnya sepuluh projek lagi akan diumumkan dengan baki dua hari berkempen demi Umno mencapai kemenangan di DUN Sungai Limau.
“Pasti berjuta-juta lagi akan dijanjikan kerana mereka (Umno) tahu itu semua sekadar pengumuman sahaja bukan terikat dengan sebarang tindakan undang-undang.
“Lebih-lebih lagi, PRK ini penting untuk membuktikan kepimpinan Mukhriz Mahathir yang tewas pemilihan Naib Presiden Umno baru-baru ini, jika beliau tewas lagi, maka beliau akan dilihat sebagai tidak relevan,” jelas Johari.
Dalam menghadapi PRK DUN Sungai Limau di Kedah, Umno-BN mengumumkan sejumlah RM 15.15 juta nilai projek antaranya termasuk bantuan kepada sekolah, program bantuan Azam Tani Mara, peruntukan kepada masjid, bantuan baiki rumah, pemberian cermin mata serta tukun tiruan
Langgan:
Catatan (Atom)