muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Sabtu, 31 Ogos 2013

GEMPAR BERAPI : ROGOL AWEK FB DALAM KEBUN KELAPA SAWIT

Akibat gagal mengawal nafsu, seorang remaja lelaki bertindak merogol teman wanita yang baru dikenalinya sebulan lalu menerusi laman sosial Facebook di sebuah kebun kelapa sawit di Bukit Gambir, Ledang.
Ketua Polis Daerah Ledang, Supritendan Harun Idris berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 9 malam pada 12 Ogos lalu apabila pasangan itu keluar bersiar-siar pada waktu siang.
“Ketika dalam perjalanan pulang untuk menghantar kekasihnya yang berusia 15 tahun ke rumah di sebuah kampung di Bukit Gambir, remaja berkenaan yang berumur 18 tahun mengajaknya singgah di kebun itu sebelum merogol mangsa.
“Atas desakan keluarga, mangsa membuat laporan di Balai Polis Bukit Gambir pukul 10 pagi pada 27 Ogos lalu, iaitu 16 hari selepas kejadian itu,” katanya.
Susulan laporan tersebut, polis menahan suspek di rumah keluarganya di Kampung Parit Jarum Laut pada pukul 6 petang semalam.

GEMPAR BERAPI : FIDA IBRAHIM BERPAKAIAN TERLALU SEKSI



GEMPAR BERAPI : AKSI PEREMPUAN BERTUDUNG DI PEJABAT



Satu lagi bukti Malaysia menghadapi gejala sosial yang kritikal. Di manakah akhlak rakyat Malaysia yang majoriti beragama Islam.Jika dilihat pada gambar, perempuan itu bertudung. Semuanya berpunca dari kegilaan hiburan yang boleh didapati dengan meluas di Malaysia. Inilah akibatnya jika pemerintah hanya mengutamakan hiburan. Cuba kita lihat di TV atau di mana-mana, aksi-aksi seperti ini teramat biasa ditayangkan. Kerajaan sepatutnya mengambil serius tentang kejatuhan akhlak melibatkan rakyat Malaysia dalam menuju negara maju.Tapi statistik menunjukkan bahawa kes-kes pembuangan bayi semakin meningkat saban tahun. Di mana lagi silapnya?? Tak lain tak bukan, kembali kepada Al-Quran dan Sunnah. laksanakan hudud. Manusia teramat mudah lupa dengan hukuman ciptaan manusia tetapi amat gerun dengan hukuman dari ALLAH. 









GEMPAR BERAPI : AYAHANDA LEMAN RAJA LAWAK MENINGGAL DUNIA


http://1.bp.blogspot.com/-xQ9iXE5Xwi0/UP_X9kwfpMI/AAAAAAAABas/cClhYItGYVU/s320/Al-Fatihah.png

GEMPAR BERAPI : AKSI PANAS MALAM MERDEKA

Merdeka!..
Merdeka!..
Merdeka!..
Pada tanggal 31 Ogos 1957, Bendera Union Jack iaitu bendera British diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur tepat pukul 12 malam 31 Ogos 1957. Pada malam itu, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dengan penuh bersemangat dan bangganya lantang melaungkan laugan hikmat 

Merdeka!..
Merdeka!..
Merdeka!..

dengan linangan air mata dan bangganya anak-anak Melayu yang punya kesedaran Islam melaungkan

Allaaaahuakhbar! 
Allaaaahuakhbar! 
Allaaaahuakhbar!

Pada malam itu Dataran Merdeka menjadi saksi lahirnya sebuah Malaya baru. Linangan air mata kegembiraan, kesyukuran sambil menadah tangan kelangit dan anak-anak yang masih kecil sama-sama merasa nikmat perjuangan kemerdekaan bagaikan tidak terucap. Perjuangan perwira-perwira tanahair dalam menuntut kemerdekaan tercapailah sudah. Tidak sia-sialah keringat dan darah yang mengalir ke bumi demi sebuah bangsa dan negara yang merdeka. Begitulah senario yang berlaku pada malam 31 Ogos iaitu 53 tahun yang lampau.

Zaman alaf baru ini menjanjikan sambutan yang hebat-hebat yang adakalanya menelan belanja yang besar hanya untuk memperingati hari kemerdekaan. Tapi, apakah kita sedar dalam kita menyambut hari yang penuh bermakna itu bagaimanakah perasaan yang lahir dalam diri anak-anak muda zaman sekarang? Laungan merdeka lantang di sebut oleh beribu-ribu manusia yang membanjiri Dataran Merdeka kononnnya untuk countdown (kira detik 12 tgh malam). Tetapi yang paling mengecewakan ia sering disudahi dengan adegan yang tidak selari dengan prinsip kemerdekaan. Anak-anak muda bergaul bebas, berpakaian tidak senonoh, berpegangan tangan berlainan jantina sambil melaungkan Merdeka! Merdeka!Merdeka!..Apakah itu cara sambutan di malam merdeka? Sungguh memalukan!..

Cubalah kita selami gambar-gambar yang dipaparkan ni...itukah cara anak-anak muda sekarang menyambut malam merdeka? Tepuk dada, tanya iman...mungkin ada sesetengah orang akan mengatakan "jangan pandang luaran aje yang penting hati". Namun kemyuskilannya adakah hati mereka suci murni untk menyambut malam kemerdekaan Malaysia atau untuk melakukan kemaksiatan dan kemungkaran di bumi Allah ini? Perhatikanlah wahai pembaca blogku yang setia....buatlah rumusan sendiri.

Apakah kita sudah merdeka atau masih lagi dibelenggu penjajah? Lihat saja gelagat rakyat kita bila mereka terlampau gembira, sampah sarap mereka tinggalkan merata –rata. Botol air, kertas alas duduk, kotak rokok ,plastik buat balut burger, mengisi perut bila paluan keroncong bergema-gema, apa semua ini, inikah merdeka?

Lihat pula dijalan-jalan raya , mat rempit sorak gembira, walaupun hanya untuk suka-suka tapi bukankah itu semua mencari bencana. Suasana di Jalan Parlimen mungkin seperti SIC, macam masa Moto GP, takpun macam keadaan masa Japan GT. Kereta ekzos besar berapi-api selusuri jalan raya dengan gah sekali. Masih lagi mengherdik si miskin suruh ketepi kerana kereta besar ingin menguasai jalan yang dianggap macam hak sendiri.

Itu cerita di jalan raya...Bagaimana pula cerita malam merdeka di pub-pub ternama ataupun low class pun sama juga...Ya Allah, anak melayu mabuk keluar Pub. Muntah hijau antara mahu keluar atau tidak. Inikah dia bangsa merdeka? 

Sekarang kita beralih sambutan malam merdeka di bangunan atau di pangsapuri...meriahnya tak juga kurang hebatnya. Terlihat anak-anak muda berdansa tanpa peduli orang lalu lalang. Pada mereka, mereka tak salah...rumah sendiri, duit sendiri...aku punya sukalah....Masyallah, memang dari segi luarannya tak salah tapi perbuatan itu sia-sia belaka lebih-lebih lagi anak-anak orang melayu yang secara automatiknya didaftarkan sebagai penganut Islam...Apakah mereka tak takut dengan azab yang bakal dihadapinya. Ada juga kata-kata lancang yang bertepik "dosa aku, kubur aku, aku yang tanggung lah". Ya Allah, mereka anggap semuanya serba mudah. 

Ini belum lagi cerita orang kaya-kaya yang sibuk cari harta benda untuk anak isteri katakan. Pada mereka untuk apa mahu hayati kemerdekaan ni, Mercedes S class sudah gah menyusuri jalan ada driver lagi, mesyuarat hari-hari. Janji sana, janji sini. Orang lain diutamakan dari anak dan isteri. Pada mereka...haaaa duit dah bagi buatlah hal sendiri. Kasihan isteri dan anak –anak yang tidak punya masa bersama ayah dan suaminya. Janji dengan rakan niaga mesti tepati macam kata Allahyarham Tan Sri P. Ramlee "Sebelum subuh patik sampai" tapi dengan anak bini di tolak tepi..mmmmm.. kemudiankan boleh. Inilah dia orang yang benar-benar sudah merdeka. Atau mungkin dia terlupa? Wallahualam... 

Akhir kata, renungkanlah pengiktirafan Allah kepada bangsa-bangsa, yang secara tidak langsung menyimpulkan bahawa Allah turut mengiktiraf bahasa-bahasa yang menjadi identiti setiap bangsa. Firman Allah dalam Surah Al-Hujuurat ayat ke-13 :

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).”

Rumusannya, kita perlu kembali ke pangkal jalan, dimana usaha ini perlu dimulakan bermula daripada peringkat individu dan institusi keluarga. Kefahaman kita kepada makna kemerdekaan yang hakiki perlu diterjemahkan kepada cara kita mendidik anak-anak kita supaya berjatidiri tinggi, tinggi minda dan jiwanya serta tidak mudah kagum terhadap apa sahaja yang dipaparkan dan didatangkan daripada luar. Pemprosesan nilai agama perlu dititipkan dengan berkesan agar dapat membebaskan minda dan jiwa untuk kembali apa yang ada pada diri kita, sebagai seorang Melayu yang beridentitikan Islam, kerana Islam lah yang memerdekakan manusia menjadi insan yang berjiwa besar, tanpa mengenepikan penghargaan sesuatu bangsa terhadap apa yang mereka miliki.

Video Aksi Panas Malam Merdeka


Gambar-gambar Sekitar Selepas Laungan Kemerdekaan





SETERUSNYA




SUMBER

Jumaat, 30 Ogos 2013

GEMPAR : TERLUPA PAKAI SELUAR @ FESYEN

Macam-macam ragam manusia zaman sekarang. Dah tak ada rupa manusia langsung kadang-kadang. Alien punya figure pun dah ada sikit-sikit. 

Yup, itulah kami dapat lihat dengan gaya wanita ini. Tertanya-tanya juga difikiran, adakah ini fesyen terbaru (hanya memakai seluar dalam kemudian keluar bersiar-siar) ataupun beliau terlupa memakai seluarnya dari rumah? 

Mujur bukan di Malaysia! 


GEMPAR BERAPI : DI CEKUP KETIKA ASYIK BERAKSI

Dicekup ketika asyik beraksi

SUBANG JAYA – Seramai tujuh individu ditahan dan diserahkan kepada pihak polis kerana menjalankan aktiviti tidak bermoral di tiga rumah urut di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Mejar (B) Mohd Rasip Rasul berkata, hasil risikan dan maklumat awam, pihaknya menyerbu tiga premis pusat kecantikan dan  pusat urut di kawasan SS15.

“Ketika serbuan dijalankan, terdapat pelanggan sedang diberi urutan badan dan batin.

"Hasil pemeriksan mendapati premis mempunyai lesen sah dari MPSJ untuk urutan reflekseologi tetapi menawarkan urutan badan serta batin kepada pelanggan,” katanya.

Tambahnya, dalam sebuan tersebut, pihaknya turut menahan seorang pelanggan lelaki dan seorang tukang urut wanita sedang asyik beraksi di atas katil.

Ketika dicekup pelanggan lelaki tidak berbaju, memakai seluar pendek manakala tukang urut wanita separuh bogel dan hanya memakai baju.

Operasi tersebut diketuai oleh Penolong Pegawai Penguatkuasa MPSJ, R Ravinthran bersama 23 anggota.

GEMPAR BERAPI : EPIC YANG FAIL DARI FILEM TANDA PUTERA



Memang hebat siapa yang dapat kesan semua kesilapan dalam filem Tanda Putera ini  sedangkan pihak penerbitan sendiri yang begitu ramai tu pun gagal memastikan segala kesilapan kecil sebegini tidak berlaku. Sepatutnya perlu lebih titik-berat hal-hal sebegini untuk filem-filem yang akan datang kalau tak berbangkitlah hal begini. Biarpun kecil tapi hal begini mampu mempalitkan imej yang kurang sempurna untuk sesebuah filem. 

GEMPAR BERAPI : BUNG MOKHTAR SUDAH BOSAN DENGAN ZIZIE??



Bila dilihat gambar ini, Zizie seolah-olah disisih oleh Bung.Seperti Bung tengah fokus kepada handphonenya.Bung tengah sibuk bermain game yang popular di Iphone dan Android sekarang iaitu Candy Crush.






Khamis, 29 Ogos 2013

GEMPAR BERAPI : GAMBAR ERMA FATIMA MEROKOK





Berkenaan respon peminat terhadap gambar itu, kebanyakkan mereka memuji gaya gangster yang ditunjukkan Erma. Ramai yang merasa lucu, terkejut dan masih tidak percaya artis kesayangan mereka itu sebenarnya biasa merokok.



GEMPAR BERAPI : PENGORBANAN SEORANG AYAH

Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?".

Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir.

Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain.Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya - perempuan. "Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?", "Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku menyambut soalan nya.

Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?" - "Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. "Yang acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang acer nie berapa boleh murah lagi?" - "Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat - warenti setahun.".

Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya."Oklah, yang ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?" - "Cukup, Terima Kasih ya...". Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan.Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekepi­ng duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.

Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin...

HARGAILAH PENGORBANAN IBU & BAPA KITA.

GEMPAR BERAPI : JANGAN PERASAN NAK MINTA PM LETAK JAWATAN

'Jangan perasan nak minta PM letak jawatan'

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menempelak Ketua Pemuda Perkasa Irwan Fahmi Ideris yang dilapor mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan.

"Siapa dia nak minta PM letak jawatan. Jawatan dia bukan ketua Pemuda Umno. Dia Pemuda Perkasa. Perkasa ada apa?

"Presiden kamu sudah kalah pilihan raya umum, perasan nak minta perdana menteri letak jawatan. Apa ni?.

"Saya rasa dia patut tahu kedudukannya terlebih dahulu" kata Khairy dengan nada marah.


SUMBER

kahkahkah Macai korang ni perasan lebih.. korang selagi dalam UMNO kene wala memkhinzir buta.. kah3... Perkasa ke Perkosa ke, Rakyat tak boleh minta PM letak jawatan? Diktator nye UMNO.. kah3

Rabu, 28 Ogos 2013

GEMPAR BERAPI : KONDOM VERSI HALAL

And now kondom versi halal. Keep satan away during intercourse? kahkahkah
kondom halal 0

kondom halal 1

                                                                                          

GEMPAR BERAPI : PENGERUSI TABUNG HAJI YANG TERSANGAT "CERDIK"

  
  • Apabila kita meletak yang bukan "ahlinya" menerajui institusi agama, maka beginilah jadinya... 
  • Pergi bumi Rasulullah SAW pun nak bawa identiti Melayu ke? Patutnya bawa sunnah..baru sedap mata memandang 
  • Baju melayu melambangkan budaya saja tapi kalau pakai jubah dapat pahala sunah mana mau...... 
  • Bukan nak halang pakai baju melayu... dok sana tu cari pahala laa..dah mudah dah dengan jubah nie dari dok pakai sampin dengan baju melayu..mau nak terberak terkencing 
  • Entah laa pikiaq la cara nak bagi murah ka kos haji, cara nak bagi servis mantap ka di tanah suci...macam-macam lagi boleh buat aih dari dok pikiaq benda nie...
Ps: Kalau fikiran dah UMNO, tak leh nak cakap apa dah.

GEMPAR BERAPI : IRFAN BAKTI LETAK JAWATAN JURULATIH SELANGOR


http://1.bp.blogspot.com/-Y8fMe-xuczY/Uh3-HO5GdkI/AAAAAAAAGJw/gBPEtlLEcWY/s1600/irfan-bakti.jpg
Irfan Bakti Abu Salim mengesahkan bahawa beliau telah melepaskan jawatannya sebagai jurulatih skuad Gergasi Merah.

Difahamkan, punca utama Irfan membuat keputusan mengejut itu ekoran prestasi hambar skuad kendaliannya dalam kempen Piala Malaysia setakat ini.

Kemuncak rasa kecewa Irfan sukar dibendung lagi apabila Gergasi Merah tumbang di tangan pasukan berstatus kelab, Sime Darby apabila tewas 0-3 di Stadium Majlis Per bandaran Selayang malam semalam.

GEMPAR BERAPI : ZIZAN RAZAK DIPILIH PENGACARA AF 2013


ohartis-zizan-razak-1
Pelawak dan pelakon yang namanya kian bersinar Zizan Razak nampaknya bakal menceburkan diri secara dalam bidang pengacaraan apabila ditawarkan menjadi hos rancangan realiti TV, Akademi Fantasia 2013 (AF 2013) yang akan bersiaran pada September ini.
Namun begitu, Zizan mengakui agak bimbang tidak dapat berikan yang terbaik kerana terasa kurang pengalaman yang cukup untuk mengendalikan rancangan tersebut di tambah pula, pengacara sebelum ini adalah hebat-hebat yang terdiri dari Datuk Aznil Nawawi, Datuk AC Mizal, Jimmy Shanley dan Sarimah Ibrahim.
“Rasa kerdil diri saya ini jika terpilih sebagai pengacara AF 2013 kerana pengalaman saya tidak sehebat mana seperti hos-hos terdahulu. Bagaimanapun saya berbesar hati apabila nama saya disebut-sebut sebagai pengacara bagi musim terbaharu ini,” jelas Zizan.
Program AF 2013 akan bermula dengan Galaxy AF pada 2 hingga 5 September depan, diikuti dengan tayangan Prelude Top 24 pada 6 September 2013. Manakala konsert pertama akan bersiaran secara langsung setiap Sabtu, pukul 9 malam bermula 14 September depan di Astro Ria.
Walau bagaimanapun, Zizan merasa sangat berbesar hati sekiranya pihak produksi memilihnya untuk mengacarakan program tersebut dan berjanji akan menggalas tanggungjawab berkenaan dengan baik.
“AF memang terkenal dengan kejutan jadi musim ini mereka juga ingin membuat kejutan mengenai pemilihan pengacaranya. Jadi kita tunggu sahajalah,” ujarnya.

GEMPAR BERAPI : LELAKI HINA AL-QURAN DI BAKAR HIDUP-HIDUP

Orang ramai menyerbu sebuah balai polis dan membakar seorang lelaki hidup-hidup kerana menghina al-Quran, kata polis semalam. 

Lelaki terbabit dikatakan seorang pengembara bermalam di sebuah masjid di Seeta, wilayah Sindh, malam Khamis lalu. 

Keesokan harinya, penduduk kampung itu gempar apabila mendapati al-Quran di masjid berkenaan musnah dibakar. Seorang imam berkata, lelaki terbabit bermalam sendirian di masjid berkenaan. Pegawai Polis Daerah Dadu, Usman Ghani, berkata orang ramai membelasah lelaki terbabit sebelum menyerahkannya kepada polis. 

“Beberapa jam kemudian, kira-kira 200 orang menyerbu balai polis yang menahan lelaki itu dan mengheretnya keluar sebelum mereka membakarnya,” katanya. 

Menurut Usman, 30 orang ditahan atas kesalahan membunuh, manakala tujuh anggota polis ditahan kerana disyaki cuai.

GAMBAR PERTUNANGAN SYAKIRIN HUSNA- PENGACARA HIJABISTA

syakirin husnal
Dicungkil bakat menerusi program On Air, Syakirin Husnal telah pun bertunang baru-baru ini.  Syakirin Husnal menjadi milik si jejaka bernama Faris Ariffin.
syakirin husnal

syakirin husnal
syakirin husnal
syakirin husnal

syakirin husnal
syakirin husnal
syakirin husnal
syakirin husnal
syakirin husnal
syakirin husnal

                                                     

Selasa, 27 Ogos 2013

GEMPAR BERAPI : GAMBAR ERIN MALIK BERCUTI
















GEMPAR BERAPI : GAMBAR PERTUNANGAN SYANIE & NADI PUTERA

Tahniah kepada Syanie Hisham yang selamat bertunang dengan Nadi Putera Mohd. Zainol pada 10 Ogos lalu di rumah pelakon terkenal itu di Petaling Jaya, Selangor. 

Sebelum ini, Syanie pernah berkahwin pada 2002 namun rumahtangga yang dibina tidak bertahan lama. Apapun, kehadiran si jejaka bernama Nadi Putera telah berjaya membuka hati pelakon bertubuh besar itu untuk kembali bergelar isteri selepas 11 tahun hidup menjanda. 









    
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...