muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Khamis, 19 September 2013

GEMPAR BERAPI : DIMANA LETAKNYA KEWARASAN SEORANG MANUSIA??


















Ini pembunuhan yang tidak boleh d maafkan . .

Di mana letak nya kewarasan seorang manusia?
Di mana letak nya akal manusia ini?
Kucing2 ni telah diracun oleh manusia durjana yg sangat kejam!

Lokasi di TAMAN BUKIT CHERAKAH, MERU, KLANG.

Semua kucing2 ni bertuan. Bukan nya kucing jalanan.
Kawan2 yang tinggal berhampiran kawasan tersebut, tolong pastikan kucing2 anda semua di tempat yang selamat.
Xmampu kami tahan airmata mengenang betapa seksa nya azab yg kucing2 ni terpaksa lalui.
Semoga Allah menurunkan balasan yang setimpal bagi yg bertanggungjawab.

GEMPAR BERAPI : RAKYAT MAHU NAJIB LETAK JAWATAN







Pembentangan hasil kajian 'Politik Malaysia Pasca PRU13', oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) hari ini menarik perhatian para wartawan terhadap satu slide yang tidak disertakan peratus keputusannya.

Slide yang hanya diletakkan tanda soal itu adalah keputusan survey yang diperolehi terhadap soalan "Adakah Datuk Seri Najib perlu melepaskan jawatan kerana gagal mendapat majoriti 2/3 dalam PRU13?"

Ketika diasak wartawan untuk mendedahkan angka peratusan tersebut, Pengarah UMcedel Prof Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman berkata, sukar baginya untuk mendedahkannya kerana ianya boleh menyebabkan hidup beliau bermasalah.

"Cuma saya mahu kata, result ini tidak mengembirakan dan boleh meletakkan saya dalam masalah kalau saya dedahkan," katanya.

Memberi penjelasan lanjut berhubung slide yang penuh persoalan itu, beliau berkata, harapan rakyat termasuk ahli Umno cukup tinggi terhadap Najib untuk mendapatkan kembali 2/3 penguasaan BN di parlimen selepas jatuh teruk pada 2008.

Rakyat juga katanya yakin bahawa Najib boleh "deliver" dengan baik.

"Sudah ada precedent zaman Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) dulu ya, beliau meletak jawatan (perdana menteri) kerana gagal dapat 2/3 majoriti.

"So you boleh jangka apa rakyat mahu," katanya sambil menunjuk kepada slide tersebut.

Sementara itu, hasil yang dibentang UMcedel hari ini adalah kajian yang dijalankan pada 15 Ogos hingga 10 September lalu iaitu kira-kira tiga bulan selepas PRU13 berlalu.

Kajian yang dibuat secara bersemuka itu melibatkan 1546 responden selaku pemilih berdaftar, terdiri daripada Melayu, Cina dan India di seluruh Semenanjung Malaysia.

SEKS DALAM PEJABAT SELEPAS KAHWIN MUTAAH

Kuala Lumpur: Pensyarah bergelar profesor di sebuah universiti terkemuka di Lembah Klang berkahwin secara mutaah dengan pasangannya yang juga seorang pensyarah dan menjadikan bilik pejabat sebagai tempat untuk melakukan hubungan seks.

Penolong Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Dr Zamihan Md Zain, berkata pasangan pensyarah berusia 40-an itu berkahwin tiga tahun lalu sebelum dikurniakan seorang anak.



Beliau berkata, pensyarah lelaki berkenaan yang bergelar profesor adalah penganut ajaran Syiah dan berasal dari sebuah negeri di Pantai Timur, berjaya mempengaruhi pasangannya untuk mengikuti ajaran itu.

Kahwin sementara

“Kedua-dua pensyarah ini bergelar profesor dan berkhidmat di sebuah universiti terkemuka di Lembah Klang. Mereka berkahwin mutaah untuk beberapa bulan dan kemudian bercerai.

“Inilah yang kita bimbang jika tidak ada satu kawalan atau undang-undang tegas mengekang penyebaran fahaman Syiah.

“Golongan cerdik pandai bertaraf profesor pun boleh terpengaruh apatah lagi kalau mereka yang cetek pengetahuan agama.
“Sebab itu kita perlukan satu undang-undang yang tegas. Ajaran Syiah dan kahwin mutaah ini boleh menimbulkan kecelaruan dalam masyarakat,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Zamihan berkata, undang-undang yang tegas diperlukan bagi menyekat penyebaran fahaman itu kerana lebih 200,000 warga Iran berada di negara ini setiap tahun termasuk pelajar.

GEMPAR BERAPI : ULAMA PELAPIS PUNCA PAS GAGAL PRU 13


SHAH ALAM: Antara punca kegagalan PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) adalah disebabkan kegagalan ulama pelapis memainkan peranannya di peringkat akar umbi.
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata, ulama pelapis PAS gagal menangani propaganda Umno diperingkat akar umbi sehingga PAS gagal menembusi kawasan kubu kuat Umno.
“Kegagalan kita (PAS) ialah kegagalan untuk menangani dakyah Umno di peringkat akar umbi.
“Sepatutnya ulama pelapis ni tumpu kepada kelemahan dalam menangani dakyah Umno dikalangan masyarakat Melayu.
“Daripada  dia sibuk nak serang dan mengkritik Pakatan Rakyat lebih baik dia tumpu kepada persoalan menangani dakyah Umno,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini hari ini.
Khalid berkata, tugas PAS semasa PRU13 Mei lalu sepatutnya menembusi dan menawan kerusi yang sekian lama menjadi kubu kuat Umno tetapi gagal menanganinya secara efektif.
Katanya, sekiranya Ulama mampu memberi tumpuan dalam peranannya semasa PRU13 sudah perkara itu berjaya dilaksana.
“Itu kelemahan kita, bukan kerana tahaluf siyasi (persefahaman politik),” katanya.
Kenyataan Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor itu sekaligus membidas kenyataan Dewan Ulama PAS minggu lalu yang menganggap Pakatan Rakyat hanya merugikan parti itu menawan undi Melayu.
Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Harun Taib dalam Multaqa Ulama di Kota Sarang Semut, Kedah, sehubungan itu meminta Majlis Syura Ulama mengkaji semula kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat.
Namun ia disanggah Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menganggap kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat tidak pernah silap.
“Berhubung kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat, jika mahu dikaji, silakan.
“Tetapi kaji hanya untuk penambahbaikan, bukan kaji untuk mengundur ke belakang.
“Kaji untuk berundur ke belakang hanyalah memberikan pelampung kepada UMNO yang sedang kelemasan,” kata Nik Aziz.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...