muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Selasa, 29 Oktober 2013

PANAS : PAPAGOMO KUTUK PASUKAN POLIS??
























Berikut ialah entri dari dinding akaun FBnya yang serang PDRM tanpa rasa ehsan.


Guard Haramjadah - Polis Usah Tutup Pekung Kesalahan Yang Dilakukan Pegawainya.

Segak bergaya si haramjadah Guard yang menembak mati pekerja wanita Ambank tempoh hari. Banyak lagi gambar Haramjadah ni dalam album FB nya tapi Gomo taknak cakap pasal gambar Haramjadah ni coz Gomo nak belasah POLIS.

Hari tu Gomo dah maklum yang patut bertanggungjawap dalam kes ini adalah syarikat keselamatan Guard ni bekerja dan juga pihak Polis. Tapi ada ramai komen yang menyatakan polis tak salah, polis tak terlibat bla bla bla. Hari ni Gomo nak ulas sikit kenapa Gomo tetap salahkan Polis.

Step 1: syarikat keselamatan akan menugaskan pengawalnya untuk bertugas di Bank dan pengawal tersebut perlu dibekalkan dengan senjata api.

Step 2: syarikat keselamatan akan membuat permohonan kepada pihak Polis bagi memberikan kelulusan kepada pengawal keselamatan yang dipilih untuk memegang senjata api.

Step 3: Pihak Polis akan melakukan saringan ke atas penama yang dihantar oleh syarikat keselamatan untuk menyemak segala rekod dan juga apa apa yang berkaitan dengannya sebelum diberikan kelulusan. Pihak Polis boleh untuk tidak meluluskan permohonan syarikat keselamatan.

Step 4: Jika pengawal keselamatan yang disaring oleh pihak Polis tidak melepasi taraf kelayakkan maka pekara tersebut akan dimaklumkan kepada Syarikat Keselamatan tersebut dan nama pemohon pengawal keselamatan akan ditukarkan kepada pemohon yang lain.

Step 5: Setelah pihak Polis meluluskan permohonan syarikat Keselamatan tersebut dengan memberikan kelulusan untuk menggunakan senjata api barulah satu surat dikeluarkan oleh pihak Polis dengan menamakan sipolah bin sipolan diberi kelulusan untuk membawa sejata api.

Step 6: Setelah kelulusan diperolehi dari pihak Polis barulah syarikat keselamatan tersebut membekalkan senjata api kepada pengawal keselamatan yang telah lulus saringan daripada pihak Polis untuk berkhidmat.

Step 7: Pengawal bersenjata api itu berkhidmat dilokasi yang ditetapkan oleh pihak Syarikat Keselamatan.

Ok, tu Gomo cakap dari apa yang telah disampaikan oleh rakan pengawal keselamatan bersenjata Api dan juga Bodyguard. Proses nya adalah lebih kurang begitu yang mana suka atau tidak sekalipun keculasan pegawai Polis yang meluluskan penggunaan senjata api kepada pengawal haramjadah warga Indonesia itu merupakan satu tindakan yang tidak boleh kita terima. Gomo yakin pegawai Polis berkenaan bersikap sambil lewa ataupun mungkin ada unsur lain yang mana "Makan Suap" menyebabkan kelulusan diberikan begitu sahaja kepada warga Indonesia yang menggunakan kad pengenalan palsu.

Takziah kepada keluarga mangsa tembakan tersebut dan Gomo harap pihak keluarga mangsa mengambil tindakan saman ke atas pihak Syarikat Keselamatan dan jugak PDRM kerana kecuaian tersebut.

Pihak PDRM pula perlu mengambil tindakan disiplin segera keatas pegawai Polis yang bertugas dalam memberikan kelulusan kepada warga Indonesia tersebut. Tindakan tegas oleh PDRM perlu dilakukan bukan sahaja di mana pegawai Polis tersebut bertugas malah di seluruh Malaysia balai balai Polis begitu culas tahap keselamamatan senjata api.

Harap pihak PDRM tak marah dengan penjelasan ini kerana rakyat perlu tahu kebenarannya.

- Papa Gomo

BERITA GEMBIRA-BIL ASTRO AKAN NAIK LAGI MULAI 24HB NOVEMBER 2013

















Mungkin agaknya terbeban dan terkesan dengan 
kenaikan harga gula, Astro dengan segera bakal 
menaikkan harga bil baru diantara RM2 hingga 
RM6 bermula 24 November 2013.

Bagi pengguna astro berikut info terbaru 

berkaitan caj untuk 2 pakej astro ( Pakej Sukan 
dan Pakej Keluarga)

Dengan perkhidmatan Astro yang sangat teruk, 

tayangan berulang, perkhidmatan pelanggan teruk 
dan pakej menguntungkan pihak Astro  ... mereka 
dengan senang lenang dan sesuka hati menaikkan 
harga perkhidmatan mereka yang tidak seberapa 
dan mempunyai nilai wang ( money worth).

Pihak kerajaan Malaysia perlu mengkaji keperluan 

satu lagi khidmat televisyen berbayar kerana jika 
hanya ada Astro, pengguna tiada pilihan, maka 
perkhidmatannya sangat teruk dan bersifat monopoli 
dan akhirnya merugikan pihak pengguna.

Lihat syarikat telekomunikasi di Malaysia iaitu Digi, 

Celcom dan Maxis yang bersaing hebat dan 
berlumba-lumba sesama mereka untuk memberikan 
kelebihan kepada pengguna.

Caj baru yang akan dikenakan bagi setiap pakej ialah :

Sport Pack – Tambahan RM 6 sebulan
Family Pack – Tambahan RM 2 sebulan.

Tahniah dan jutaan syabas kepada para penyokong, 

pendokong dan ahli UMNO/BN yang siang malam 
bertungkus lumus berhempas pulas siang malam 
tanpa penat lelah dan kenal erti bosan dan jemu 
memenangkan UMNO/BN pada PRU 13 lalu.

Kini penat lelah kalian dibalas dengan hadiah yang 

lumayan sepadan dengan sumbangan iaitu kenaikan 
bil baru ASTRO.

Siapalah rakyat tanpa sokongan kalian. .. Yang 

membantah dipersilakan berhijrah dari negara 
ini atau pun duduk dalam hutan!!!!

PANAS : SUSU KRIMER MANIS SUMBANGAN PEMIMPIN UMNO DI DAKWA TAMAT TEMPOH


YAN - Susu krimer manis yang dipercayai disumbangkan oleh pemimpin Umno didakwa sudah tamat tempoh.

Pesuruhjaya Pas Negeri Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata, perkara itu disedari oleh seorang petugas akhbar Harakah, Khairul Hafizi, 35, selepas sekumpulan rombongan Umno itu menyampaikan sumbangan tersebut di rumah ibunya dekat Sungai Dedap, pada jam 3.30 petang, semalam.

Beliau berkata, pemberian sumbangan berserta gula, tepung dan beras itu tidak mempunyai masalah, tetapi yang menjadi persoalan adalah susu yang diberikan sudah tamat tempoh.

“Sumbangan berserta dengan susu ini diberikan pada (28 Oktober) lalu, tetapi di bawah tin susu itu tertulis guna sebelum 26 Oktober 2013. Saya sudah berpesan kepadanya jangan benarkan ibunya minum susu itu khuatir berlaku keracunan makanan.

“Tak kan lah punya sengket (kedekut) BN sampai nak beli susu pun kena cari yang sudah luput. Sekurang-kurangnya carilah yang tamat tempoh pada tahun hadapan ataupun lewat bulan Disember,” katanya.

Mahfuz berkata demikian pada sidang media di Markas Pas Induk Kawasan Jerai, di sini, hari ini.

Pada masa sama, beliau turut menasihatkan kepada seluruh masyarakat di Dun Sungai Limau, terutama di kawasan Sungai Dedap supaya lebih berhati-hati dan melihat terlebih dahulu tarikh luput susu tersebut sebelum digunakan.

“Saya minta pemimpin berkenaan meminta maaf kepada pengundi-pengundi di Sungai Dedap dan jangan kerana susu ini akan menyebabkan keracunan makanan,” katanya.

Menurutnya, penglibatan pemimpin berkenaan dalam perkara ini adalah berikutan terdapat gambar beliau pada beg plastik yang digunakan sewaktu menyampaikan sumbangan tersebut.

“Sebab itu pemberian daripada pemimpin berkenaan berlegar dalam kawasan Sungai Dedap. Saya percaya, bukan sahaja dia yang beri susu tamat tempoh, tapi tempat-tempat lain juga diberikan oleh Umno  Bahagian merupakan kemungkinan besar susu yang telah tamat tempoh.

 “Kalau ada orang yang bagi sumbangan, kita kena terima. Tapi perlu berhati-hati dan periksa dahulu tarikh luput dan sebagainya,” katanya.

Tambahan pula, susu tersebut juga diberikan dalam keadaan yang sudah rosak berikutan terdapat kesan kemek pada tin itu.

KETUA KIMMA DI HADAPKAN KE MAHKAMAH KERANA DI DAKWA MENCABUL KEHORMATAN MENANTU SENDIRI!!!! ...















Adakah ini akibat kurang ambil gula dalam 
minuman dan makanan? .... Ketua parti yang 
cukup sokong padu lagi jitu UMNO/BN Kongers 
India Muslim Malaysia (KIMMA) Tampin, Negeri 
Sembilan diheret ke Mahkamah kerana mencabul 
menantu sendiri.

TAMPIN –  Ketua Kongres India Muslim Malaysia 
(Kimma) Tampin dihadapkan ke Mahkamah 
Majistret, dekat sini, atas tuduhan mencabul 
kehormatan menantunya di sebuah rumah di 
tanah rancangan Jelai, dekat sini, 22 September 
lalu. 

Tertuduh, Abdul Kasim Akb Maiden, 52, mengaku 
tidak bersalah dan meminta untuk dibicarakan atas 
tuduhan tersebut. 

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa 

mencabul menantunya berusia 20-an kira-kira 
8.30 pagi di rumah tertuduh dengan memeluk 
mangsa dari belakang dan 
mencium leher kanan dan kiri mangsa. 

Majistret Mahyun Yusof menetapkan 28 

November ini untuk sebutan semula kes 
dan membenarkan tertuduh diikat jamin 
RM6,500. 

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Raya, Inspektor 

Mohd Eswady Mat Lajis menawarkan wang 
jaminan sebanyak RM10,000 bagi kesalahan 
tertuduh, bagaimanapun dikurangkan selepas 
tertuduh membuat rayuan susulan mempunyai 
banyak tanggungan. 

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 354 Kanun 

Keseksaan. 

Jika sabit kesalahan, tertuduh bakal berhadapan 

dengan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau 
denda atau sebat atau dua daripadanya.

PAS AKAN KALAH??..CERAMAH UMNO/BN PENUH SESAK SETIAP MALAM!!!!










































"Berani berhijrah" adalah slogan UMNO/BN 
di PRK DUN N20 Sg Limau yang menuntut 
keberanian untuk berubah ...

Nampak gayanya .. amatlah jelas lagi terang 
berderang para pengundi DUN Sg Limau 
sudah mau berhijrah dari mendakap perjuangan 
PAS ke terus memeluk erat tubuh badan 
UMNO/BN kali ini.

Manaya tidak ... ceramah anjuran UMNO/BN 
setiap malam penuh sesak dengan sambutan 
yang amat luar biasa dan hebat sekali.

Jika dilihat pada sambutan ceramah-ceramah 
UMNO/BN maka ramalan Presiden dan Pengasas 
NGO terhebat Melayu seantaro dunia PERKASA, 
Ibrahim Ali bahawa PAS akan kalah teruk 
ditangan UMNO/BN pada 4hb November 2013 
ini bakal menjadi kenyataan.

Mengapa? .. Tidak percaya? ... lihat saja rakaman 
gambar diatas ... bukan saja manusia yang datang 
berpusu-pusu dan berduyun-duyun datang mau 
mendengar ceramah isu semasa yang disampaikan 
oleh para ceramah UMNO/BN tetapi orang bunian 
dan makhluk halus pun turut serta.

PANAS : HARGA GULA DI THAILAND TANPA SUBSIDI LAGI MURAH BERBANDING MALAYSIA













Menurut sumber di khabarkan negara Thailand 
yang juga tidak memberikan satu sen pun subsidi 
kepada gula harga runcit dipasaran negara
tersebut ialah  ialah RM2.10 sen sekilo sedangkan 
negara Malaysia yang di tadbir urus oleh UMNO 
dibawah kepimpinan pemimpin yang paling di 
puja, julang dan dikagumi oleh para penyokong,
pendokong dan ahli UMNO kini Dato' Seri Najib 
Razak, menjualnya kepada rakyat dengan 
harga RM2.84 sen sekilo.

Jika berita dan laporan ini benar lagi sahih ..... 
Mengapa boleh terjadi jauh beza harganya?????

Adakah negara kita mengimport gula dengan 
membayar melebihi 10% harga pasaran terbuka 
sehingga terpaksa rakyat membayarnya dengan 
harga RM2.84 sen sekilo??????

Apakah selepas ini akan berlaku penyeludupan 
gula dari negara Thailand masuk kenegara kita?

P/S :  apa lagi alasan nak sokong BN???

AKHIRNYA MUHYIDDIN YASSIN MOHON MAAF SECARA TERBUKA



















YAN: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri 
Muhyiddin Yassin memohon maaf secara 
terbuka atas ucapan beliau mengenai kematian 
mantan Menteri Besar Kedah, Allahyarham 
Tan Sri Azizan Abdul Razak yang dikatakan ada 
'kaitan' penghapusan subsidi gula.

"Saya mohon maaf. Bukan tujuan saya untuk 
merendah-rendahkan, atau mencemarkan nama 
baik Allahyarham kerana beliau adalah pemimpin 
yang banyak berjasa kerana saya pun banyak 
menziarahinya ketika beliau masih hidup," kata 
Muhyiddin kepada pemberita selepas menghadiri 
majlis sepetang bersama penduduk Bukit Choras 
disini.

Menurutnya, sebagai manusia, jikalau kenyataan 
pada ucapan itu disalahtafsirkan atau dirasakan 
agak menyinggung perasaan keluarga Allahyarham, 
beliau memohon maaf.

"Tujuan ini adalah untuk kebaikkan dan bukannya 
ada niat yang jahat atau mengambil kesempatan 
untuk pilihan raya," katanya lagi.

Sebelum itu, pada sidang media yang berlainan pada 
pagi tadi, PAS Kedah melahirkan kekesalan dengan 
dakwaan Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir 
yang menyatakan bahawa PAS cuba mempolitikkan 
isu ucapan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri 
Muhyiddin Yassin mengenai kematian mantan 
Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan 
Abdul Razak yang dikatakan ada 'kaitan' 
penghapusan subsidi gula.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar 

berkata pimpinan PAS mengharapkan 
Mukhriz tidak melakukan perkara yang sama 
dengan menyokong kenyataan itu
 "Setidak-tidaknya pun beliau (Mukhriz) mewakili 
Timbalan Perdana Menteri tampil memohon maaf 
kepada ahli keluarga Allahyarham dan seluruh 
penduduk di DUN Sungai Limau," kata Mahfuz 
kepada pemberita di Markas PAS PRK DUN 
Sungai Limau di Bukit Besar disini tadi.

Beliau menambah, Mukhriz sebagai Menteri 

Besar harus menjaga hubungan dengan seluruh 
rakyat negeri Kedah
kerana Mukhriz mewakili orang Kedah.

"Mukhriz adalah Menteri Besar dan sentiasa 

berada disini manakala TPM pula berada 
di Putrajaya dan apakah beliau (Mukhriz) 
sanggup melihat ada orang atau keluarga yang 
sedih, pedih dan terasa yang amat sangat 
dari kenyataan yang dibuat oleh TPM dan 
keengganan beliau untuk memohon 
maaf," katanya lagi.

SUAMI ADUN PKR ISTERI KETUA WANITA UMNO BAHAGIAN !!!!!


















Ini bukan kisah fiksyen tetapi kisah benar 
lagi sahih dan tepat.

Suami seorang Ahli Dewan Undang Negeri (ADUN)  
Matuggong bernama Jailani Hamdan dari Parti 
KeADILan Rakyat sedangkan isterinya Redonah 
Bahanda pula kini adalah seorang Ketua Wanita 
Bahagian Marudu yang berjaya menumpaskan
penyandang sejak 30 tahun Tina Majwan.

Jailani Hamdan sebelum menyertai Parti 
KeADILan Rakyat (PKR) merupakan Ketua 
Pemuda UMNO Bahagian Kota Marudu.

Semasa pemilihan UMNO 2013 baru-baru ini 
pihak lawannya telah menggunakan isu bahawa 
suaminya seorang ADUN PKR/PR musuh ketat 
UMNO namun beliau tetap juga menang jawatan 
Ketua Wanita UMNO Bahagian Kota Marudu.

Calon yang beliau tewaskan bukan calang-calang 
individu .. cukup sinonim dengan Wanita UMNO 
Kota Marudu.

Persoalan yang kini menjadi perbualan rakyat 
Kota Marudu dan DUN Matuggong, Sabah ialah ..
 seandainya mereka berdua berdepan satu lawan 
satu dalam PRU 14 nanti di DUN atau Parlimen 
yang sama tetapi mewakili parti lain-lain ... 
Apakah yang bakal terjadi?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...