muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Sabtu, 28 Julai 2012


Misteri masjid sultan brunei

Berita

"Assalamualaikum. Sebagaimana yang dijanjikan ini adalah entri sekuel bagi entri Sepetang di Masjid Brunei Darussalam yang lepas. Ramai yang menyangka masjid serba putih yang tersergam indah walaupun agak terbiar ini terletak di negara Brunei Darussalam.

Sebenarnya bukan. Maaflah atas kekeliruan dengan tajuk entri yang lepas. Sebagaimana yang dah diterangkan sebelum ni, masjid yang dikenali dengan nama ringkasMasjid Brunei ini terletak di Danau Tok Uban, atau lebih tepat di Rong Chenok, Pasir Mas, Kelantan.

Kedudukannya di hujung jalan kampung dan di dalam kawasan yang berpagar. Yang menjadi tanda tanya, kenapa masjid ini dinamakan Brunei Darussalam? Itu yang nak kita rungkaikan kat sini melalui hasil bacaan daripada beberapa sumber di Internet.

Teruskan bacaan. Tak ramai yang tahu akan kewujudan masjid ni kecuali orang sekitar Rong Chenok dan Tok Uban sahaja, atau mungkin hingga ke Pasir Mas dan Tanah Merah. Jalan nak ke sana agak bersimpang-siur dengan keadaan jalan yang tak berapa menyelesakan.

Kalau nak ke sana pastikan dengan motor ataupun kereta. Kereta 4WD rasanya tak boleh lepas ketinggian palang kat satu jambatan di pintu masuk ke kawasan perkampungan Masjid Brunei ni. Daripada papan peringatan masjid yang ditulis dalam tulisan Jawi,Masjid Brunei Darussalam ini dibina berserta dengan sebuah madrasah atas nama Almarhum Sultan Omar ‘Ali Saifuddin iaitu ayahanda kepada Sultan Brunei sekarang dan dirasmikan oleh Sultan Kelantan pada23 Januari 1992 bersamaan 18 Rejab 1412H. Ini adalah kenyataan yang dipetik daripada blog Si Merah Silu, salah seorang yang hebat dalam misi menjejak sejarah. Kredit gambar papan peringatan kepada beliau.

Berdasarkan kenyataan ringkas di atas, kemungkinan besar Almarhum Sultan Omar ‘Ali Saifuddin yang dimaksudkan adalah Almarhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddin III (TM1950-1967) dan Sultan Kelantan yang dimaksudkan adalah KDYMM Tuanku Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra, ayahanda kepada DYMM Sultan Muhammad Faris Petra dengan gelaran Sultan Kelantan ke-V yang memerintah Kelantan sekarang.

Masjid ini diwakafkan oleh Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulahkepada sekolah tahfiz di Kampung Rong Chenok. Pendek kata ianya disponsor penuh oleh Sultan Brunei. Dalam papan peringatan ini juga ada disebut Institut Pendidikan Al-Balaghulmubin. Masa aku ke sana hari tu memang ada institut tu tapi nampaknya macam tak digunakan dah.

Tak pastilah keadaan yang sebenarnya macam mana. Misteri Masjid Brunei Darussalam Dengan suasana yang sunyi tapi tenang serta mendamaikan jiwa, kat masjid atau Danau Tok Uban ni memang tempat sesuai untuk meleraikan segala kekusutan hati.

Mungkin atas sebab itu dulunya masjid ini adalah tempat pelajar-pelajar Tahfiz mengaji Quran. Cuma, bila berada kat sini rasa sedikit aneh, seolah-olah diperhatikan. Kata orang, tempat yang sunyi adalah tempat yang mempunyai kelebihan.

Kelebihan macam mana hanya orang tertentu sahaja yang dapat merasa. Ada juga yang mengatakan tempat tersebut adalah tempat yang keramat dan dipenuhi dengan ‘ahli-ahli khariah’ dari kota lama. Kat mana kota lama tu akan diceritakan dalam entri sambungan nanti Sejarah Pembinaan Masjid Brunei Darussalam Tak dapat dipastikan cerita ini sahih ataupun tidak. Cerita ni dipetik daripada seorang forumer yang dia dengar sendiri daripada penduduk tempatan.

Katanya dulu penduduk kat situ nak membina sebuah masjid tapi kekurangan sumber kewangan. Akhirnya AJK masjid menulis sepucuk surat kepada Sultan Brunei untuk meminta jasa baik daripada Baginda Sultan. Tanpa disangka Sultan Brunei perkenankan permintaan diorang dan sanggup membiayai keseluruhan kos pembinaan. Sebagai tanda syukur dan berterima kasih, nama Brunei Darussalam dijadikan nama bagi masjid serba putih ni.

Ada satu lagi versi cerita mengatakan yang Sultan Hassanal Bolkiah mendapat mimpi untuk membina masjid di Danau Tok Uban. Sejauh mana benarnya cerita ni, hanya Sultan Hassanal Bolkiah saja yang dapat menjawab. Tapi cerita ni dikuatkan dengan hubungkait antara Sultan Brunei dan Sultan Kelantan yang dikatakan berasal daripada salasilah keluarga yang sama iaitu daripada sanad Saidina Hussein r.a., cucu Baginda Rasulullah s.a.w.

Daripada keturunan cucu Nabi Muhammad s.a.w. lahirnya Wali 7 yang diketuai oleh Sayyid Hussein Jamadil Qubra yang bermudik dari Mekah dan berlabuh di sebelah Bukit Panau melalui Sungai Kelantan yang terletak berhampiran Danau Tok Uban. Ada lagi kisah misteri dan menarik berkenaan dengan hal ini. Siapa Sayyid Hussein Jamadil Qubra? Apa kaitannya dengan Bukit Panau dan Danau Tok Uban? Apakah rahsia di dasar tasik Danau Tok Uban?

Semua itu akan diceritakan dalam entri trikuel nanti. Mesti korang tertarik, sebab ada kaitan juga dengan Laksamana Hang Tuah Balik semula tentang mimpi Sultan Brunei untuk membina masjid di tebing Danau Tok Uban ada kemungkinan Baginda Sultan mendapat mimpi daripada salah seorang wali, sama adaWali 7 ataupun Wali 9 (Wali Songo). Betul atau tidak hanya empunya badan yang dapat sahkannya.

Tapi sekiranya betul pun atas sebab-sebab tertentu dakwaan mimpi ni terpaksa dipalsukan. Maksudnya tak semua perkara boleh diberitahu kepada umum secara direct. Ada banyak sebab perlu diambil kira. Jadi betul atau tak cerita ni tak perlulah kita nak berdebat bagai. Baca sekadar pengetahuan dan kita sebagai orang Melayu mesti berbangga dengan keturunan kita yang dikatakan berasal daripada keturunan Nabi Ibrahim a.s. daripada isteri Baginda yang ketiga iaitu Qaturah.

Ini satu lagi sejarah menarik berkaitan dengan asal-usul kita. Nak tau lebih lanjut bolehlah baca Melayu Berasal Daripada Nabi Ibrahim a.s. Aku bercadang nak tanya sendiri kepada penjaga Masjid Brunei Darussalam berkenaan dengan asal-usul pembinaan masjid ni termasuklah fungsi Masjid Brunei ni sekarang. Kalau ada sape-sape nak ikut boleh contact aku terus melalui contact form. Tak nak ramai, maksimum 3 orang saja termasuk aku. Kalau jadi, kita set time and place untuk meet up kat mana-mana. Ada ‘rezeki’, adalah 

Jumaat, 27 Julai 2012

Gambar Ustaz Azhar Idrus masa muda dahulu

*Gambar Ustaz Azhar Idrus masa muda dahulu.:-).






Penghijrahan yang beliau pilih dah

menjadikan beliau seorang ulama'
tersohor di Malaysia.Mana taknya, setiap
kuliah yang ustaz adakan, penuh sesak
satu masjid.Itulah aura orang yang
bernama Ustaz Azhar Idrus.
Pendekatan yang beliau gunakan iaitu
mendekati golongan muda melalui aktiviti-
aktiviti beliau dilaman-laman sosial
seperti di facebook dan ustazazhar.net
banyak membantu golongan muda dalam
memahami dan memantapkan
pengetahuan terutamanya dalam hukum
fiqh.

Siapa pun kita pada hari ini, tak
menjamin siapa kita pada hari esok.
Kalau dulu mungkin Ustaz Azhar sendiri
pun tak menyangka beliau akan jadi
seperti siapa beliau pada hari ini, kita
juga begitu. Jika sekarang kita berada
jauh dari Islam, maka berhijrahlah
dengan hati yang ikhlas. Islam is the way
of our life. Jadikan Islam cara hidup kita!
Jangan bertangguh lagi!

*Gambar Ustaz Azhar Idrus masa muda dahulu.:-).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...