muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Ahad, 22 September 2013

GEMPAR BERAPI : Ulama’ Muda UMNO Vs Judi NOMBOR EKOR




Salam kawan-kawan. Aritu den baco artikel Ostad Fathul Bari kt Malaysiakini tentang tauhid http://www.malaysiakini.com/columns/139938 . Artikel yang bagos. Apo maksud tauhid? Tauhid bagi den ialah kepacayaan yg bulat kpd Allah. Setakat tu je la ilmu seorang yg cikai seperti den. Sekarang den nak sound Ostad Fathul dan Ostad Fadlan (kau la org first den tag gambar ni). Pasal korang ni ulama’ mudo UMNO. Konon la.

1] Judi nombor ekor apo hukumnya? Jawab bai. Pembeli nombor ekor sudah tidak percaya tuhan yg memberi mereka rezki. Untung nasib mereka bergantung pada nombor yg dibeli. Sudah menjadi normal pemboli nombor ekor menjadi syirik krn poie menurun, jumpo bomoh, memuja kubur keramat, kubur syeikh-syeikh bosa dll.

2] Sekarang tolong jawab mcm mano Melayu boleh terjebak dgn no. ekor? Tahu tak ni. Tak tahu? Mangkuk. Meh sini den tolong.

=> Paper Utusan Malaysia/Kosmo siapo yg punyo?

Jgn tipu bai. Semuo org tahu itu UMNO punyo.

=> Kalau UMNO punyo, UMNO suruh siapo baco?

Takkan bangla. Melayu la yg baco. Siapo laie bai.

=> Jadi keputusan nombor ekor yg disiarkan oleh paper Utusan/Kosmo setiap Isnin, Khamis dan Ahad tu UMNO bagi siapa yg baco?

Cino baco bang. Cino kepalo abah kau! Melayu lah yg baco.

=> Abis tu, keputusan nombor ekor kt paper Utusan/Kosmo dio suruh siapo main judi? Paper Utusan/Kosmo galakkan sapo main judi sebenarnya? Orang Melayu atau orang bukan Melayu?

Dah tontu lah Melayu. Sobab pembacanye org Melayu.

3] Apo hukum paper Utusan/Kosmo mengambil pendapatan/keuntungan menjual iklan keputusan judi nombor ekor? Tak payah jawab. Den boleh jawab. HARAM! Dalil? Korang berduo ulama’ kan. Takkan dalil pun tak tahu.

4] Tengok gambar kek atas tu. Pompuan bertudung dan lelaki Melayu siap bersamping banggo memboli no. ekor. Peh. Banggo buek jahat maa. Melayu sekarang banggo mengatakan bhw BUKAN Allah yg memberi mereka rezki. Syirik ke tak syirik tu wahai Ostad UMNO?

5] Sekarang kau berduo tak payah la susah-susah nak nasihatkan bini PM tu bertudung. Itu cerito tahun dopan. Sekarang ni rakyat Malaysia bagi korang berdua tugas mudah. Tugasnya ialah suruh paper Utusan/Kosmo JANGAN siarkan lagi keputusan nombor ekor. Selamatkan Akidah Umat Islam/Melayu dulu. Dah selamat, baru selamatkan bini PM.

--> Jiko tugas semudah itu pun korang gagal. Abis la korang berduo. Takkan korang berduo cenderung JUDI menjadi pendapatan UMNO? Takkan korang berduo rela paper Utusan/Kosmo mengiklankan judi kpd org Melayu? Apo hukum ulama' yg masih setia dgn jemaah dimano paper rasminya mengiklankan judi kpd umat Islam?

---> Lagi satu apakah hukum menghalalkan sesuatu yg telah jelas diharamkan oleh ALLAH S.W.T (seperti yang dinyatakan dalam kitab Al-Quran dan hadis)?

* Bagi yg belum tahu, di belakang tiket nombor ekor telah tertulis bahawa JUDI ITU HARAM. Macam kt kotak rokok yg tertulis merokok itu membahayakan kesihatan. Dah tahu judi tu haram, mengapa paper Utusan/Kosmo iklankan lagi keputusan nombor ekor di papernya?

p/s : Den tak boli paper Utusan/Kosmo bukan sobab paper tu kepunyaan UMNO tetapi taknak bersubahat dgn DOSA judi.

DAKWA DIPUKUL KERANA MAHU LAWAN KETUA BAHAGIAN


Keratan

SHAH ALAM - Seorang calon Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini mendedahkan kisah sebenar berhubung dakwaan beliau dipukul seorang lelaki ketika menghantar borang pencalonan di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.

Mohd Ariff Abdul Aziz, 57, yang merupakan calon ke-24 MT itu berkata, kejadian tersebut berlaku pada jam 2 petang ketika beliau berjalan kaki menuju ke PWTC untuk menghantar borang pencalonan Ketua Bahagian Titiwangsa.
Menurutnya, borang pencalonan MT berjaya diserahkan pada sebelah pagi, manakala borang ketua bahagian mahu diserahkan di sebelah petang.

"Saya dicekik, ditendang dan pukul di dada, ketika itu saya sedang berjalan dari Wisma Perkim menuju ke Dewan Tun Razak, PWTC untuk hantar borang calon Ketua Bahagian Titiwangsa.

"Lelaki tersebut mengugut saya supaya tidak bertanding di kawasan tersebut bagi memastikan calon di kawasan itu menang tanpa bertanding. Keadaan ini berlaku di hadapan ramai ahli Umno yang ingin menghantar borang," katanya kepada Sinar Harian.

Ketua Umno Cawangan Kompleks Pejabat Jalan Gurney itu berkata, selepas kejadian itu beliau terus membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Selepas membuat laporan dan mendapatkan rawatan, saya kembali untuk meneruskan hasrat menghantar borang tetapi dihalang oleh empat orang," katanya.
    
Sementara itu, Datuk Johari Abdul Ghani menafikan dakwaan pihaknya terlibat dalam usaha untuk menghalang seseorang daripada bertanding jawatan Ketua Bahagian Titiwangsa yang dimenanginya tanpa bertanding semalam.

“Bila tiada orang nak lawan saya, jadi mereka reka cerita ada orang kena pukul. Saya rasa ini satu usaha untuk jatuhkan saya.

“Saya bukan orang seperti itu, siapa lakukan perkara seperti ini, kita akan pastikan mereka kena pecat daripada Umno,” katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...