muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Isnin, 15 Oktober 2012

GEMPAR BERAPI : PURA-PURA SOLAT ELAK TANGKAP KHALWAT



GOMBAK: Temberang seorang lelaki yang pura-pura bersolat bagi mengelak daripada dicekup berkhalwat dalam sebuah bilik di kedai menjual pakaian milik pasangannya di Selayang, dekat sini, kelmarin, tidak berhasil apabila dia tersalah arah kiblat.


Lelaki 46 tahun itu dan pasangannya yang berusia 37 tahun, dicekup suami wanita berkenaan selepas curiga dengan kehadiran lelaki terbabit dalam kedai isterinya yang ketika itu tertutup.

Menurut sumber, sebelum kejadian si suami yang berusia 37 tahun mahu menjemput isterinya keluar makan pada jam 12 tengah hari, namun berasa pelik apabila mendapati kedai isterinya tertutup seolah-olah tidak beroperasi.

“Mengesyaki ada sesuatu tak kena, si suami masuk dalam kedai, tetapi masih tidak menemui isterinya. Dia kemudian ke sebuah bilik di bahagian belakang dan menemui kasut isterinya diletakkan di tepi pintu.

“Lelaki itu memanggil isterinya dan mengajaknya keluar makan tengah hari, namun wanita itu enggan, malah memberitahu dia akan pergi sendirian kerana ada urusan perlu diselesaikan,” katanya.

Sumber: Harian Metro

GEMPAR BERAPI : VIDEO - NAJIB TIDAK BOLEH JAWAB SOALAN MURID TENTANG NAJIS MUGHALLAZAH?




Teliti video ini.  Najib ditanya tentang contoh Najis Mughallazah selain dari anjing.  Ikuti video pada minit 1:46.  Najib tidak boleh memberikan jawapan contoh najis Mughallazah dan berpaling kepada Muhyiddin. , dan akhirnya rakan murid yang bertanya itu membantu Najib dengan memberikan cadangan iaitu Babi.  Najib akhirnya angguk dengan cadangan itu. 

GEMPAR BERAPI : ARTIS YANG TERSELAK SKIRTNYA




Artis Korea
 pun reti jugak malukan bila dah berpakaian terlalu seksi.. 
Bila di lihat nampak kelakar je bila diorang nak tarik skirt tu macam
 la boleh jadi labuh sampai bawah..






MALAYSIA ADA TAK ARTIS CAMNIE??FIKIR-FIKIRKANLAH

GEMPAR BERAPI : Shahrizat letak jawatan kerana tidak mahu menjadi beban




Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini memberitahu mahkamah tinggi bahawa beliau meletak jawatan sebagai Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat kerana beliau tidak mahu menjadi beban kepada kerajaan dan keluarganya.
Beliau meninggalkan jawatan kabinet tahun ini selepas tempoh senatornya tidak diperbaharui oleh pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Wanita Umno itu telah memberi keterangan dalam sesi soal balas oleh peguambela Ranjit Singh dalam kes menyaman Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin dalam kenyataan mereka tentang skandal Pusat Fidlot Nasional.

“Saya tidak mahu membebankan kerajaan, dan juga keluarga. Saya mahu masa ini untuk mencari kebenaran,” kata Shahrizat.

Beliau menjawab soalan Ranjit tentang kenapa beliau meletak jawatan pada 8 April, “sebagai ahli kabinet yang bertanggungjawab, saya rasa adalah lebih baik untuk saya meletak jawatan.”

Apabila ditanya pada laporan berita April lalu dengan beliau berkata “saya juga seorang isteri dan ibu,” Shahrizat berkata: “Kerana serangan peribadi ini terlalu jahat, dan adalah menjadi tanggungjawab saya selaku isteri, ibu, pemimpin apabila diserang oleh defendan.”

Beliau turut berkata,”Saya tidak mahu membebankan keluarga saya. Saya mahu membersihkan nama saya dan keluarga saya.”

Ranjit kemudian bertanya kenapa Shahrizat tetap dengan keputusan untuk bersara walaupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membebaskan beliau dari penganugerahan projek NFC.

“Sebab ada banyak lagi perkara saya perlu jaga, dan saya mahu meluangkan lebih banyak masa dengan keluarga. Saya rasa inilah masa saya untuk bersama mereka, dan bukan dari karier politik yang musnah.”

Beliau juga berkata: “Sebagai isteri dan ibu, saya rasa saya perlu berada di rumah untuk bersama keluarga”.

Hakim mahkamah tinggi Vazeer Alam Mydin Meera akan menyambung perbicaraan pada 18 dan 19 Mac tahun hadapan.

PKR berulang kali menyerang projek tersebut dengan dakwaan tentang “pinjaman” kira-kira RM84 juta yang diberikan kepada NFC kepada syarikat yang dimiliki oleh keluarga Shahrizat, termasuk RM13.8 juta untuk dua kondominium mewah di Bangsar.

Shahrizat, isteri kepada Pengerusi NFCorp, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, telah dikaitkan dengan skandal itu oleh PKR kerana kedudukan suaminya dan tiga orang anaknya yang dilantik selaku pengarah dalam syarikat yang sama.

Mohamad Salleh telah didakwa atas jenayah pecah amanah dan melanggar Akta Syarikat melibatkan RM49 juta dana pesekutuan yang diberi kepada NFCorp pada 12 Mac.

Mohamad Salleh didakwa atas kanun keseksaan kerana menyalahgunakan RM9,758,140 dari wang NFCorp untuk membeli dua kondominium mewah di One Menerung di Bangsar untuk Perbadanan Daging dan Ternakan Nasional (NMLC) pada 1 Disember dan 4 Disember 2009.

Beliau juga didakwa memindahkan RM40 juta wang NFCorp kepada NMLC antara 6 Mei hingga 16 November 2009.

Beliau didakwa dalam dua kes tersebut kerana menggunakan dana tanpa mesyuarat tahunan syarikat, satu kesalahan dalam Akta Syarikat.

Jika didapati bersalah beliau akan menghadapi penjara diantara dua hingga 20 tahun penjara, sebatan dan denda kerana kesalahan di bawah kanun keseksaan.

Mohamad Salleh juga boleh dipenjara lima tahun atau denda RM30,000 jika didapati bersalah dalam Akta Syarikat.

GEMPAR BERAPI : Apek Sambut Ulangtahun Kelahiran Leuniey Bersama Keluarga Dan Teman




Okaylah tu kan. Sekurang-kurangnya kali ini Apek tidak menyambut ulangtahun kelahiran kekasih di kelab malam. LOL. Doakan saja segalanya baik buat mereka sehingga sampai ke jinjang pelamin dan ke akhir hayat. Kredit gambar Instagram Leuniey.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...