muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Jumaat, 19 Oktober 2012

PANAS : APA YANG PEREMPUAN INI JILAT??








MACAM-MACAM RAGAM MANUSIA...



SUMBER

Berbeza sangatkah dengan sekolah agama.



Dalam derap langkah kami ke masjid untuk solat jumaat tadi, saya dan seorang teman rapat, berbual-bual. Dia bertanya kepada saya,"Aku perasan la kan, kenapa budak sekolah agama kadang-kadang lagi teruk daripada budak sekolah biasa?"Saya tersenyum. Soalannya itu ialah soalan yang sama, pernah bermain dalam fikiran saya
satu ketika dahulu."Sebab culture shock kut", jawapan ringkas saya."Takkanlah. Mereka tu kan terdidik nak buat baik masa di sekolah dulu. Takkanlah teruk sangat culture shock, sampai keluar aja sekolah jadi entah apa-apa", dia jelas tak berpuas hati dengan jawapan ringkas saya.Saya tersenyum lebar, lalu saya menjelaskan.Kita kawan dengan ramai orang, kita akan jumpa dengan bermacam ragam. Bermacam pengalaman. Bermacam pengajaran. Antara pengalaman yang paling berharga itu, ialah pengalaman yang datang daripada pemerhatian kita atas kesilapan-kesilapan orang. Sebab itu bijak pandai pernah berkata, "It's good to learn from our mistake, but it's best to learn from others mistake".Betul bukan? Maka, terimalah dan hayatilah artikel ini sebagai satu bentuk pelajaran. Mudah-mudahan kita bersama-sama dapat mengambil pengajaran.Saya dengan jujurnya dan tegas, menyatakan bahwa saya tidak sesekali bermaksud mahu merendah-rendahkan budak sekolah agama. Tapi, sepanjang saya bersahabat, lebih banyak produk yang 'kurang elok' daripada produk yang berkualiti, yang saya temui. Mungkin kerana saya yang masih kurang berkawan, tapi selalunya, yang baik-baik ini saya temukan daripada jiwa seorang lelaki biasa. Sekolah sekular. Bukan anak tok imam. Bukan pelajar jurusan agama.Maka, saya membuat konklusi sendiri, bahwa baik dan buruk manusia itu, berkadar langsung dengan peluang-peluang yang Allah sediakan untuknya. Peluang-peluang itu, hakikatnya ialah satu ujian daripada Allah, untuk menguji setiap yang bergelar manusia.Ada orang, kita nampak baik. Soleh. Taat. Memang dia soleh. Kita akui itu. Tapi sebenarnya dia jadi baik begitu kerana dia tidak diuji, dan tidak ada peluang untuk berbuat dosa serta maksiat. Macam budak sekolah agama. Memang di sekolah, mereka baik-baik. Solat berjemaah. Melazimi mathsurat. Tercelup dengan kehidupan muslim. Tapi bila keluar daripada suasana itu, apa yang terjadi sebenarnya?Dunia luar, hakikatnya ialah dunia yang kejam. Dunia yang menoreh-noreh, menghiris-hiris halus, kepingan-kepingan iman dalam diri kita. Dunia yang terlalu menguji.Ada orang, cukup sensitif terhadap couple. Dia cukup tak senang tengok orang lain ada teman lelaki atau teman wanita. Tapi atas dasar apa? Atas dasar agama?Tidak. Tapi atas dasar, tak ada orang yang berkenan padanya! Cubalah nanti, bila ada perempuan yang menggoda, atau ada lelaki yang memikat, yang garang itupun boleh jadi lembut dan tewas!Ada orang, dia boleh menjaga solat fardunya kerana dia belum diuji dengan pekerjaan. Masa belajar, dialah imam. Dialah bilal dan dialah juga siak. Tapi sesudah disibukkan sedikit sahaja dengan pekerjaan, siapa imam pun dia tak kenal. Bilal dan siak, lagilah dia tak kenal siapa orangnya.Ada orang yang cukup menjaga pandangan kerana belum diuji dengan kebebasan. Cubalah nanti apabila dia memiliki sendiri telefon pintar, boleh melayari internet, silap-silap, matanya berair-rair bukan kerana tersentuh atau hiba membaca hadis, tapi berair-rair kerana ghairah melayari laman pornografi.Memang.Memang tiada malaikat dalam kalangan manusia. Tapi tak bermakna itu menjadi dalil bahwa kita diizinkan untuk berbuat dosa nan maksiat.Ada pula manusia yang kita lihat biasa-biasa. Mengaji pun tak lancar. Cara mandi wajib pun baru nak belajar (konon kita dah belajar masa sekolah rendah dulu). Pakai baju kemeja biasa. Pakai kopiah pun jenis biasa-biasa. Baca majalah pun majalah Solusi (kita mungkin baca kitab ulama muktabar).Tapi orang itu sebenarnya lebih jujur, ikhlas, tulus, dan beradab daripada kita!Mereka hormat kita. Tunduk. Senyum.Tapi tidak kita, kepada mereka. Kerana kita kan budak baik! Budak sekolah agama!Sedang mereka sebenarnya ialah manusia-manusia yang tercari-cari peluang, dan bukannya manusia-manusia yang dihidangkan peluang untuk melakukan kebaikan!Kita sering berbangga dengan status kita. Yang anak kepada Imam, berbangga dengan ayahnya. Yang menjadi ibu kepada Ustaz popular, berbangga dengan anaknya. Yang berjiran dengan Imam Muda, berbangga dengan jiran. Yang menjadi penuntut Universiti Islam, berbangga terhadap pendidikannya. Padahal, itu semua sampingan. Cuma nilai tambah yang tidak pun menambahkan kemuliaan di hadapan Allah pun!Alhamdulillah.Saya bersyukur sangat kerana Allah beri saya hidayah untuk saya kembali mengenali diri saya yang sebenar. Saya bukan budak baik. Ada masa silam. Ada dosa semalam. Ada kotoran, najis maksiat, debu dosa. Ada semua keburukan-keburukan itu.Dan saya mengenali tahap iman saya bagaimana. Kerana itu saya berdoa sentiasa agar apabila Allah berkehendak mahu menguji saya, maka saya pinta agar Allah berikan dan limpahkan saya dengan kesabaran serta kesyukuran, supaya ujian-ujianNya bukan menyebabkan saya berubah watak. Kerana saya sudah melihat betapa ramai yang gagah, tapi sebenarnya lemah. Hanya sekadar satu ujian sahaja, dia berubah sikap.Saya bersungguh-sungguh berdoa agar Allah berikan saya lulus untuk ujian-Nya, kerana satu yang pasti, hidup ini sendiri sebenarnya satu ujian yang tidak dapat tidak, akan kita tempuhi juga.Goodluck!Nota kaki: Sekolah agama dengan pendidikan agama ialah dua elemen berbeza. Carilah perbezaannya. Di sana ada jawapan bagi keraguan kita.
Source: Bayyinat

GEMPAR BERAPI ; PAGE FACEBOOK JPJ KENA MAKI DENGAN RAKYAT??



Page facebook JPJ kena maki dengan rakyat bila buka topic AES...kikikiki 

GEMPAR BERAPI : PROTON LAGI MAHAL DI MALAYSIA BERBANDING AUSTRALIA


Tu dia....jual dalam negara sendiri pun lagi mahal...walhal kalau kat negara sendiri tak de tambahan kos pun...tapi jual kat luar murah....Inilah dia rakyat didahulukan terus-terus didungukan....

Harga Jualan di Malaysia (OTR) belum termasuk hutang bank
Proton Preve 1.6 Executive Manual (5 Speed) = RM 59,540.00 (Solid), RM 59,990.00 (Metallic)

Proton Preve 1.6 Executive CVT (6 Speed) = RM 62,540.00(Solid), RM 62,990.00 (Metallic)
Proton Preve 1.6 CFE Premium CVT (7 Speed) = RM 72,540.00 (Solid), RM 72,990.00 (Metallic)

Harga Jualan di Australia
AUD 18,990 = RM58,560

P/S : Rakyat di BAHULUKAN...ADOYAIIII


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...