muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Selasa, 14 Januari 2014

blogger pro-Umno boleh dikategori lucah – Kadir

KUALA LUMPUR: Ada blogger pro-Umno atau yang bekerja untuk Umno atau pemuka-pemuka Umno yang sangat peribadi (personal) dan keterlaluan serangan mereka. 



“Malah ada yang boleh dikategorikan sebagai lucah,” tulis Datuk A Kadir Jasin di dalam blognya.

Menurut bekas Ketua Pengarang Kumpulan NST itu, ia mesti ada kebenaran kerana beberapa hari selepas itu, Khairy menyuarakan sentimen yang serupa dalam temu ramah dengan Berita Harian Ahad 12 Januari.

Antara lain beliau berkata: “.....itu membuktikan strategi media sosial yang kita gunakan selama ini membuktikan ia tidak berkesan, cakap dalam kelompok sendiri, masih syok sendiri, sedangkan pembangkang lebih kepada sasaran mendekati masyarakat umum. Saya akui, strategi lama itu tidak berkesan.” 

Beliau memberikan empat sebab hal itu berlaku.

Pertama, sebagai blogger yang bekerja untuk parti, ketua-ketua parti dan isteri mereka, tugas utama adalah menyokong parti dan ketua-ketua parti yang menggunakan khidmat mereka.

Kedua, bukan semua blogger politik ada pengetahuan dan pengalaman dalam bidang kewartawanan, penulisan dan komunikasi. Majoriti adalah aktivis parti yang bukan wartawan atau penulis.

Ketiga, oleh kerana mereka tidak berpengetahuan dan berpengalaman dalam bidang kewartawanan, penulisan dan komunikasi maka mereka kurang arif mengenai undang-undang, etika dan psikologi komunikasi.

Keempat, bukan semua blogger yang khidmat mereka digunakan oleh parti-parti politik terdiri daripada orang berpendidikan tinggi atau berpengetahuan luas dalam bidang politik, ekonomi, pengurusan dan pentadbiran.

Keluhan penerima bantuan banjir ada logo keris

“Kena pergi jumpa JKKK untuk ambil borang, lepas tu kena pergi pula Pejabat Kebajikan Masyarakat untuk dapatkan pengesahan nama, kemudian kena balik semula untuk dapatkan tandatangan JKKK akhir sekali kena pergi beratur di padang dari pagi sampai petang, ada yang dapat barang tetapi ada yang cuma dapat bouncher yang memaklumkan barangan akan diberi bulan April nanti.”

Inilah keluhan oleh mangsa-mangsa banjir di Terengganu untuk mereka mendapatkan bantuan berupa TV, dapur, tilam, bantal dan peti sejuk yang dilekatkan dengan logo 1Malaysia, logo alat penimbang dan logo keris.

Setelah agak lama banjir surut dan mangsa pun dah lama pulang ke rumah, bantuan ini akhirnya sampai.

Pastinya setiap bantuan diterima dengan ucapan terima kasih walaupun mereka yang nak mendapatkannya perlu bermandi peluh ke sana ke mari serta kena tahan telinga mendengar bebelan JKKK dan seterusnya ucapan dari pengasas 1Malaysia.

Yang dapat akan balik ke rumah dengan senyum, yang cuma dapatboucher balik ke rumah dengan hati yang kesal.

Antara ciri kebajikan adalah memberi ketika penerimanya berada dalam situasi yang sangat-sangat memerlukan dan mempermudahkan urusan mereka sehabis daya yang mungkin kerana mereka adalah insan yang tak bernasib baik serta sedang dilanda musibah. Menyusahkan mereka dalam berurusan ibarat menambah batu kepada beban yang telah sedia digalas.

Bagi saya, kerajaan negeri dan pusat mempunyai jentera pengurusan dan pentadbiran yang mencukupi untuk menguruskan semua ini.

Kecekapan jentera kerajaan dalam melakukan urus tadbir akan memudahkan rakyat yang berhak mendapat bahagian mereka.

Kalau waktu Pilihanraya Kecil, biasa dilihat kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat boleh masuk ke kampung-kampung, rumah ke rumah bagi mengagihkan bantuan ‘mi segera’ dalam tempoh kempen 10 hari atau 2 minggu.

Tak kan lah nak uruskan pembahagian TV, dapur, tilam dan peti sejuk sampai ambil masa 3, 4 bulan. Kecuali kalau di sebalik pemberian bantuan untuk rakyat ini, ada tangan-tangan ghaib ‘di sebalik peti sejuk’ yang bersedia untuk mengenggam habuan.

Mangsa banjir pula sebahagian besar mereka berada dalam situasi ‘total lost’ dan sangat-sangat memerlukan keperluan asas untuk meneruskan kehidupan.

Syabas dan tahniah kepada jentera bantuan banjir PAS yang dari awal lagi telah mengagihkan periuk nasi elektrik (rice cooker) di samping barangan makanan kepada mangsa-mangsa yang terlibat secara agihan terus rumah ke rumah tanpa mangsa banjir perlu ke sana ke mari bagi mendapatkan pengesahan itu dan ini yang sangat menjengkelkan.

Mangsa banjir pula bukannya tak dikenali kecuali kalau pemimpin Umno memang tak turun padang menyelami masalah rakyat, memang mereka tak akan kenal!

Bermakna, kalau mangsa banjir nak tunggu dapur agihan Umno untuk buat memasak, jawabnya kebulur dululah rakyat! Apa lagi yang terpaksa tunggu sehingga bulan April. Mati keringlah rakyat kalau buat kerja lagu ni!

Bantuan itu pula hak siapa? Kalau hak Umno, kenapa libatkan JKM? Kalau hak kerajaan, kenapa ada logo penimbang dan keris? Jangan lembu punya susu, sapi punya nama!

Gani Patail patut dipecat atau letak jawatan Peguam Negara


SHAH ALAM 14 JAN: Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail digesa meletakkan jawatan ekoran keputusannya menarik kembali tuduhan ke atas bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy berhubung isu skandal Projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak perlu serius menangani isu melibatkan penyelewengan wang, salah guna kuasa seperti yang selalu dilaungkan dalam pentadbiranya.
gani-patail (1)Justeru kata Tony, maka kini merupakan masa terbaik bagi Najib Razak untuk menghukum Gani atas ketidakcekapan peguam negara itu melaksanakan tugas penting.
“Kita ingin tahu adakah dakwaan rapuh sengaja dikenakan ke atas mereka bagi membuktikan yang Najib begitu serius dalam banteras rasuah.
“Sekiranya Najib begitu serius dalam hal ini maka beliau tidak perlu teragak-agak memecat peguam negara dan menggantikan dengan mereka yang cekap dan akan bertindak serta menghukum tanpa dibayangi atau takut dengan sesiapa pun,” katanya dalam kenyataan media.
tony-puaTony (gambar kiri) berkata pembebasan bekas menteri itu mewujudkan tanda tanya pihak yang bertanggungjawab dalam skandal melibatkan penyelewengan wang rakyat paling mahal setakat ini.
Katanya, tambah membingungkan walaupun kes tersebut disiasat sepenuhnya oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 2009 dan menyarankan mahkamah menahan Chan, ia gagal dilaksanakan oleh peguam negara tersebut.
Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kesal dan sedih kerana pembebasan Chan daripada tuduhaan skandal RM12.85 bilion PKFZ membuktikan tidak ada pemimpin dipertanggungjawab atau dihukum kerana mengakibatkan kerugian besar kepada dana awam.
Katanya, sebelum Chan, Tun Dr Ling Liong Sik juga dibebaskan daripada pertuduhan menipu Kabinet dalam skandal berkenaan, pada 25 Oktober tahun lalu.
Chan dituduh pada 28 Februari 2011 atas dakwaan menipu Abdullah mengenai projek pemindahan kapal sebanyak RM1.9 bilion di antara 2004 dan 2006. Beliau boleh dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun jika didapati bersalah.
Projek tersebut berharga RM1.1 bilion selepas diilhamkan oleh Dr Ling pada 1997, namun berlipat ganda kepada RM4.6 bilion pada 2007.

Rosmah biaya filem anak di Hollywood RM326 juta?

KUALA LUMPUR 13 JAN: Produser filem Hollywood kelahiran Malaysia, Riza Aziz dilapor mencipta nama menerusi kejayaan filem terbitannya, The Wolf Of Wall Street yang menggondol Anugerah Golden Globes kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi lakonan pelakon terkenal, Leonardo DiCaprio.
Bagaimanapun, persoalan timbul berikutan spekulasi media mendakwa filem itu dibiayai ibunya, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga isteri perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Riza RizzDipetik Mstar Online, Riza dikatakan enggan mengulas kontroversi yang melanda filemnya yang menelan belanja US$100 juta (RM326 juta) itu termasuk tuduhan sebuah ‘portal pro-pembangkang’ yang mendakwa produser itu mendapat sumbangan kewangan daripada ibunya.
Bagaimanapun, portal MStar tidak menjelaskan portal pembangkang yang dimaksudkan.
Riza merupakan anak Rosmah bersama bekas suami pertamanya, Abdul Aziz Nong Chik yang sebelum ini dilaporkan membeli satu unit kondominium mewah berharga RM 100 juta di New York.
Filem penuh kontroversi itu berdasarkan kisah benar mengenai broker saham Wall Street, Jordan Belfort lakonan DiCaprio yang dipenjarakan kerana rasuah dan jenayah perdagangan.
Filem itu turut membariskan bintang-bintang Hollywood terkenal seperti Jonah Hill, Margot Robbie and Matthew McConaughey.
-Keadilan Daily
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...