muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Sabtu, 31 Ogos 2013

GEMPAR BERAPI : AKSI PANAS MALAM MERDEKA

Merdeka!..
Merdeka!..
Merdeka!..
Pada tanggal 31 Ogos 1957, Bendera Union Jack iaitu bendera British diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur tepat pukul 12 malam 31 Ogos 1957. Pada malam itu, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dengan penuh bersemangat dan bangganya lantang melaungkan laugan hikmat 

Merdeka!..
Merdeka!..
Merdeka!..

dengan linangan air mata dan bangganya anak-anak Melayu yang punya kesedaran Islam melaungkan

Allaaaahuakhbar! 
Allaaaahuakhbar! 
Allaaaahuakhbar!

Pada malam itu Dataran Merdeka menjadi saksi lahirnya sebuah Malaya baru. Linangan air mata kegembiraan, kesyukuran sambil menadah tangan kelangit dan anak-anak yang masih kecil sama-sama merasa nikmat perjuangan kemerdekaan bagaikan tidak terucap. Perjuangan perwira-perwira tanahair dalam menuntut kemerdekaan tercapailah sudah. Tidak sia-sialah keringat dan darah yang mengalir ke bumi demi sebuah bangsa dan negara yang merdeka. Begitulah senario yang berlaku pada malam 31 Ogos iaitu 53 tahun yang lampau.

Zaman alaf baru ini menjanjikan sambutan yang hebat-hebat yang adakalanya menelan belanja yang besar hanya untuk memperingati hari kemerdekaan. Tapi, apakah kita sedar dalam kita menyambut hari yang penuh bermakna itu bagaimanakah perasaan yang lahir dalam diri anak-anak muda zaman sekarang? Laungan merdeka lantang di sebut oleh beribu-ribu manusia yang membanjiri Dataran Merdeka kononnnya untuk countdown (kira detik 12 tgh malam). Tetapi yang paling mengecewakan ia sering disudahi dengan adegan yang tidak selari dengan prinsip kemerdekaan. Anak-anak muda bergaul bebas, berpakaian tidak senonoh, berpegangan tangan berlainan jantina sambil melaungkan Merdeka! Merdeka!Merdeka!..Apakah itu cara sambutan di malam merdeka? Sungguh memalukan!..

Cubalah kita selami gambar-gambar yang dipaparkan ni...itukah cara anak-anak muda sekarang menyambut malam merdeka? Tepuk dada, tanya iman...mungkin ada sesetengah orang akan mengatakan "jangan pandang luaran aje yang penting hati". Namun kemyuskilannya adakah hati mereka suci murni untk menyambut malam kemerdekaan Malaysia atau untuk melakukan kemaksiatan dan kemungkaran di bumi Allah ini? Perhatikanlah wahai pembaca blogku yang setia....buatlah rumusan sendiri.

Apakah kita sudah merdeka atau masih lagi dibelenggu penjajah? Lihat saja gelagat rakyat kita bila mereka terlampau gembira, sampah sarap mereka tinggalkan merata –rata. Botol air, kertas alas duduk, kotak rokok ,plastik buat balut burger, mengisi perut bila paluan keroncong bergema-gema, apa semua ini, inikah merdeka?

Lihat pula dijalan-jalan raya , mat rempit sorak gembira, walaupun hanya untuk suka-suka tapi bukankah itu semua mencari bencana. Suasana di Jalan Parlimen mungkin seperti SIC, macam masa Moto GP, takpun macam keadaan masa Japan GT. Kereta ekzos besar berapi-api selusuri jalan raya dengan gah sekali. Masih lagi mengherdik si miskin suruh ketepi kerana kereta besar ingin menguasai jalan yang dianggap macam hak sendiri.

Itu cerita di jalan raya...Bagaimana pula cerita malam merdeka di pub-pub ternama ataupun low class pun sama juga...Ya Allah, anak melayu mabuk keluar Pub. Muntah hijau antara mahu keluar atau tidak. Inikah dia bangsa merdeka? 

Sekarang kita beralih sambutan malam merdeka di bangunan atau di pangsapuri...meriahnya tak juga kurang hebatnya. Terlihat anak-anak muda berdansa tanpa peduli orang lalu lalang. Pada mereka, mereka tak salah...rumah sendiri, duit sendiri...aku punya sukalah....Masyallah, memang dari segi luarannya tak salah tapi perbuatan itu sia-sia belaka lebih-lebih lagi anak-anak orang melayu yang secara automatiknya didaftarkan sebagai penganut Islam...Apakah mereka tak takut dengan azab yang bakal dihadapinya. Ada juga kata-kata lancang yang bertepik "dosa aku, kubur aku, aku yang tanggung lah". Ya Allah, mereka anggap semuanya serba mudah. 

Ini belum lagi cerita orang kaya-kaya yang sibuk cari harta benda untuk anak isteri katakan. Pada mereka untuk apa mahu hayati kemerdekaan ni, Mercedes S class sudah gah menyusuri jalan ada driver lagi, mesyuarat hari-hari. Janji sana, janji sini. Orang lain diutamakan dari anak dan isteri. Pada mereka...haaaa duit dah bagi buatlah hal sendiri. Kasihan isteri dan anak –anak yang tidak punya masa bersama ayah dan suaminya. Janji dengan rakan niaga mesti tepati macam kata Allahyarham Tan Sri P. Ramlee "Sebelum subuh patik sampai" tapi dengan anak bini di tolak tepi..mmmmm.. kemudiankan boleh. Inilah dia orang yang benar-benar sudah merdeka. Atau mungkin dia terlupa? Wallahualam... 

Akhir kata, renungkanlah pengiktirafan Allah kepada bangsa-bangsa, yang secara tidak langsung menyimpulkan bahawa Allah turut mengiktiraf bahasa-bahasa yang menjadi identiti setiap bangsa. Firman Allah dalam Surah Al-Hujuurat ayat ke-13 :

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).”

Rumusannya, kita perlu kembali ke pangkal jalan, dimana usaha ini perlu dimulakan bermula daripada peringkat individu dan institusi keluarga. Kefahaman kita kepada makna kemerdekaan yang hakiki perlu diterjemahkan kepada cara kita mendidik anak-anak kita supaya berjatidiri tinggi, tinggi minda dan jiwanya serta tidak mudah kagum terhadap apa sahaja yang dipaparkan dan didatangkan daripada luar. Pemprosesan nilai agama perlu dititipkan dengan berkesan agar dapat membebaskan minda dan jiwa untuk kembali apa yang ada pada diri kita, sebagai seorang Melayu yang beridentitikan Islam, kerana Islam lah yang memerdekakan manusia menjadi insan yang berjiwa besar, tanpa mengenepikan penghargaan sesuatu bangsa terhadap apa yang mereka miliki.

Video Aksi Panas Malam Merdeka


Gambar-gambar Sekitar Selepas Laungan Kemerdekaan





SETERUSNYA




SUMBER
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...