Ketika menjalani sesi rawatan syaitan itu, bomoh berusia 46 tahun itu mengarahkan wanita berkenaan berkemban dengan kain kuning dan hitam.
Wanita itu yang dipercayai dipukau hanya membiarkan bomoh terbabit memasukkan buah tasbih ke dalam kemaluannya.
Bomoh itu turut menodai alat sulit wanita berkenaan dengan tangan serta menghisap buah dada mangsa.
Tidak cukup dengan perbuatan keji itu, beberapa bahagian tubuh mangsa turut ‘diterokai’ kononnya bagi mengubati penyakit dihadapinya.
Mangsa mulanya berkunjung rumah bomoh berkenaan bersama suami dan anak saudara untuk mendapatkan rawatan berkaitan makhluk halus.
Bagaimanapun, sebelum melaksanakan kerja jahatnya, suami dan anak saudara mangsa diminta membeli kemenyan di kedai berdekatan.
Ketiadaan suami dan anak saudara mangsa digunakan bomoh itu untuk menodai tubuh wanita malang yang dipercayai dipukau itu.
Kegiatan jahat bomoh itu terbongkar selepas mangsa menyedari sesuatu tidak kena pada dirinya tiga hari selepas rawatan itu.
Dia kemudian membuat laporan polis.Susulan laporan yang dibuat mangsa, polis memberkas seorang lelaki berusia 46 tahun bagi membantu siasatan.
Sumber : malaysiatopbloggers.blogspot.com