muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Rabu, 8 Januari 2014

Kisah di sebalik warga miskin KL: Kenapa kami mengemis?


Pakcik masih trauma apabila mengenangkan kejadian yang menimpa kami sekeluarga. Jeritan dan tubuh arwah isteri dan anak-anak berlumuran darah masih tidak dapat pakcik lupakan,” luah Ahmad Isa,56, ketika ditemui Malaysian Digest (mD) di Stesen LRT Masjid Jamek, Kuala Lumpur yang sesak dengan orang ramai. Lelaki malang itu kelihatan amat terkesan atas tragedi kemalangan jalan raya yang menimpa keluarganya pada bulan Disember dua tahun lalu.
Menceritakan tentang kemalangan itu, Ahmad menerangkan yang beliau telah hilang kawalan semasa memandu kereta Proton Iswaranya dari Sentul menuju ke Johor. Ketika itu dia sedang menghantar isteri dan anak-anaknya bercuti di kampung halaman yang terletak di Kluang, Johor.
” Pakcik rasa amat bersalah bila teringatkan mereka. Pakcik patah harapan disebabkan kejadian itu,” luahnya dengan nada sayu.
“Itulah sejarah hitam yang tidak akan Pakcik lupakan sampai bila-bila,” tambahnya lagi.
Perasaan bersalah dalam dirinya terlalu mengguris emosi Ahmad dan memakan dirinya. Semangat hidupnya luntur dan ini menyebabkan dia tidak dapat bekerja dengan sempurna. Tambahan pula, Ahmad bertarung dengan penyakit kencing manis yang membataskan pengerakan hariannya. Kini Ahmad terpaksa mengemis untuk mendapatkan sesuap nasi.SELAIN putus harapan, Ahmad terpaksa mengemis kerana masalah kesihatannya./mDSELAIN putus harapan, Ahmad terpaksa mengemis kerana masalah kesihatannya./mD
Dengan wajah yang sugul Ahmad memberitahu penulis dia berada di situ seawal jam 7 pagi lagi. Sambil duduk di kaki lima stesen LRT, dia bersama-sama beberapa rakan yang lain memerhatikan kesibukan anak-anak kota metropolitan Kuala Lumpur. Mereka kelihatan begitu sibuk dan kadangkala tidak menyedari kehadiran Ahmad yang mengemis di situ. Mengikut rutin harian Ahmad apabila tiba jam 12 tengahari, beliau akan beransur ke sebuah bank berdekatan dengan harapan menambah pendapatan mengemisnya.
“Pakcik duduk di sini (merujuk kepada kawasan bank) sehingga petang. Di sini orang pejabat kerap keluar makan dan banyak lalu lalang. Ini membantu menambah pendapatan pakcik.
“Jumlah yang pakcik dapat dari hari ke hari tidak menentu. Ini bergantung pada bilangan orang dan waktu mereka dapat gaji. Dalam sehari, pakcik boleh bawa pulang lebih kurang RM34 ke RM50,” katanya.

Ahmad bersyukur atas ihsan orang ramai yang membantunya selama ini dan berterima kasih kepada mereka.
“Pakcik doakan orang yang membantu pakcik dimurahkan rezeki dan berjaya. Hidup dengan belas kasihan orang amat perit tapi apakan daya, itu yang pakcik mampu,”keluh Ahmad.
Ahmad sudah membuat permohonan untuk melayakkan diri mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Dia amat berharap permohonan ini akan diluluskan secepat mungkin.
Berbeza dengan kehidupan Yeop Ah Chong, 64, seorang pengemis yang cacat penglihatan. Beliau turut berkongsi rutin hariannya sebagai seorang pengemis. Chong yang cacat penglihatan sukar untuk mendapatkan pekerjaan di mana-mana. /mDChong yang cacat penglihatan sukar untuk mendapatkan pekerjaan di mana-mana. /mD
Mesra dengan pangilan Uncle Chong, beliau yang tinggal di Taman Permaisuri, Cheras menganggap kehidupan sebagai seorang pengemis sering dipandang sinis oleh masyarakat.
Dengan keadaan Yeap yang cacat penglihatan sejak dari kecil lagi beliau dapati amat sukar untuk dirinya mendapat pekerjaan. Seketika dahulu, Chong pernah berkhidmat sebagai tukang urut di Jalan Imbi, Kuala Lumpur. Pendapatannya cukup-cukup sahaja untuk menampung kehidupan seharian.
“Sekarang saya tinggal bersama kawan-kawan di rumah sewa.. makan minum kadang-kadang jiran yang bagi dan kadang-kadang dari hasil kutipan saya.
“Orang seperti kami memang tidak berduit. Goncang ini kolek (bekas duit) hari-hari tepi jalan, makan orang kasi (beri).Tapi kita tidak pernah memaksa orang, kalau orang mahu kasi, kami ambillah…,” ujarnya dengan tersenyum.
Yeap tidak selesa berbincang tentang ahli keluarganya. Penulis menurut kehendaknya untuk tidak bercakap tentang mereka.
TERBARING... hanya raih simpati orang ramai/Pix:mDTERBARING… hanya raih simpati orang ramai/Pix:mDDia kerap bertukar lokasi mengemis dengan menggunakan pengangkutan awam LRT. Lokasi pilihannya bergantung kepada jumlah pengunjung. Warga emas ini akan mencuba nasib di mana sahaja yang bersesuaian. Menurut Yeap, kutipan hariannya acapkali hanya cukup untuk beberapa hari sahaja.
“Kalau berada di pasar malam mungkin saya akan dapat lebih sedikitlah. Paling banyak pun duit yang saya dapat boleh disimpan untuk kegunaan dua ke tiga hari sahaja,” ceritanya lagi ketika ditemui di Stesen LRT Chan Sow Lin.
Tidak cukup dengan kesusahan sebagai seorang pengemis, kedua-dua Ahmad dan Yeap juga kerap menjadi mangsa samun dan ragut. Yeap mengakui bahawa perkara itu adalah lumrah bagi kebanyakan pengemis.

“Kalau kamu yang sihat ini boleh berdepan dengan ancaman, inikan pula kami. Dalam perjalanan pulang pun boleh diragut.
“Tambah-tambah lagi, yang tiada tempat tinggal. Hanya merempat di tepi jalan. Tapi saya percaya, zaman sekarang ramai pengemis yang ada tempat perlindungan masing-masing,” ujarnya.
Risiko Ditangkap
Menurut wakil dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang enggan dikenali, pengemis yang melakukan aktiviti mereka di khalayak ramai boleh ditangkap mengikut Seksyen 3(2) Akta Orang Papa 1977 dan mereka boleh ditahan selama sebulan.
“Sekiranya JKM mendapati individu yang ditangkap memang tidak mempunyai saudara mara serta berusia lebih 60 tahun, JKM akan menempatkan mereka di pusat asuhan atau pelindungan.
Bagi mereka yang menipu atau melakukan aktiviti ini sebagai satu kerjaya, JKM boleh menahan mereka di bawah Seksyen 3(4) Akta Orang Papa 1977. Sekiranya individu itu berusia di bawah 60 tahun, mereka boleh ditahan selama tiga tahun,” jelasnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...