muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Rabu, 8 Januari 2014

EKSLUSIF: Kerajaan BN boros, kakitangan awam mungkin dibuang atau dipotong gaji

SHAH ALAM 9 JAN: Kerajaan BN dijangka mengambil langkah mengurangkan jumlah kakitangan awam sekiranya meneruskan tabiat gemar berbelanja boros yang menyebabkan hutang negara mencapai paras 55 peratus dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sekaligus diisytiharkan muflis.
Langkah itu diambil apabila Kerajaan Pusat ketika itu terdesak untuk mengurangkan perbelanjaannya bagi membayar hutang sedia ada yang dijangka distrukturkan semula dan pinjaman baru sama ada dari Bank Dunia atau Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) atau bank-bank antarabangsa lain.
rafizi ekonomiPengarah Startegi PKR, Rafizi Ramli, berkata pinjaman baru yang diambil nanti akan dikenakan syarat tertentu yang menjadikan rakyat dan kakitangan awam sebagai mangsa.
“Apabila pinjaman sudah terlalu tinggi dan kerajaan tidak mampu bayar, maka kerajaan akan ambil pinjaman lain untuk tampung sementara pinjaman diambil tetapi syarat dikenakan terlalu besar.
“Kalau kita negara yang mengalami situasi sama seperti Greece atau Sepanyol; baik Bank Dunia, IMF atau bank-bank antarabangsa akan mengenakan syarat yang selalunya golongan pertama jadi mangsa adalah rakyat.
“Jika Kerajaan BN dah tak boleh bayar hutang dan sampai ke peringkat muflis maka dia terpaksa akur keputusan ekonomi dengan memangsakan rakyat,” kata beliau.
Rafizi berkata demikian dalam satu temubual ekslusif bersama Selangor Kini di Pusat Reformasi Demokrasi dan Inisiatif Sosial di Puchong baru-baru ini.
rakyatKata beliau lagi situasi ini bukan sahaja menyebakan kakitangan awam dikurangkan, gaji dipotong dan harga perkhidmatan serta barangan keperluan naik mendadak, bahkan pada masa sama perbelanjaan lain untuk rakyat juga akan dikurangkan.
“Akan berlaku keadaan seperti menarik balik subsidi minyak dan barangan keperluan lain serta merta hingga menyebabkan harga petrol dan barang keperluan lain naik mendadak lebih tinggi dari sekarang. Perkara-perkara ini akan berlaku,” kata Rafizi.
Katanya, ada antara beberapa negara pernah mengalami muflis seperti Greece, Sepanyol, Iceland, Rusia dan Argentina memutuskan sama ada memperkenalkan cukai baru atau menaikkan cukai sedia ada melambung tinggi.
Ia bagi tujuan mendapatkan dana bagi membayar semula hutang dan menjana pendapatan negara semasa negara dalam keadaan muflis.
“Kesengsaraan rakyat di negara muflis itu juga disusuli kurangnya keupayaan untuk menjaga ketenteraman awam disebabkan perbelanjaan berkaitan keselamatan dikurangkan.
“Dalam keadaan itu, rusuhan dan jenayah meningkat seperti mana Argentina ketika muflis, keganasan meningkat sebanyak 142 peratus dan anak muda menganggur terpaksa merompak untuk mendapatkan sumber kewangan,” kata beliau.
Kuala LumpurJelas Rafizi lagi, negara muflis juga tidak dapat meneruskan program yang sebelumnya dibiayai kerajaan seperti kesihatan, pendidikan, pembangunan awam dan sokongan infrastruktur seperti jalan raya dan utiliti lain dan menyebabkan taraf kesihatan rakyat merudum.
“Pada ketika itu BN sudah tentu sudah dibuang rakyat tetapi sengsara yang ditanggung rakyat dan bebanan yang diwarisi Pakatan Rakyat selepas mengambil alih kerajaan yang sudah muflis ini akan mengambil masa sehingga satu atau dua generasi untuk dipulihkan,” kata Rafizi lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...