muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Sabtu, 15 September 2012

GEMPAR BERAPI : PERNIKAHAN YANG PALING SINGKAT



1. Britney Spears dan Jason Alexander



Penyanyi ini mengucapkan janji setia pertama kalinya apabila disunting teman masa kecilnya, Jason Allen Alexander. Pernikahan sejoli ini diadakan pada 3 Januari 2004 di Las Vegas. Malangnya, perkahwinan tersebut hanya bertahan dalam masa beberapa jam saja.

Spears dan Alexander menyandang status suami isteri dalam masa 55 jam. Kemudian pernikahan tersebut dibatalkan. Spears mendakwa dirinya tidak mempunyai pemahaman tentang tindakan yang dilakukannya.

2. Drew Barrymore dan Tom Green



Drew Barrymore mempunyai dua perkahwinan yang singkat. Yang pertama adalah perkahwinan yang hanya berusia 30 hari sahaja. Saat itu, pelakon tersebut menikahi Jeremy Thomas pada tahun 1994.

Meski usia pernikahannya hanya berjalan sesaat, hal itu tidak membuat Drew trauma akan perkahwinan. Hal itu dibuktikan bekas pelakon cilik ini dengan menikah untuk kedua kalinya.

Tahun 2001, beliau berkahwin kembali dengan Tom Green. Lagi-lagi, perkahwinan itu mengalami kegagalan.Usia perkahwinannya dengan Green hanya bertahan selama lima bulan.

3. Cher dan Gregg Allman



Bercerai dari bekas suaminya, Cher tackle pemuzik berusia muda bernama Gregg Allman. Pacaran singkat tak membuat pasangan ini takut meneruskan hubungan tersebut ke jinjang perkahwinan. Mereka mengucapkan janji sehidup semati dengan pemuzik tersebut.

Mereka menyewa sebuah jet peribadi untuk menerbangkan sejoli tersebut ke Las Vegas. Mereka berkahwin di tempat tersebut. Sembilan hari kemudian, pasangan ini menyesali keputusan spontan mereka. Perkahwinan itu pun dibatalkan.

4. Robin Givens dan Mike Tyson



Robin Givens bertemu Mike Tyson pada Mac 1987. Satu tahun kemudian, pasangan ini memutuskan untuk berkahwin pada Februari 1988. Dan perkahwinan itu hanya berjalan satu tahun. Bertepatan dengan Hari Valentine tahun 1989, kedua-duanya memutuskan untuk bercerai.

Givens juga mempunyai perkahwinan kilat lain. Pelakon ini pernah berkahwin dengan jurulatih tenis. Tetapi, ia memutuskan untuk berpisah di hari itu juga. Beberapa bulan kemudian mereka mengemukakan tuntutan perceraian.

5. Jennifer Lopez dan Chris Judd



Jennifer Lopez menikahi penari latarnya itu pada Oktober 2001 lalu. Kemudian mereka memutuskan untuk berpisah selepas menjalani lapan bulan perkahwinan. Ini bukanlah perkahwinan kilat Lopez yang pertama.Sebelumnya, apabila penyanyi berdarah Latin ini berkahwin dengan ojani Noa, usia perkahwinan tersebut hanya bertahan 13 bulan sahaja.

Lopez berjaya memecahkan rekod perkahwinan apabila ia berkahwin dengan Marc Anthony. Ia berjaya menjalani rumah tangga tersebut selama tujuh tahun. Pada musim panas 2011 ini memutuskan untuk bercerai.

6. Lisa Marie Presley dan Nicolas Cage



Putri penyanyi Elvis Presley ini mempunyai rekod dua perkahwinan kilat. Pertama apabila ia berkahwin dengan Michael Jackson. Usia perkahwinan tersebut hanya berjalan 20 bulan. Kemudian dia berkahwin dengan pelakon Nicolas Cage. Setelah menjalani masa pacaran tiga bulan, mereka membuat keputusan untuk berkahwin. Mereka berkahwin pada tahun 2002. Dan bercerai di tahun yang sama.

7. Bradley Cooper dan Jennifer Esposito



Bradley Cooper menyebut Jennifer Esposito sebagai isterinya hanya selama empat bulan. Mereka memutuskan untuk berkahwin pada 30 Disember 2006 lalu. Dan bercerai di awal tahun 2007. Setelah bercerai, pasangan ini memutuskan untuk menjadi teman saja.

8. Shannen Doherty dan Ashley Hamilton



Shannen Doherty merupakan selebriti Hollywood yang mempunyai rekod dua kali perkahwinan singkat. Dia berkahwin dengan Ashley Hamilton. Perkahwinan tersebut hanya berjalan lima bulan. Mereka bercerai tahun 1994.

Kemudian, bintang siri 'Beverly Hills' ini berkahwin dengan Rick Salomon. Perkahwinan ini juga berjalan kilat. Ia menjadi isteri Salomon hanya sembilan bulan sahaja.

9. Renee Zellweger dan Kenny Chesney



Sejoli ini bertemu di sebuah konsert pada Januari 2005 lalu. Tak perlu waktu lama, untuk kedua-duanya menuju ke alam pernikahan. Mereka melangsungkan perkahwinan pada bulan Mei tahun itu juga. Tetapi, perkahwinan itu tidak berjalan lancar. Empat bulan kemudian, pasangan ini mengajukan pembatalan perkahwinan. Mereka menganggap perkahwinan itu tidak pernah terjadi.

10. Carmen Electra dan Dennis Rodman



Setelah melangsungkan perkahwinan di Las Vegas, sembilan hari kemudian Dennis Rodman berusaha untuk membatalkan perkahwinannya. Tetapi, pada akhirnya, permikahan Carmen Electra dan Rodman berlangsung empat bulan. Pasangan ini pun memutuskan untuk bercerai pada Mac 1999.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...