muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Isnin, 4 November 2013

LAPORAN & KEPUTUSAN TERKINI PRK DUN SUNGAI LIMAU


PAS mengekalkan kemenangan mereka di Sungai Limau yang disandang sejak tahun 1995 tetapi dengan majoriti jauh lebih kecil berbanding dua pilihan raya lalu.

Calon PAS, Mohd Azam Abd Samat, memperoleh undi sebanyak 12,069, manakala calon Barisan Nasional (BN) Dr Ahmad Sohaimi Lazim pula memperoleh undi sebanyak 10,985, sekaligus menyaksikan PAS menang dengan majoriti sebanyak 1,084.

Keputusan rasmi tersebut diumumkan oleh pegawai bertugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sebelum itu, beberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat (PR) tiba di Dewan Lukman Al-Hakim, Sekolah Menengah Agama Yan pada jam 8 malam, antaranya Pesuruhjaya PAS negeri Kedah Datuk Mahfuz Omar, Bendahari PAS negeri Kedah Datuk Amiruddin Hamzah, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Ketua DAP Kedah Zairil Khir Johari dan pemimpin negeri yang lain.

Sejumlah 23,249 atau 85.5% daripada keseluruhan pengundi keluar menjalankan tanggungjawab membuang undi hari ini.

Kesemua 17 pusat pembuangan undi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau secara rasmi ditutup pada jam 5 petang tadi.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri Kedah berikutan penyandangnya arwah Tan Sri Azizan Razak kembali ke rahmatullah pada 26 September lalu.

Azizan merupakan wakil rakyat kawasan DUNun tersebut sejak tahun 1995 dan merupakan menteri besar Kedah dari 2008 ke 2013.

Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu, Azizan memperoleh majoriti 2,774 undi berbanding majoriti sebanyak 3,212 undi yang diperolehnya pada tahun 2008 sebelum ini.

Beliau menewaskan calon BN Mohd Fazillah Mohd Ali dalam pertarungan empat penjuru. Dua calon bebas lain tewas dan hilang wang deposit mereka. ~tmi

-------------------------------------------------------------------------------------


Tak rasmi: PAS menang, majoriti kurang


YAN - Pengiraan undi bagi pilihan raya kecil Dun Sungai Limau bermula jam 5.30 petang ini di pusat-pusat pengundian.
   
Menurut jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), selepas itu jumlah undi yang diperoleh calon-calon bertanding akan dikumpulkan di pusat penjumlahan undi di Dewan Lukman Al-Hakim, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan di sini.
   
SPR menjangkakan keputusan rasmi dapat diketahui seawal 9 malam ini.
   
Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertembungan antara calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim dan calon Pas Mohd Azam Abdul Samat.
   ---------------------------------------------------------------------------------





7.35pm TAK RASMI: PAS menang di DUN Sg Limau dengan majoriti kira-kira 1,000 undi, menurut maklumat daripada pusat perjumlahan kedua-dua parti, PAS dan BN.

JUMLAH UNDI 
MENGIKUT PUSAT-PUSAT MENGUNDI:

 ( TAK RASMI )
1) PDM Batu 16
Sek Keb Padang Lumat  
Jum pengundi  - 1149 org

2) PDM Sungei Limau
Sek Keb Sg Limau
Jum pengundi - 1,305 org
BN - 700 / PAS - 605

3)PDM Sungei Kering
Sek Keb Sg Kering
Jum pengundi  - 358 org.
BN - 272 / PAS - 86 

4) PDM Simpang 3
SRJK (C) Aik Min, Spg 3 Sg Limau.
Jum pengundi : 1242 org
BN : 645 / PAS : 597

5) PDM Selengkoh
Sek Keb Hj Kasim Jassin
Jum pengundi  - 1006 org.
BN - 601 / PAS - 405

6) PDM Kabu 10
Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Limau
Jum pengundi  - 1950 org.
BN - 1030 / PAS - 920

7) PDM Matang Buloh
Sek. Keb. Permatang Buloh.
Jum pengundi - 1,949 org.
BN 45%(877) / PAS 55%(1071)
                                 
8) PDM Sungei Dedap
Sek. Keb. Sg. Dedap.  
Jum pengundi  : 2,005 org.
BN 42%(842) / PAS 58%(1162)

9) PDM Gelam 3/Bukit Choras,
Sek. Men. Agama Al-Nadzah.
Jum pengundi  : 2,084 Org.
BN 30%(625) / PAS 70%(1458)

10) PDM Bukit Besar
Sek. Keb. Bukit Besar.
Jum pengundi : 2,359 Org.
BN 40%(943) / PAS 60%(1415).

11) PDM Simpang Tiga Luar,
Sek. Keb. Simpang 3 Sg. Daun.
Jum. pengundi  : 1,548 org.
BN 48%(743) / PAS 52%(804)

12) PDM Sungei Daun,
Sek. Keb. Sg. Daun Tengah.
Jum. pengundi  : 1,826 Org.
BN 58%(1059) / PAS 42%(766)

13) PDM Sedaka/PDM Ulu Sedaka,
Sek. Keb Ulu Sedaka.
Jum. Pengundi - 1546 org
BN 689 /PAS 702


14) PDM Dulang Kecil,
SMK Dulang Kechil
Jum Pengundi - 1814 org
BN 1337 / PAS 398 org.


15) PDM Padang Lumat,
SMK Bt 17.
Jum pengundi - 849 org
BN 413 / PAS - 363


16) PDM Dulang Besar,
SMK Dulang Besar
Jum pengundi - 989 org
BN 759 / PAS - 226


17) PDM Kg Titi Batu,
SJKC Pei Hwa Bt 17.
Jum pengundi - 1596 org
BN 661 / PAS 735


* Faktor faktor yg mempengaruhi peratusan pengundi:-
1.Pengundi luar
2.Pengundi Cina
3.Sabotaj
4.Undi protes
5.Jentera pilihanraya, jalan sesak serta cuaca.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...