muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Rabu, 4 September 2013

GEMPAR BERAPI : DEMO BANTAH HARGA MINYAK NAIK


IPOH - Semakin banyak bantahan diterima daripada pelbagai pihak mengenai kenaikan harga petrol RON95 dan diesel yang diumumkan semalam.

Demo bantah harga minyak naik

Hari ini, satu kumpulan 30 penyokong PR yang diketuai Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kula Segaran; Ahli Parlimen Ipoh Timur, Thomas Su dan Adun Bercham, Cheong Chee Khing mengadakan perhimpunan aman di hadapan pasar besar, di sini.

Sepanjang demonstrasi itu, ramai pengguna jalan raya turut membunyikan hon ketika melalui di hadapan pihak berdemonstrasi.

Di ibu negara, Ketua Pemuda Pas Kawasan Batu, Nurul Islam Mohamed Yusoff berkata, Pemuda Pas mengadakan perhimpunan yang disebut ‘flash mob’ di persimpangan empat Sentul, berdekatan stesen minyak.

Menurutnya, beberapa poster dan kain rentang yang berbunyi ‘Janji Dicapati’, ‘1Malaysia Minyak Naik’, ‘Kami Sayang Malaysia’ dan ‘20 sen jer, BR1M kan ado’ dinaikkan sebagai tanda protes.

“Pemuda Pas akan terus menunjukkan bantahan dari semasa ke semasa. Kita akan bersama-sama dengan sayap lain dalam beberapa siri program bantahan kenaikan harga minyak," katanya.

Perhimpunan aman selama sejam itu disertai kira-kira 20 orang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...