muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Rabu, 4 September 2013

GEMPAR BERAPI : ANWAR DI TAWARKAN JAWATAN TIMBALAN PERDANA MENTERI??

SEREMBAN: Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohd Nazree Mohd Yunus berkata ada usaha daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk bertemu dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung agenda pendamaian nasional (National Reconciliation) dan difahamkan ada tawaran jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) kepada Anwar.
“Walaupun setakat hari ini tidak ada perjumpaan ‘direct’ diantara Najib dan Anwar tetapi ada usaha daripada Najib untuk bertemu dengan Anwar melalui orang ketiga,” kata beliau dalam satu kenyataan khas kepada FMT.
Malah beliau mendakwa ada tawaran jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Anwar dan empat jawatan Menteri Kabinet kepada Pakatan Rakyat.
Tetapi katanya, perkara ini tidak mendapat liputan meluas media arus perdana.
“AMK menyokong usaha rundingan tersebut diteruskan dalam membincangkan isu-isu rakyat,” tegasnya..
Walaubagaimanapun, tambah beliau,  AMK berpendapat rundingan tersebut perlu mendapat persetujuan PAS dan DAP juga dan rundingan tersebut perlu diadakan secara terbuka.
“Isu-isu yang harus dibincangkan dalam rundingan tersebut ialah kenaikan harga minyak, kenaikan harga barang,  isu hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sistem pendidikan negara, ekonomi, pembangunan dan keselamatan,” katanya.
Beliau berpendirian menyokong rundingan ini tetapi rundingan tersebut haruslah bersifat terbuka, berkaitan dengan isu rakyat dan bukannya rundingan sulit.
Mohd Nazree juga menempelak kenyataan beberapa menteri Umno yang tidak bersetuju dengan rundingan tersebut. Sebaliknya Mohd Nazree berkata ianya perlu kerana ianya melibatkan pelbagai isu yang membelenggu rakyat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...