muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Sabtu, 5 Januari 2013

GEMPAR BERAPI : NAJIB KALAH PRU 13??


Adakah ini realitinya ? Pakatan bukan fokus usaha mereka untuk jatuhkan PM Najib tetapi tumpukan perhatian mereka kepada seorang yang mereka telah labelkan sebagai Diktator yang belum lagi turun dari kerusi berkuasa. Seorang diktator yang berjaya tumbangkan Perdana Menteri sebelum Najib. Seorang diktator yang masih menjadi puppet master dalam area politik negara.

Keadaan politik sekarang sudah genting. UMNO dan Barisan Nasional berhadapan dengan kekalahan paling teruk dalam sejarah pilihanraya. Dengan kejatuhan UMNO / BN , diktator akan jatuh sekali. Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sekutunya akan buka tong sampah lama. Tong sampah yang mengandungi segala info dan bukti tentang segala perbelanjaan bertahun tahun sebelum ini. Tong sampah yang mengandungi bukti kekayaan asset dan yan berkait dengan anak dan ahli keluarga Diktator. Kekayaan yang dengan sekelip mata....... Akan dirampas balik oleh kerajaan baru di bawah Anwar Ibrahim.

Najib sudah sedia. Sejurus Muhyiddin buka mulut challenge kuasa dia, itu la masa Najib akan panggil Pilihanraya umum ke 13. Buka mulut...... Pagoh sedia terima balasannya. Apa akan jadi ? Adakah UMNO akan dapat hidup lagi selepas dibinasa oleh mereka yang kononnya sayang dengan umno, tetapi sebenarnya sayang dengan apa mereka perolehi daripada masa mereka dalam umno. Akhirat nanti, duit kekayaan dan bangunan anda tidak boleh bawa ke sana...... Ingat tu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...