muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Ahad, 9 September 2012

GEMPAR BERAPI : WANITA UMNO BIK1N H0T??


Wanita UMNO Sandakan

KOTA KINABALU – Tindakan biadap beberapa peserta Himpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka pada 30 Ogos lalu terus mendapat perhatian ramai pihak yang mengutuk perbuatan tersebut.
Terbaru Pergerakan Wanita UMNO bahagian Sandakan tampil membantah tindakan seorang bekas pelajar kolej swasta, Muhammad Ammar A. Rahman, 19,  menunjukkan punggung kepada gambar Perdana Menteri.
“Pergerakan Wanita UMNO bahagian Sandakan mengutuk tindakan memijak gambar pemimpin negara dalam Himpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka 30 Ogos lalu.
“Kami juga mengutuk insiden mengibar “bendera baharu” kerana ia satu tindakan yang biadab,” kata Ketua Wanita UMNO Sandakan, Asnah Tahlil melalui satu kenyataan hari ini.
Asnah seterusnya berkata, Wanita UMNO Sandakan mahu kerajaan mengambil tindakan undang-undang dan menghukum individu yang terbabit dengan hukuman keras supaya menjadi pengajaran kepada orang lain.
Ia kerana, kata beliau, golongan tersebut cuba menuntut pilihan raya bersih kononnnya dengan menganjurkan program Janji Demokrasi tetapi tindakan mereka berlandaskan kekotoran, jijik dan menghina maruah sendiri.
Tambah beliau, tindakan sekumpulan generasi muda pada program itu satu tindakan tidak bertamadun bersyukur dengan nikmat keamanan dan keselesaan yang dinikmati sekarang. – mynewshub.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...