TERKINI!
Seperti dijangka, saham perladangan kebanggaan perdana menteri Najib Altantuya, Felda Global Ventures Holdings (FGV) terus merudum pagi ini setelah disemak setakat jam 11:12 pagi tadi.
Saham tersebut menjunam 7 sen lagi kepada RM4.70 berbanding harga penutup RM4.77 pada Jumaat lalu.
Kejatuhan besar ini paling ketara sejak ia berada pada tahap bawah paras psikologi RM5.00 pada Rabu lalu ekoran pelabur semakin menjauhi kaunter yang kununnya terbitan kedua terbesar di dunia tahun ini selepas Facebook di Amerika Syarikat.
Dijangkakan lagi, saham FGV ini akan terus mencatat kejatuhan ketara sekiranya tiada tindakan susulan menyuntik dana besar ke dalamnya seperti yang dilakukan akhir bulan lalu.
Belum ada pengumuman rasmi oleh pengerusi Felda, Isa Samad berhubung perkara ini kerana alasan kenaikan dan kejatuhan saham FGV adalah perkara biasa katanya.
Bagaimanapun, setelah turun di bawah paras RM5.00 tiada sebarang trend kenaikan berlaku sebaliknya ia terus jatuh menjunam tanpa disokong pembelian spekulatif seperti kebiasaannya.
Para peneroka Felda kini cemas kerana sekiranya ia ditutup di bawah RM4.65, mereka akan rugi besar dan bakal menanggung kerugian kerana terpaksa membayar hutang bank termasuk faedahnya sekali.