muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Ahad, 3 November 2013

THE RED WARRIORS KECUNDANG (PAHANG JUARA PIALA MALAYSIA)


Biarpun hujan turun lebat di Stadium Shah Alam, 
Selangor, semangat pasukan Kelantan dan 
Pahang bertanding di peringkat akhir Piala Malaysia 
tidak kelihatan goyah.

Semangat setiap pemain dibakar oleh 80,000 
penyokong kedua pasukan. 50 penyokong Pahang 
dan Kelantan ditahan polis kerana memilki tiket palsu 
dan bahan terlarang setakat jam 5 petang tadi.

Separuh masa pertama, berakhir dengan keputusan 
0-0 dan keputusan kemudian berubah 14 minit 
setelah perlawanan memasuki separuh masa kedua. 
Penyerang pasukan Pahang, Matias Conti kemudian 
berjaya menjaringkan gol pendahulu pada minit ke-59 
sekaligus penjaga gol The Red Warriors, Khairul Fahmi 
Che Mat, kecundang.













Minit ke-74, tendangan percuma untuk pasukan 
Kelantan disiakan.  Manakala semangat pemain  
Hogoh Pahang Hogoh kelihatan semakin kental 
tambahan pula hujan turun mencurah-curah, berhenti.

Terfikir pada ketika ini, andai juara bertahan, Kelantan 
tewas, pasti semua penyokong akan kembali ke negeri 
asal, hampa. Perjalanan ke Kota Bharu selama 
kira-kira 8 jam dari Shah Alam pasti terasa lebih jauh 
berbanding biasa.

Setiap serangan pemain Kelantan dipatahkan oleh 
benteng pertahanan Pahang sebagai pasukan 
underdog, biarpun dikatakan peluang kemenangan 
50-50.

Peluang terbuka, sepakan lintang di hadapan pintu 
gol Pahang pada minit ke-82 sekali lagi tersasar. 
Dua minit  kemudian, tandukan pemain Kelantan 
berjaya ditampan oleh penjaga gol Pahang. 
Saya kira, itu antara peluang terbaik untuk Kelantan
 menjaringkan gol. 

3 minit sebelum permainan berakhir, benteng 
pertahanan pasukan Pahang kelihatan semakin 
sukar ditembusi oleh penyerang kelantan. 
Sepakan sudut pada minit ke-88 tidak 
membuahkan sebarang hasil kepada The Red 
Warriors.

Pengadil memperuntukkan 3 minit masa tambahan.

Debaran semakin memuncak dan penyokong 
tidak berhenti menjerit, mengharapkan pasukan 
mereka sokong bakal berjaya dinobatkan sebagai 
juara pada malam ini. Pada minit ke-91, 
gawang gol Pahang cemas. Bola disepak kencang 
oleh pemain Kelantan terkena paha penjaga gol.  

Keputusan akhir, Pahang 1, Kelantan 0.

Tahniah pasukan Pahang! Tahniah kepada jurulatih, 
Dollah Salleh. 

Selamat bercuti kepada semua rakyat Kelantan. 

Berhati-hati sewaktu memandu pulang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...