Kerana cinta tak tentu hala, mereka lentok dibuai cinta. Lentok cinta palsu menjadikan mereka makin berani. Berani menunjukkan aksi tak senonoh mereka kepada khalayak.
Ini trend terkini segelintir remaja tak senonoh Malaysia. Tanpa segan silu, tanpa malu-malu mereka berani menunjukkan aksi punah ranah mereka dengan memuat naik di Facebook dan mungkin dalam pelbagai media sosial yang lain. Mereka berani menunjukkan aksi-aksi dosa yang mereka lakukan. Nauzubillah....
Cuma kita berharap mereka berfikir secara matang, ingat tentang dosa pahala dan dunia bukan hanya untuk seronok-seronok!!
Ingat juga tentang mati...dan gambar yang telah tersebar