muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Isnin, 15 Julai 2013

GEMPAR BERAPI : PASANGAN SEKS MAKI UMAT ISLAM DI TWITTER


Tan and Lee arriving at the MCMC building Monday morning.Penulis blog berunsur seks, Alvin Tan dan Vivian Lee, atau lebih dikenali dengan panggilan Alivi, terus menutup akaun laman sosial Facebook mereka buat selama-lamanya selepas memuat naik posting kontroversi ‘Selamat Berbuka Puasa’ baru-baru ini.
p/s : Bukan terus menutup, tapi dipadam pihak FB sebenarnya.
 Alvin Dan Vivian Mohon Maaf, Tapi Maki Umat Islam Di Twitter Selepas Fanpage FB Dipadam - Terbakor
Alvin Dan Vivian Mohon Maaf, Tapi Maki Umat Islam Di Twitter Selepas Fanpage FB Dipadam

Posting berkenaan telah menimbulkan kemarahan pelayar internet, masyarakat Islam dan bukan Islam, apabila pasangan berkenaan memaparkan sekeping gambar mereka sedang makan bak kut teh (hidangan daging babi).

Dalam akaun Twitter milik pasangan tersebut, @AlviviSwingers, mereka memaklumkan bahawa akaun Facebok tersebut terpaksa ditutup selepas mereka menerima ‘kritikan dan maklumbalas yang negatif daripada pengujung laman web tersebut.

Pasangan berkenaan turut menggunakan bahasa kasar dalam tweet yang berikutnya, mereka menyalahkan orang awam, media dan pihak pentadbir akaun Facebook ekoran penutupan akaun mereka.

Kurang daripada 24 jam selepas mereka memuat naik gambar kontroversi berkenaan, pasangan tersebut menerima lebih daripada 500 komen yang mengecam tindakan yang disifatkan biadap dan tidak peka terhadap sentsitivi masyarakat Islam di Malaysia.

Terdahulu Tan memberitahu The Star mereka memuat naik gambar berkenaan, tanpa sebab munasabah dan sekadar satu bahan guraan.

Selepas mendapat kritikan yang negatif, mereka memuat naik gambar yang baru pada Jumaat, dengan memaparkan ‘hidangan babi’ tersebut disorokkan dibelakang makanan halal.

Kapsyen gambar tersebut turut diubah daripada “Selamat Berbuka Puasa” kepada “Ampunkanlah Kami”.

Pada Oktober tahun lalu, pasangan ini turut memuat naik rakaman video diri mereka mengadakan hubungan seks. -Mstar

MCA Negeri Sembilan membuat laporan polis berhubung dua blogger Alvin Tan dan Vivian Lee selepas kedua-dua mereka didakwa memaparkan ucapan ‘Selamat Berbuka Puasa’ dengan gambar mereka sedang menikmati bak kut teh di Facebook.

Pengerusi MCA negeri, Datuk Dr Yeow Chai Tiam berkata, kedua-dua individu itu amat tidak sensitif terhadap perasaan orang Islam dan apa yang mereka lakukan telah mencetuskan masalah yang besar.

“Apa yang mereka lakukan tidak sepatutnya berlaku dan bukan untuk jenaka.
“Ini merupakan negara berbilang agama dan kita perlu menghormati kepercayaan agama juga budaya dan tradisi semua rakyat Malaysia,” katanya kepada para pemberita selepas membuat laporan polis di sini.

Dr Yeow, tindakan tegas perlu dikenakan terhadap pasangan itu sebagai memberi pengajaran kepada orang lain.
“Mereka merupakan graduan universiti dan mereka sepatutnya tahu tindakan itu tidak boleh diterima.
“Mereka perlu tahu apakah yang dikatakan sebagai jenaka dan apakah yang tidak boleh,” katanya. Mstar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...