muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Selasa, 12 November 2013

NOH OMAR MENIPU KATA 70 ANGGOTA PKR CABANG PANDAN LOMPAT PARTI MASUK UMNO MALAM TADI???






















































Malam tadi di Pandan, Pengerusi Perhubungan UMNO 
Negeri Selangor, Noh Omar dengan bangga dan megah 
sekali memberitahu satu dunia bahawa, seramai 70 
anggota PKR Cabang Pandan dah melompat masuk UMNO.

Dari rakaman gambar yang di sedut dari dinding laman 
sosial FB Noh Omar sendiri jelas sekali menunjukkan yang 
masuk lompat pun bukannya pemimpin kanan PKR Cabang 
Pandan tetapi pengikut sahaja yang bernama Aziz .. dan 
jumlahnya pun bukannya 70 
orang tetapi dia seorang saja.

Bagi nak nampak real sikit serta kelirukan para penyokong 
UMNO Pandan yang hadir malam tadi maka disediakan 
borang yang kononya sudah disisi oleh "anggota PKR" 
untuk diserahkan kepada Noh Omar oleh Ketua UMNO 
Bahagian Pandan yang baru Mohd. Haniff Koslan.

Satu dunia sudah tahu betapa UMNO Bahagian Pandan 
kini bergolak selepas Ketua UMNO Bahagiannya yang 
lama Abd Ghani Ismail didapati bersalah oleh Mahkamah 
Sesyen Ampang kerana rasuah.

Paling terbaru calon Ketua UMNO Bahagian Pandan 
yang tumpas , Datuk Adiwijaya Abdullah mendakwa 
ada ciri penipuan semasa pemilihan UMNO baru-baru ini.

Disini amat jelas betapa Ketua UMNO Bahgian Pandan 
yang baru ini cuba nak tunjukkan kepada bosnya Noh 
Omar, semenjak beliau di pilih menjadi Ketua UMNO 
Bahagian Pandan yang baru, dengan usaha gigihnya 
beliau berjaya membawa masuk 70 anggota PKR Pandan 
masuk kedalam UMNO.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...