muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Isnin, 28 Oktober 2013

Perkasa Akan Keluar Sokong Dap Jika..



 Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) tidak akan teragak-agak untuk menyokong DAP jika parti Gerakan terus menyalahkan mereka sebagai punca kemerosotan pengundi kaum Cina.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata, pihaknya memberi amaran kepada Gerakan supaya tidak menjadikan mereka sebagai alat ‘punching bag’ bagi menutup kelemahan mereka sendiri apabila kalah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 dan 13.

“Kalau Gerakan terus jadikan Perkasa ‘punching bag’, Perkasa takkan segan silu lagi kalau berterusan sampai ke PRU14 kita tak tolak kemungkinan akan isytihar dikawasan Gerakan bertanding, ahli Perkasa takkan bagi sokongan.

“Kalau mereka terus serang dan memperlekehkan kita, kita akan beritahu ahli jangan undi calon Gerakan.

“Ada kawasan yang Gerakan lawan DAP dan terpulang kepada Perkasa kalau nak undi DAP dia akan sokong DAP.

“Kalau DAP menang DAP duduk luar kerajaan jadi tiada masalah buat Perkasa,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Gerakan kalah sebelum Perkasa ditubuhkan.

Bekas ahli parlimen Pasir Mas itu berkata, Perkasa ditubuhkan pada tahun September 2008, selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 pada Mac dan ketika itu Gerakan sudah kalah di Pulau Pinang dan banyak kerusi di Kedah sebelum Perkasa ditubuhkan lagi.

Katanya, kekalahan Gerakan (PRU12 dan PRU13) tiada kaitan dengan Perkasa, sebaliknya itu masalah dalam parti yang ahlinya sendiri tak puas hati apatah lagi pengundi kaum Cina.

“Kenapa nak jadikan Perkasa sebagai ‘punching bag’ kononnya alasan mereka gagal PRU?

“Kena kaji diri sendiri jangan salahkan orang lain.

“Kalau dah tak upaya dapat sokongan Cina lebih baik bubar dan bergabung semula dengan MCA,” tegasnya.

Tegasnya, kenyataan Chang itu tidak bertanggungjawab dan tidak perlu ‘menjual’ nama Perdana Menteri semata-mata hendak meraih sokongan semula.

‘PM tak sokong Perkasa?’

“Perdana Menteri ini orang Melayu. Kalau dia kata PM tak sokong Perkasa maknanya PM tak sokong orang-orang Melayu dalam Perkasa.

“Walau dituduh macam-macam kita tetap sokong BN tak kira parti,” katanya.

Semalam, Pemangku Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Yun mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberitahunya bahawa Presiden Barisan Nasional (BN) itu tidak pernah menyokong politik perkauman yang diperjuangkan Perkasa.

Chang dalam ucapan perasmian Kongres semalam berkata, kerajaan perlu menolak segala bentuk unsur perkauman sempit dan menamakan Perkasa sebagai ‘ancaman’ keharmonian kaum.

Malah, Najib yang hadir sama dalam ucapan perasmian dilihat seakan turut menyokong pendirian Chang dan menegaskan BN sepatutnya menolak politik perkauman.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...