Tak larat nak baca. Setakat neh yang share je dah dekat 6,000 ribu leh. Share aje tau, share. Share satu video pergaduhan mulut yang berlaku di antara bini Mat Yo dengan seorang pakcik yang bekerja sebagai pak guard.
Punca pergaduhan tak dapat dipastikan kenapa. Cerita sekerat2 macam neh untuk kita menilai sapa bersalah sapa tak bersalah memang tak boleh. Susah nak buat penilaian melainkan kita telah pun mendapat kedudukan yang jelas mengenai situasi tersebut.
Cuma bini Matyo neh dikutuk dan dihina dengan pelbagai kata2 nista di laman facebook bukan la kerana semata2 dia terlibat dalam insiden pergaduhan tersebut dan mengeluarkan kata2 kesat terhadap seorang pakcik yang dah berusia.
Tetapi disebabkan kedangkalan sikapnya yang memaparkan kebodohan diri di alam maya. Oke ko bergaduh. Lepas tue ko rakam insiden tersebut. Dah rakam satu hal, pergi upload kat internet pula tue? Tak terfikir ke bahawa rakaman itu sebenar err memalukan diri sendiri?
Niat dia nak menadah simpati orang. Itu sebab dia upload. Nak mengutuk tindakan pak guard yang dia anggap kurang ajar. Tapi errr sekarang orang ramai anggap pak guard tue yang kurang ajar ke atau dia yang kurang ajar? Nampaknya perasaan orang ramai tak sama dengan apa yang dia rasakan. Di alam maya, majoritinya telah meletakkan kesalahan dan hukuman di atas bahu bini Mat yo. Bukan nya ke atas pakcik tue.
Tengok, sapa dah termalu kalau bukan diri sendiri?
Aku boleh faham lagi kalau itu rakaman curi. Orang lain yang rakam, orang lain yang sebar, Aku boleh faham lagi kalau bini Mat Yo rakam mungkin untuk tujuan peribadi. Tunjuk kat family ke, sedara mara ke yang tadi bergaduh dan blablabla. Yang aku tak boleh faham sangat ialah bila dia memilih untuk upload di internet. Apa masalahnya dengan dia neh? Tak berfikir ke sebelum nak melakukan sesuatu?
Dulu pun dah tercetus kontroversi dah. Lihat paparan gambar kat bawah neh ;
Cakap orang anjing. Citer pasal aib pongpang2. Nampak macam bagus tapi err bagus ke? Rentetan dari peristiwa demi peristiwa yang membabitkan isteri Mat Yo [aku ingat kontroversi bini dia lebih banyak diperkatakan berbanding skill permainan Mat Yo atas padang] maka satu page KAMI BENCI ISTERI MAT YO diwujudkan di laman facebook. Ingat takde likers. Tapi ada weh. Setakat neh dah 5k lebih. Lepas peristiwa video neh tatau pula berapa..
Rujuk ==> https://www.facebook.com/KamiBenciBiniMatYo?filter=1
Ada ke kat Malaysia neh orang benci mana2 isteri pemain bola sepak? Isteri Mat Yo yang pertama aku rasa. Memang lawak jenaka la dia neh.
Komen2 di page ==> https://www.facebook.com/photo.php?v=10200360648290032
Link asal. Nak tengok boleh la ke situ.
Dah cecah 2,500 lebih.
Larat ke nak baca satu persatu? Komen semua berbaur makian, kata2 nista, penghinaan dan kutukan kepada bini Mat Yo. Tak kira la kutukan berbaur sindiran, separa keras mahupun keras, semua cukup.
Pening nak baca weh. Itu baru satu. Sekarang bayangkan pula orang yang share tue dah dekat 6k. Setiap satu share di wall personal mungkin tak begitu ramai yang respon, tapi kalau di share dari page ke page, ya ampun, beratus2 komen yang memaki hamun bini Mat Yo.
Inila benda yang Allah nak tunjuk. Amekla pengajaran yang berguna dari NYA. Lain kali sebelum nak upload apa2, cuba la berfikir semasak2nya. Kalau benda tue bertujuan baik, insya-Allah baikla pengakhirannya. Kalau dia bertujuan nak menfitnah, nak menuduh orang, nak mengutuk orang, last2 berbalik pada diri sendiri.
Dah jadi macam mana neh boleh ke awak hadap?
Cuba fikir pula perasaan ahli2 keluarga yang mungkin tersinggung bilamana baca komen2 yang memperlekehkan Mat Yo dan isteri, tak rasa sentap ke dorang?
Kalau orang tua Mat Yo ada facebook dan baca, apa pula perasaan mereka? Anak mereka digelar dayus, takde telur, jantan lebih, kena control dengan bini, tak terjejas ke emosi mereka?
Fikir2la sama untuk jaga maruah keluarga sebelum berbuat sesuatu tue..
Alahai..
sumber