Soalan : ASSALAMUALAIKUM UZTAZ. SAYA NAK BERTANYA MENGENAI MENGAJAK ISTERI MENONTON FILEM LUCAH UNTUK TUJUAN MEMPELAJARI TENTANG CARA-CARA MELAKUKAN SEKS. INI KERANA ISTERI SAYA TIDAK BEGITU PANDAI MELAKUKAN SEKS DAN UNTUK MERANSANGKAN NAFSUNYA DULU SEBELUM MELAKUKAN HUBUNGAN KELAMIN. APA PENDAPAT USTAZ?
JAWAPAN : Wa’alaikumussalam, Hukumnya haram secara
sepakat ulama walaupun niatnya baik. Ia diharamkan kerana;
Pertama : Islam mengharamkan melihat aurat orang lain,
terutamanya bahagian sulit. Nabi SAW bersabda,
Ertinya; “Janganlah seorang lelaki melihat aurat lelaki yang
lain, dan janganlah wanita melihat aurat wanita yang lain”
Sudah tentu apabila melihat filem tersebut, akan dilihat
aurat si pelakon tadi malah dalam keadaan yang tidak
diizinkan oleh Islam pula.
Kedua: Islam juga tidak menggalakkan si suami melihat
kemaluan isteri dan begitu juga sebaliknya, sebagaimana
disiplin seks Islam yang dinyatakan oleh Sayyidatina
Aisyah r.a berkenaan hubungannya dengan baginda SAW.
Jika demikian hukumnya, maka sudah tentu melihat
kemaluan selain pasangan yang halal di dalam filem
lucah lebih lagi ditegah oleh Islam.
(hadith berkaitan hal ini tidak sahih,jadi harus melihat
kemaluan pasangan kita)
Ketiga : Terdapat cara lain untuk mempelajarinya,
iaitu dengan membeli buku panduan seks dalam
Islam yang melakarkan gambar-gambar lukisan sahaja.
Keempat : Filem-filem ini sudah tentu dilakonkan oleh
orang bukan Islam serta sudah tentu menjalani
hubungan seksual tidak menurut displin Islam dalam
hubungan seks. Termasuklah melakukan seks secara
yang diharamkan oleh Islam. Justeru, meniru teknik
yang diharamkan sudah tentu diharamkan juga.
Kelima : Dibimbangi si suami atau isteri akan
terbayangkan pasangan pelakon di dalam filem lucah
tersebut. Maka ia jatuh ke dalam perkara haram yang
lain pula.
Kesimpulannya, diharamkan menggunakan filem
lucah samada untuk menaikkan syahwat suami isteri
mahupun sebagai pengajian.