GEMPAR BERAPI : MINYAK NAIK 20 SEN ..TEH O AIS NAIK RM1.50???
INYAK NAIK 20 SEN ....... TEH O AIS NAIK RM1.50???
Hari ini aku ke Kuantan kerana ada urusan kerja. Selepas selesai urusan kira2 jam 11.50 pagi aku terus ke Jalan Bukit Ubi. Tujuannya tak lain tak bukan adalah untuk mengisi perut yang dari pagi tadi masih belum diisi lagi kerana terlewat bangun dan tergesa2 ke Kuantan. Kejar masa urusan kerja.
Entah hidup entah mati cacing dalam perut ni kebuluran agaknya .... hehehehe. Restoran yang aku biasa sangat makan setiap kali ke Kuantan. Aku makan nasi putih + ikan pari bakar cicah air asam. Isteri pulak makan nasi putih + ayam goreng dan sayur. Anak aku pulak makan nasi putih + ayam upin ipin (peha ayam goreng). Air pulak aku order TEH O AIS dan isteri order air kegemarannya iaitu TEH AIS.
Tal lama lepas tu datang tukang kira. Kira2 dan tulis atas kertas dan letak dekat pinggan aku. Apa yang tertulis tu adalah seperti yang dalam gambar tu. Aku pandang pada senarai menu dan harga air. TEH O AIS harganya RM1.00 manakala TEH AIS pulak RM1.50. Mahalnya banggggg ..... kata isteri aku. Makan dulu lah .....
Lepas makan dan perut pun dah lega tiba la masa untuk angkat punggung. Aku ke kaunter bayaran untuk bayar apa yang masuk dalam perut aku tiga beranak tadi. Sambil tu aku bertanya pada tukang jaga kaunter tu.
"Dik .... yang RM2.50 ni apa? Air ke ...?"
"Ha .. ah"
"Teh O Ais ngan Teh Ais sama harga ke ....?"
"Ha .. ah"
"Kenapa kat sana tu tulis Teh O Ais RM1.00 dan Teh Ais RM1.50?"
"Harga minyak dah naik bang ......"
dalam hati aku ....." Mak aiii ..... minyak naik 20 sen Teh O Ais naik RM1.50".
Jadi aku bayar je la ....... Tapi lepas ni aku mungkin tak akan menjamu perut aku di situ lagi.
Korang pikir la. Logik ke minyak naik 20 sen ...... TEH O AIS naik RM1.50 jadi RM2.50. Pastu pulak TEH O AIS dan TEH AIS sama je harganya. Wal hal sebelum tu Teh O Ais RM1.00 manakala Teh Ais RM1.50.
KPDNKK sila menjamu di restoran tu .....