muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Ahad, 11 Ogos 2013

GEMPAR BERAPI : MEJA JUDI DI GENTING AKAN DITAMBAH 100 UNIT LAGI...???


Hiasan

BENARKAH projek RM3,000 juta bagi menaik-taraf "Kota Keriangan"

Resorts World Genting (RWG) di Genting Highlands, akan turut melibatkan 
pertambahan 100 meja judi?


Ia adalah sebahagian daripada apa yang telah diuar-uarkan iaitu peruntukan 

kira-kira RM400 juta daripada keseluruhan bajet bagi pembinaan semula 
taman tema berkenaan dengan usaha sama syarikat perfileman Amerika Syarikat, 
20th Century Fox.

Begitulah apa yang dibayangkan di dalam laporan di bawah tajuk berbentuk

 soalan - 100 more tables for Genting? yang diterbitkan oleh akhbar The Star 
menerusi ruangan StarBiz pada 31 Julai lalu.

Laporan berita itu memetik badan penyelidikan CIMB Research sebagai 

membuat jangkaan tersebut, lanjutan kepada pengumuman pelaburan 
RM3,000 juta oleh Genting Malaysia Bhd untuk menaik taraf resort 
bersepadunya itu.

Jangkaan tambahan 100 meja judi oleh CIMB Research itu dikatakan 

berasaskan kepada 1,300 bilik hotel baharu yang bakal dibina dan disiapkan, 
di bawah pelaburan RM3,000 juta menjelang tahun 2015.

Malah, CIMB Research turut menyebut betapa jangkaannya itu masih 

dikira kecil atau 'konservatif'.

Genting Malaysia Bhd menurutnya, boleh sahaja menaikkan bilangan meja 

judi kepada 300 buah jika RWG mahu sandarkan kepada amalan di negara
lain yang menetapkan bilangan meja judi kepada kadar tiga hingga lima 
bilik hotel berbanding sebuah meja judi.

Apa juga bilangannya, dan jikalah benar laporan berita ini, sewajarnya 

Kementerian Kewangan - pihak berkuasa yang bakal dipohon untuk mendapatkan 
lesen bagi pertambahan tersebut, menolaknya mentah-mentah.

Kita mungkin boleh menerima hasrat konglomerat berkenaan untuk melabur 

ribuan juta ringgit bagi meningkatkan lagi taraf resort bersepadunya di sana 
termasuk kepada taman temanya, tetapi bukanlah dengan turut menambahkan 
prasarana perjudiannya.

Sungguhpun kita juga tahu betapa perolehan daripada sektor inilah penyumbang 

terbesar kepada seluruh operasi RWG tetapi 'cukup-cukuplah'.

Perlu diingat, ada sebuah lagi resort di sebuah lagi tanah tinggi yang sudah 

lama mengidam-idamkan untuk mendapat lesen bagi maksud yang sama, 
atas alasan kononnya ia tidak akan maju dan setanding RWG jika tidak turut 
memperolehi lesen berkenaan.

Sekiranya permohonan RWG ini dilayan, sudah pasti menjadi sebab dan alasan 

kukuh bagi resort yang satu lagi ini untuk menggerakkan usahanya semula yang 
sudah sekian lama terbantut, bagi memiliki lesen tersebut.

Cukup-cukuplah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...