muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Rabu, 21 Ogos 2013

GEMPAR BERAPI : GAMBAR SEKITAR KEMALANGAN BAS DI GENTING

Kemalangan bas terjunam dalam gaung berlaku jam 3 petang tadi ketika bas  itu sedang menghala ke Kuala Lumpur dari pusat peranginan Genting Highlands .
Petikan dari Berita Harian
Pasukan penyelamat kini dilaporkan sedang mengeluarkan 33 lagi penumpang nahas bas yang terhumban di Genting Higlands, yang dipercayai sudah mati.
Pasukan bomba dan penyelamat dikatakan akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua jam lagi untuk mengeluarkan mangsa terbabit.
Setakat jam 6 petang ini, 16 penumpang yang cedera sudah dikeluarkan dan mereka kini dikejarkan ke Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan.
Setakat ini pihak keselamatan berjaya keluarkan 33 mangsa. Seramai 17 orang daripada mereka telah meninggal dunia.
Kemaskini terkini dari laporan Berita Harian
Jumlah 33 orang penumpang disahkan mati manakala 16 lagi cedera.
Gambar sekitar kejadian kemalangan bas terjunam


Gambar menunjukkan pihak anggota Bomba dan Penyelamat sedang berusaha  mengeluarkan mangsa kemalangan di Genting-Kuala Lumpur terhumban ke dalam gaung di KM3.5 menghala Kuala Lumpur pada kira-kira jam 2.45 petang tadi.
Gambar trafik sesak akibat nahas di Genting
Video Berita kemalangan
Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah  tiba melawat lokasi kejadian

Statistik mangsa kemalangan
Laporan dari pihak Jabatan Bomba
Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata 32 mangsa yang terkorban itu masih berada di bawah gaung sejauh 200 kaki.
Penolong Pengarah Operasi Bomba NONEKuala Lumpur, Azizan Ismail berkata setakat ini 32 mangsa masih berada di bawah gaung sedalam 200 kaki dan pemerhatian awal bomba mengatakan mereka sudah meninggal dunia.
NONEBomba menjangka terdapat 49 mangsa di dalam bas tersebut.
Sehingga kini 16 mangsa sudah diselamatkan dan seorang yang terbunuh sudah dibawa ke hospital.
Menurut Azizan kemalangan berlaku di Kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur membabitkan sebuat bas awam Genting Highlands.
Menurut facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat pula, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 2.48 petang.
NONEKatanya, anggota balai bomba tersebut bergegas ke tempat kejadian untuk menyelamat mangsa yang terlibat.
Manakala ADUN Ketari, Lee Chin Chen ketika dihubungi Malaysiakini berkata beliau dimaklumkan terdapat 49 penumpang dalam bas ketika kejadian itu berlaku petang ini.
Gambar-gambar yang diedarkan secara meluas di Facebook menunjukkan bas kuning terletak di dalam gaung.
Akhbar The Star pula melaporkan bahawa kemalangan itu berlaku kira-kira 2km dari Kuil Chin Swee dan lalulintas di kawasan itu sesak dan tidak bergerak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...