Leuniey Natasha, isteri kepada penjaga gol Harimau Malaya, Khairul Fahmi atau Apex baru-baru ini telah berkongsi gambar terbarunya menunjukkan ‘baby bump’ yang kian membesar.
Menerusi beberapa foto yang lain, ada segelintir peminat yang membuat andaian bahawa bayi pasangan ini adalah perempuan dek kerana wajah Leuniey yang kurang berseri dan wajahnya nampak sembab sejak kebelakangan ini.