KUALA LUMPUR, 4 Nov. - Festival Busana Muslim (IFF) Kuala Lumpur yang akan berlangsung lima hari mulai esok bakal mengetengahkan rekaan terkini busana Muslim bertemakan 'Hakuna Matata' yang bermakna "jangan bimbang" daripada 45 pereka fesyen terkemuka rantau ini.
Pengasasnya Datuk Raja Rezza Shah Raja Zurin berkata festival kali ini yang akan diadakan di Hotel JW Marriott, akan turut mempamerkan rekaan daripada pereka terkenal Indonesia dan Singapura.
Beliau berkata beberapa pereka terkenal tempatan akan turut serta termasuk Datuk Tom Abang Saufi, Datuk Farah Khan, Datuk Radzuwan Radziwill dan Melinda Looi.
"Dijangkakan, 8,000 jemputan akan hadir memeriahkan festival kali ini dan pada Khamis ini pula akan diadakan satu sesi terbuka kepada orang ramai untuk menonton persembahan fesyen yang bermula dari pukul 10.30 pagi," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata pemilihan tema "Hakuna Matata" ini adalah bagi menyampaikan mesej kepada masyarakat luar supaya tidak takut dengan Islam kerana agama itu banyak menekankan aspek kasih sayang.
Menyentuh mengenai IFF yang dilancarkan sejak 2006, Raja Rezza Shah berkata busana Muslimah kini semakin berkembang dengan pelbagai fesyen menutup aurat yang semakin menarik.
Secara tidak langsung, IFF juga mampu memberi impak positif dari segi menarik minat pereka fesyen barat mencari idea terbaik untuk menghasilkan fesyen Islam, katanya.
"Ia juga dapat mendidik negara barat bahawa Islam milik semua bangsa sebab orang barat kebanyakannya selalu mengaitkan Islam adalah orang Arab sahaja," katanya.
Beliau juga berkata IFF bukan sekadar menekankan aspek pertunjukan fesyen semata-mata malah turut berfungsi sebagai platform membantu golongan kurang bernasib baik.
Sehingga kini, IFF telah membantu 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di seluruh dunia, katanya.
Sejak dilancarkan, IFF telah mengadakan persembahan di beberapa lokasi luar negara termasuk di Abu Dhabi dan Dubai (Emiriyah Arab Bersatu), Astana (Uzbekistan) New York (Amerika Syarikat), Monte Carlo (Monaco), Singapura, Jakarta dan Bandung di Indonesia dengan penyertaan lebih 250 pereka beberapa buah negara dari pelbagai latar belakang budaya dan agama.
Tahun ini, IFF telah diadakan di Manila pada Febuari, di London (April) dan di Bali, Indonesia, Julai lepas.

PANAS : ADAKAH MENEPATI KEHENDAK ISLAM??FIKIRKANLAH