muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Khamis, 11 Oktober 2012

PANAS : MALAM PERTAMA-DIALOG ANTARA SUAMI ISTERI





Di malam yang hening, merupakan malam pertama bagi sepasang suami isteri ini, malam penentuan pertarungan hak dan batil. Malam yang dinanti-nantikan oleh sepasang mempelai yang baru hangat diraikan dalam majlis kenduri tengahari tadi. Alam bagaikan mengerti, hujan rintik-rintik dan sejuk yang nyaman 
di perkampungan seperti ingin membasahkan kehangatan suami isteri malam ini.
Suatu yang mengesankan ialah inilah kali pertama mereka bersua
 muka, menatap wajah pasangan dengan lebih dekat, menyentuh
 kulit mulus isteri yang dicintai dan inilah debaran malam pertama
 bagi mereka. Sebelum ini , mereka tidak pernah sedekat ini, 
jika adapun bertemu di hadapan keluarga masing-masing, jika
 ada pun bertemu bersama kawan-kawan. Tidak pernah mereka
berjalan beriringan, tidak pernah mereka menjangka bahawa satu 
perkenalan, satu masa yang singkat terus membawa kepada
 jinjang pelamin. Alam pernikahan yang begitu asing bagi mereka.
Malam semakin larut, si suami membasahkan tubuhnya menyucikan 
diri. “Aneh” bisik isterinya. Di malam-malam begini yang dingin 
mengapa perlu membasahkan tubuh? Lebih aneh selepas itu suaminya
 masuk ke bilik belakang yang kosong agak lama sehingga memaksa 
isterinya mengintip di celahan pintu bilik itu. Alangkah terkejutnya, 
suaminya seakan mati, kaku dengan gerakan sujud dan terdengar
 esakan kecil umpama merintih.
Dia tahu apa yang dilakukan oleh suaminya dan dia akur. 
Itulah cinta suaminya yang sejati. Dia tidak perlu cemburu dengan
 cinta itu dan dia pernah berfikir walaupun segunung cintanya pada
 suaminya, tidak akan sama dengan cinta suaminya di bilik kosong itu. 
Dia menunggu, bertelekung di atas taburan bunga mawar di atas
 katil empuk itu. Si suami keluar dan memandang tepat ke arah isterinya,
 isterinya menunduk malu.
Isteri : Mengapa awak pilih saya?
Suami : Kerana awak berniqab (memakai purdah).
Isteri : Ramai kan yang berniqab?
Suami : Kerana awak ada agama.
Isteri : Ramai kan yang ada agama?
Suami : Kerana awak adalah jodoh ketentuan dari Allah S.W.T.
Isteri kehabisan soalan, dia tahu jawapan itu tidak ada persoalan lagi.
Suami : Saya jumpa awak yang saya nampak hanya 2 biji

mata, saya tak tahu wajah awak dan selepas itu saya terus

tidak melihat wajah awak, tetapi saya melihat di rumah awak,

di hadapan ibu bapa awak. Ketika mereka menyaksikan hasrat

saya untuk memiliki awak dan ketika awak membuka niqab,

saya tidak perlu tahu selanjutnya wajah awak kerana itu bukan

tujuan utama saya memiliki awak.
Isteri : Saya tidak cantik…
Suami : Lebih baik beristerikan perempuan yang berkulit

hitam, berbibir tebal tetapi mempunyai Agama dalam dirinya

adalah nikmat yang paling cantik daripada memiliki isteri yang

berkulit mulus, tetapi tiada agama dalam dirinya. Tetapi jika

cantik dan ada agama itu adalah anugerah Allah kepada saya.

Tetapi adakah perempuan sedar, mereka yang menampakkan

kecantikan yang haram didedahkan tetapi akhirnya mereka

adalah bahan bakar di neraka kelak. Wana’uzubillah.
Isteri : Saya juga ingin cantik…
Suami : Sayang, kecantikan awak takkan kekal. Awak akan

dimakan usia. Tetapi mahukah awak kekal cantik selamanya?
Isteri: Itu yang saya mahukan…
Suami : Mahukah awak menjadi secantik bidadari, malah lebih dari itu?
Isteri: Perempuan di dunia ini sehabisnya menyolek diri mereka

umpama bidadari tetapi adakah mereka berjaya?
Suami : Ada caranya, malah tidak perlu berhabis ribuan ringgit!
Isteri: Yakah?, tunjukkan caranya!
Suami : Rasulullah pernah bersabda, “Wanita di dunia lebih baik

daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.
Isteri : Saya kurang faham, di mana alat-alat mekapnya?
Suami : Rasulullah pernah bersabda, “Jika perempuan solat lima

waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya dan

taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga.” (HR. Al-Bazaar).
Isteri : Bagaimana cantiknya saya di dalam syurga nanti?
Suami : Tolong ambilkan Al-Quran atas meja tu dan Tafsir Ibnu Kathir

yang kawan awak hadiahkan tu. Awak ada wudukkah?
Isteri : Ada. Nanti sekejap.
Suami : Lihat Surah Al-Waqiah, “Sesungguhnya kami akan ciptakan

mereka secara langsung.” (ayat 35 ), Ibn Kathir dalam menafsirkan

ayat ini menyatakan bahawa wanita baik mereka itu tua atau

tidak mereka akan dibangkitkan dengan ciptaan yang baru. Dalam

keadaan mereka itu muda dan perawan. Ini dikuatkan lagi dengan

ayat yang berikutnya “Dan Kami jadikan mereka itu gadis perawan” (ayat 36).
Isteri : Saya belum dapat bayangkan macam mana cantiknya saya nanti.
Suami : Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman lagi

(Tentang wanita) penuh cinta (kepada suami mereka) lagi sebaya umur” (ayat 37).

Dalam Ayat ini, Allah menerangkan mereka ini (wanita) terlalu asyik mereka

hanya kepada suami mereka sahaja manakala suami mereka juga

asyik kepada mereka. Cinta mereka hanya kepada suami mereka

sahaja (Tafsiran Ibn Abbas).
Isteri : Sahih tu bang, tapi saya nak bayangkan macam mana

cantiknya saya dalam syurga nanti.
Suami: Baiklah, tunggu sekejap saya ambil kitab hadith,

lihat ini ada Riwayat dari Hadis Tabhrani, sambungan dari

yang zahir lebih baik dari yang batin yang saya ceritakan tadi, ingatkah?
Isteri : Oh! ada, saya ingat.
Suami : Maka bertanya lagi Ummu Salamah: Dengan apa

yang menyebabkan mereka lebih baik, Baginda pun

bersabda: dengan solat mereka, puasa mereka dan ibadat

mereka kerana Allah. Malah Allah memakaikan pada muka

mereka cahaya, pada badan mereka sutera, kulit mereka berwarna

putih, pakaian mereka berwarna hijau, malah mereka dipakaikan

dengan perhiasan berwarna kuning (yakni emas) rantai mereka

daripada permata, sikat mereka daripada emas. Lalu mereka

berkata: Kami kekal (di dalam syurga) dan kami tidak akan mati

lagi, kami memperolehi nikmat dan kami tak akan bersedih lagi,

kami akan kekal di dalam syurga dan kami tidak akan berpindah,

kami adalah orang yang redha dan kami tidak akan marah,

beruntunglah sesiapa yang kami (dijadikan) untuknya dan

(dijadikan) dia untuk kami. Lalu Ummu Salamah bertanya lagi: Wahai Rasullallah,

ada di kalangan kami yang berkahwin dengan dua orang lelaki, atau tiga

orang lelaki atau empat orang lelaki (bukan dikumpulkan sekali

tetapi merupakan perkahwinan yang kedua selepas kematian,

cerai atau lainnya), kemudian perempuan itu mati dan dapat

masuk kedalam syurga begitu juga bekas-bekas suaminya juga

masuk syurga, maka siapa yang akan menjadi suaminya (di dalam Syurga)?

Baginda menjawab: Dia akan memilih yang terbaik di kalangan

mereka dari segi akhlak. Nah! Hadith ini dengan jelas

menampakkan kelebihan orang wanita daripada bidadari.
Isteri : Alhamdulillah, baru saya faham. Maksudnya jika saya

berjaya menjadi wanita solehah dengan ciri-ciri dari firman

Allah dan hadith, maka saya akan masuk syurga dan menjadi lebih

cantik dari bidadari!
Suami : Wanita yang merupakan ahli syurga juga mendapat nikmat

yang tak ternilai banyaknya. Dan nikmat yang diperolehi oleh wanita

atau lelaki di dalam syurga adalah sesuai dengan fitrah kejadian

kejadian mereka. Cubalah kita renungi baik awak atau pun saya,

apakah yang amat dihajati oleh kita dan sekiranya kita diberi

peluang nescaya kita akan mendapatkannya? Pada pandangan saya,

orang lelaki lebih berhajat kepada wanita manakala wanita pula

di samping berhajat kepada suami, akan tetapi kecantikan dan

kejelitaan lebih menjadi tumpuan pada mereka. Bukankah semua

ini terdapat di dalam syurga?
Isteri : Saya tahu sedikit dari ilmu yang saya kutip, tetapi

ada yang saya lupa, eloklah saya mendengar sendiri dari suami saya!
Suami : Ya. Saya juga muzakarah dengan awak, lagi satu, bidadari

syurga yang bukan dari kalangan isteri saya akan memarahi awak juga!
Isteri : Hah! Bidadari marah saya? Kenapa? Macam mana awak tahu?
Suami : Buka kitab hadis tadi, baca “Janganlah seorang perempuan

menyakiti suaminya di dunia, jika tidak, maka bidadari-bidadari isterinya

di syurga akan berkata kepadanya: Janganlah kamu menyakitinya,

sesungguhnya ia adalah tamu bagimu yang sebentar lagi akan

meninggalkanmu untuk berkumpul bersama kami.

” (H.R. Ahmad dan Tirmidzi dari Mu’adz bin Jabal r.a)
Isteri : Wah! Saya amat takut jika awak meninggalkan

saya di dunia lebih menyedihkan jika saya tidak dapat berjumpa awak di syurga!
Suami : “Harta yang utama adalah lisan yang senantiasa

berzikir, hati yang senantiasa bersyukur dan isteri beriman

yang membantu suami dalam menegakkan bangunan

imannya.” (H.R. Ibnu Majah dan Tirmidzi)
Isteri : Alhamdulillah! Baru saya faham sejelasnya, terima

kasih abang. Tetapi itukan banyak persoalan tentang saya,

bagaimana saya dalam keluarga yang taat kepada perintah Allah,

yang menghidupkan sunnah Rasulullah dan akan mendapat

nikmat syurga. Bagaimana dengan diri abang?
Suami : Oh itu masa tidak mengizinkan, biarlah kita

berbicara satu bab dengan teliti. InsyaAllah esok malam

kedua kita bicarakan soal itu ya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...