muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Selasa, 16 Oktober 2012

GEMPAR BERAPI : Sinsing Lengan, Selak Kain Budaya Melayu



Kuala Lumpur 15 Oktober: Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil memberitahu, perbuatannya menyinsing lengan baju dan bersedia untuk menyelak kain merupakan budaya Melayu.

Ketua Wanita Umno itu tanpa segan silu menjawab demikian ketika disoal peguambela, Ranjit Singh yang mewakili anak guamnya,

 Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Jelas Shahrizat, perlakuannya semasa berucap pada Perhimpunan Wanita Umno 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu kerana beliau bersemangat memberi ucapan.

Katanya lagi, perbuatan itu adalah satu budaya bagi melambangkan persediaan untuk ‘bergaduh’.

“Sebagai wanita Melayu, terutamanya saya dari Pulau Pinang, itu cara kita (Melayu) kalau dah nak marah.

“Itu menunjukkan jika mereka bersedia bergaduh, saya juga bersedia,” katanya.

Sebelum itu, Ranjit menayangkan video ucapan Shahrizat yang menunjukkan beliau menyinsing lengan baju dan beraksi untuk menyelak kainnya berdurasi 10 minit menyebabkan hakim tersenyum melihat gelagat tersebut.

Video yang dipetik daripada portal media Umno itu mencetuskan rasa tidak puas hati kira-kira 20 penyokong wanita Umno.

Reaksi tersebut ditegur Hakim Vazeer Alam Mydin Meera.

Sejurus rakaman itu memaparkan Shahrizat menuduh Rafizi sebagai ‘si Tanggang’, Ranjit menyoal adakah ia ditujukan kepada anak guamnya, Rafizi yang mendapat biasiswa daripada Petronas.

“Saya bukan cakap terus kepada defenden satu, tapi nama Hafizi, Hafizi itu ada di seluruh dunia.

“Saya mengambil contoh si Tanggang kerana saya melihat generasi ini sebagai ibu akan beri nasihat kepada anaknya. Si Tanggang saya nampak apa yang defendan satu (Rafizi) buat,” ujarnya.

Untuk mengelak jawapan Shahrizat makin memalukan, peguam mewakili plaintif, Datuk Shafee Abdullah menyifatkan isu si Tanggang tidak releven disoal.

“Apa relevannya tanya isu si Tanggang kerana ia merupakan cerita Melayu lama-lama,” tempelak beliau.

Perbicaraan disambung semula 18 Mac depan diikuti April dan Mei.

Vazeer dalam kamarnya berkata, saksi lain akan dipanggil pada sesi itu. -KD
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...