muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Sabtu, 6 Oktober 2012

GEMPAR BERAPI : PELAKON DI TENDANG..



Kesan lebam (gambar kiri) pada tangan Syafie akibat ditendang seorang pelakon muda.Kesan lebam (gambar kiri) pada tangan Syafie akibat ditendang seorang pelakon muda.
Pelakon yang popular menerusi filem Mukhsin, Syafie Naswip berasa terkilan dengan sikap seorang aktor remaja yang enggan memohon maaf selepas menyebabkan kecederaan kepadanya ketika penggambaran telefilem Neraka Abah beberapa hari lalu.
Dalam laporan portal mStar, menceritakan semula detik kejadian, pelakon berusia 20 tahun ni berkata, kecederaan pada lengan kirinya itu terjadi akibat terhentak pada akar pokok selepas ditendang dengan kuat oleh pelakon berkenaan ketika melakonkan babak pergaduhan untuk telefilem tersebut.

Dia pelik mengapa pelakon berkenaan menendangnya seperti pergaduhan sebenar sehingga mendatangkan kecederaan. Kalau nak kata pelakon itu tidak tahu teknik lakonan, menurut Sayfie, remaja itu sudah berlakon sejak zaman kanak-kanak lagi.

Justeru apa yang dikesalkannya pelakon terbabit langsung tidak meminta maaf dengan tindakannya itu sehinggalah hari ini (Rabu) sedangkan dia tahu yang Syafie benar-benar mengalami kecederaan.

“Saya masih tertanya-tanya sama ada dia sengaja atau tidak apabila menendang saya dalam penggambaran itu? Saya tidak tahu apa yang cuba dibuktikan dan niat di sebalik tindakannya tersebut?

“Malah, lebih mengecewakan apabila dia tergelak dan menganggap kejadian itu bukan sesuatu yang serius selepas melihat saya mengerang kesakitan akibat perbuatannya itu,” katanya kepada portal berkenaan.

Ditanya adakah berlaku perselisihan faham antara mereka sebelum itu, Syafie berkata, mereka tidak rapat dan hanya bertegur sapa ketika di lokasi sahaja. Lantas insiden tersebut meninggalkan tanda tanya kepadanya mengenai alasan di sebalik tindakan pelakon remaja yang disifatkannya sebagai tidak profesional itu.

Telefilem arahan Heykal Hanifah itu turut dibintangi Amyza Aznan, Azhan Rani, Zarina Zainoordin (AF2) dan adik Raikal. Ia bakal ditayangkan pada 17 Oktober depan di TV9.

Mengenai kecederaan itu, Syafie berkata, bengkak pada lengannya kini beransur susut dan dia perlu berehat di rumah selama empat hari selepas menamatkan penggambaran pada Selasa lalu
MALAYSIANDIGEST
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...