muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Khamis, 18 Oktober 2012

GEMPAR BERAPI : BANGLO RUNTUH, PENGERUSI SPR SAKSI KEJADIAN


SHAH ALAM - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof antara saksi awal kejadian runtuhan bumbung konkrit sebuah banglo di Seksyen 7 di sini, yang mengorbankan satu nyawa. 
Beliau sedang membaca surat khabar di rumahnya, yang terletak berhadapan banglo itu, apabila terdengar bunyi dentuman kuat dari arah luar rumah. Ketika bergegas keluar, beliau melihat kepulan debu di kawasan banglo dua tingkat terbabit. 
"Saya kemudian mendapati sebahagian struktur banglo yang sedang diubah suai itu roboh lalu saya hubungi pihak berkuasa. 
"Pasukan penyelamat tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian," katanya ketika ditemui pemberita hari ini.
Sementara itu, seorang kontraktor binaan yang hanya mahu dikenali sebagai Lim berkata beliau terdengar bunyi dentuman dan jeritan mangsa ketika sedang melakukan pengubahsuaian di banglo bersebelahan. 
"Saya terus keluar dan bergegas ke tempat kejadian. Saya terkejut bila melihat bumbung rumah itu runtuh. "Saya lihat ada dua mangsa keluar dari runtuhan terbabit tetapi rakan-rakannya masih terperangkap," katanya. 
Seorang pekerja warga Bangladesh yang hanya dikenali sebagai Salam, 22, pula berkata ketika kejadian, beliau sedang mengunci sebuah banglo lain yang sedang diubah suai kira-kira 10 meter dari lokasi runtuhan.
Beliau terdengar bunyi dentuman kuat dan nampak bahagian tambahan yang sedang dibina di banglo itu runtuh sepenuhnya.
Kejadian runtuhan itu menyebabkan seorang buruh terbunuh, seorang lagi putus kaki manakala tiga masih terperangkap. - Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...