Jabatan Agama Islam Sarawak diasak agar mengambill tindakan tegas dalam memastikan 5 peserta Muslim yang menyertai Pertandingan Ratu Cantik Borneo 2011 dibawa ke muka pengadilan.
Menurut Dewan Pemuda PAS Sarawak, ianya amat memalukan malah mengaibkan umat Islam Malaysia apabila wanita Muslim telah dibenarkan menyertai pertandingan yang telah dikaji bertentangan dengan hukum Agama.
“Mereka mendakwa bahawa diberi layanan yang baik oleh penganjur, ini bukanlah alasan untuk mereka ketepikan syariat Islam dalam menentukan pertandingan ratu cantik yang nyata mendedah aurat dan bercanggah dengan syarak.
Sessi kaunseling yang diadakan dari pihak Jabatan dengan mereka dilihat tidak mengubah pendirian kelima-lima peserta tersebut dan nekad untuk terus menyertai pertandingan itu.
“Kita juga tidak mahu Jais lesu dan lemah dalam menangani isu seperti ini. Dek kerana orang berlaku baik, kita sanggup gadaikan maruah agama kita? Kenapa pihak Jabatan tidak boleh bertindak dengan lebih tegas ke atas kes seperti ini?” kata Timbalan Ketua DPPNS, Ustaz Ahmad Solihin